Pages

Friday, July 29, 2011

pengumuman - simple crumble

as salam,
sudahkan anda click kepada iklan di atas? juga menjadi follower.

saya telah share tutorial simple crumble ini kepada kepada friends yang dah tinggalkan notes kata mereka dah click advertisement dan jadi follower.
kepada sesiapa yang telah berbuat sedemikian tetapi masih belum mendapat access, silalah beritahu ye.


bahan2 yang di perlukan

1. 6mm pearl beads
2. 4mm pearl beads ( 2 warna berbeza)
3. square crystal
4. bicone crystal
5. 3mm beads 9 2 warna berbeza)
6. Japanese Round Bead (JRB - satu warna)

di dalam FB tiada gambar ini kerana saya expect anda semua telah tahu. so, langkah pertama ialah menjahit sebiji 6mm pearl, di ikuti 4 biji 4mm pearl beads berlainan warna seperti di bawah. Jahitkan sehingga ke hujung garisan yang anda ingini.

langkah seterusnya di FB.

Thursday, July 28, 2011

mahukah anda

as salam,

apa khabar anda semua? sudah mula jahit manik pada baju raya? atau sudah siapkah baju raya anda?

saya sedang sibuk menjahit manik pada baju anak2. hanya satu baju baru siap untuk semua orang. (4 orang termasuk saya).bercadang nak buat 3 pasang se orang, itupun kalau sempat. hehehehhehe

ok, sepanajng saya meletakkan entry saya yang saya akan post tutorial simple crumble. tiada follow up yang saya terima, mungkin anda tidak berminat. bagaimana pun saya telah menyiapkannya dan telah pun saya upload di FB, tetapi saya tidak viewkan kepada semua members.

Jika anda berminat, sila expresskan nya dengan 'click' pada advertisement di atas dan mssg saya di FB yang anda telahpun melakukannya. anda boleh click sebanyak mungkin.

setelah itu saya akan open view tutorial tersebut untuk anda.
selamat meng'click' ye. hehhehehhehe

gambar dah siap.



jika anda berhati muda dan nampak simple, jahitkan crumble di sebelah sahaja.
tetapi jika anda teringin seperti makcik2 , jahitlah di kedua2 bahagian.ahaks......

da.........................

Wednesday, July 27, 2011

permission

Dear readers,

I would appreciate, you get my permission to copy and paste any photos from my blog. In FB I will ask the requester to add me into their friendlist. Why? Please don't ask, but I have reason to do so.

Below is my latest designs ( 2 to be exact) , which I do it on my own. I did not attend any classess but I used technique which is already exist many years ago.The other 2 designs I did it earlier and has posted in FB.

I am in the middle of completing a new design which is triangle in shape or perhaps hexagon. I have yet to decide.


vintage spiral
it is very nice if you sew it onto the blouse or baju kurung for children or teenager. What i can say is, it is more or less like sweetie Julia, simple but elegant.
elegant bracelet
suitable for baju kurung or alliance . sweet for both teenager and adult.


Sweetie Julia - First time I wore this blouse, one of the sifu looked twice. She held my hand to have a close look of the design. she was wondering whether I was wearing a real bracelet!!!!!!!!!
This design is meant for Aisyah as she is so against the bling2 design. I was looking high and low for the design that suit her best.After searching, looking and pening (hhehehehehe), it comes out as above. So , I name it as Red Alert Aisyah.

Ok......
tomorrow I will continue the upload tutorial of simple crumble.insya-allah
till then, da...................................


Saturday, July 23, 2011

segan bertanya sesat jalan

As salam pembaca sekalian. Semoga anda bahagia dan di murahkan rezeki. amin......

Selepas saya postkan tutorial jahitan manik di blog ini, maka saya mendapat pelbagai pertanyaan samada melalui SMS, chat, PM dan juga email.Suka saya nyatakan saya gembira anda bertanya, ini kerana ia akan mengingatkan saya juga saya dapat bertukar2/berkongsi ilmu bersama anda semua.

antara soalan2 yang di tanya dan jawapan yang saya berikan ialah

1. apakah peralatan yang di gunakan. ( sila rujuk di bawah)
2. di manakah saya membeli manik. ( biasanya GM klang)
3. adakah saya menjual tutorial. ( ye, saya juga ada menjual tutorial)
4. di manakah saya tinggal. ( ulang soalan balik??? hehehehhe. mereka yang bertanya telah tahu)
5. adakah saya mengambil upah menjahit manik?? ( ye)
6. berapakah upah, ( bergtg kepada budget customer)
7. perlukah asas menjahit??? selagi anda boleh pegang jarum dan minat yang mendalam, insya - Allah boleh.
8. Adakah masih mengambil upah untuk raya? ye,tetapi tak banyak.
9. cantikkah menjahit manik pada baju yang fabricnya bercorak? cantik dengan syarat memilih design yang betul dan warna yang sesuai.
10. manik sesuai di jahit pada baju saja ke? oh!tidak..... kalau anda berminat, anda boleh jahitkan di kusyen, shopping bag, apron, kasut etc......



Senario pertama


Ada yang menyatakan mereka tersangat baharu di dalam bidang ini. Peralatan yang hendak di gunakan pun mereka kurang ariff. Untuk mereka sekalian, ini lah peralatan yang saya gunakan dan kebanyakan daripada anda juga menggunakan benda yang sama.

Anda perlukan, merujuk kepada gambar.
dari kanan.

1. jarum untuk menjahit manik.adalah tidak di galakkan menggunakan jarum biasa , ini kerana ia akan melambatkan proses memanik. Sebab? manik mudak tersangkut apabila kita menggunakn jarum biasa.

2. Penarik benang( saya tak sure nama khas untuk ini).
Untuk orang rabun seperti saya, ia sangat berguna untuk memasukkan benang ke dalam lubang jarum.

3. Benang - sebagai penghubung manik

4. Gunting kecil yang sesuai

5. Manik - manik pilihan anda

6. akhir sekali, sudah tentu fabric.

Saya berharap, saya dapat menjawab soalan anda yang bertanya.


Senario kedua


kepada yang menunggu saya up date tutorial di sini; saya meminta maaf kerana tidak dapat melakukannya secepat mungkin. Ini kerana saya perlu membuat persiapan untuk menyambut ramadhan. Se awal satu August, aisyah akan mula tuition dari pukul 2.30 petang ke 6.30 petang, Isnin hingga Ahad. Nampak gayanya tidak lah dapat saya berbuka puasa di kampong, maka saya bercadang next week end kami sekeluarga patut balik kampong.
selain itu, kontraktor akan mula memasang awning minggu hadapan juga,so busy...busy....busy....

For the next tutorial saya bercadang untuk membuat tutorial simple crumble,gambar seperti di bawah..

Sebagai permulaan:Bolehkah anda menjahit di atas satu garisan tali air untuk 6 mm round pearl beads , di ikuti oleh 4 mm round pearl beads dari 2 warna berbeza seperti di atas.sila nyatakan progress anda, untuk saya sambung tutorial tersebut.
Bolehkah?????


Senario lain.....................
Wah!!! banyaknya senario, macam buat filem pulak. motip????

tak ada la motip apa2, mungkin kot sebab tadi terserempak dengan Nasha Aziz sedang shooting semasa saya hendak berjumpa dengan cik Rosita kita tuh.

anak sulong saya Sarah pernah bertanya,
Sarah," ibu suka ye corak meriah gini."
Ibu," nama lagi jahitan manik perlulah bling2 gitu.kalau smocking, kenalah warna pastel"
Sarah, "tapi sarah rasa too much la ibu"
sambil merujuk kepada baju yang saya bercadang untuk di jahit rainbow design, seperti gambar di bawah.


Setelah berfikir2 dan mencari2 idea, saya pun memilih untuk menjahit basic 3D design + lace + crumble.Cuba lihat perbandingan gambar di bawah ini, saya memilih yang di sebelah kiri.
Anda, bagaimana????
Maka wajiblah saya menetas balik corak di sebelah kanan itu. takkan nak pakai baju nih,dengan 2 corak yang berbeza, Kembar tak seiras kah???
close up
untuk design ini saya menjual tutorialnya seperti di bawah
1. bunga basic 3D - $10
2. crumble lace - $10
Jika anda mahu membeli kedua2nya , harga adalah $17 dan jika anda follower saya, harganya cuma $15.Berminat????? silalah SMS ye

ok la dah nak beradu. da.........................

Wednesday, July 20, 2011

berkebun


dah lama tak berkebun dan hari ini terpaksa berkebun, sebab pokok mangga tempat orkid dan rose berteduh dah tumbang. so kena clearkan apa2 yang patut.akak akan jual orkid2 dan rose kat situ.
jika berminat nanti berkunjung la ke, http://orchidibuandaisyah.blogspot.com/


da......................




Tuesday, July 19, 2011

feedback

kepada semua pembaca blog sekelian, terima kasih kerana singgah di blog saya.dah try, cuba test jahit manik kat baju raya? hehehhehehhee

Kepada yang menitipkan pesan seperti checidda, little kids avenue dan ummi maisarah terima kasih . saya sangat menghargainya.

Kepada followers baru yang seramai 6 orang iaitu checidda,norliza ibrahim, nur wardrobe estylish, daisy beader, innjeon85 dan ummi maisarah,selamat datang dan selamat berkenalan. Saya sangat2 menghargai jika pembaca semua menjadi follower blog ini.Mungkin ada kelebihannya di kemudian hari. hehehehehehehe

Saya perasan tidak ramai yang meninggalkan pesan kecuali tiga orang. Jika sudi , saya menghargai komen yang membina supaya saya dapat memperbaiki kelemahan yang ada. contohnya, jika penerangan kurang jelas , boleh lah catitkan di situ. Jika penerangan ini ok, juga boleh nyatakan supaya di kemudian hari saya boleh gunakan panduan untuk memberi lebih banyak tutorial.

Saya gemar menjahit baju smocking kanak2, gown kanak2, baju kurung serta jahitan manik. mungkin nanti saya boleh lebihkan update saya antara 4 kategori yang di atas.Sebagai permulaan, saya buat poll untuk mengetahui yang manakah lebih di minati.silalah pilih kegemaran anda di sebelah kanan tu ye.

Ok, hari ini perlu berkemas rumah,sebab suami akan pulang dari perantaun, hehehehe bunyi macam lama sungguh. 3 hari je........

jumpa lagi.
da............................

Thursday, July 14, 2011

tutorial jahitan manik - manik beriring

Jahitan ini antara yang paling awal saya belajar.Saya kira ia sangat mudah. Mari kita mulakan. ewah!!! ayat macam citer doremon. hehehehehhe

Lukiskan satu garisan di atas baju yang hendak di jahit manik. Pastikan anda mengguna "erasable pen" atau kapur jahitan. ini agar kesan garisan tidak kelihatan di kemudian hari.
cucukkan jarum dari bawah.
Masukkan enam manik silinder. untuk membentuk satu warna corak berselang seli, gunakan 3 manik dgn 2 warna berbeza.
Untuk menentukan di mana anda perlu cucukkan jarum tersebut, sila ukur panjang manik dengan meluruskan manik di dalam satu barisan.Ini untuk mengelakkan hasilnya nanti melengkung.
cucukkan jarum dan patahkan semula jahitan ke belakang dan keluar di manik yang ketiga.
ulangi proses di atas



Jahit sehingga habis panjang garisan yang di kehendaki.
Ini ialah hasil jahitan yang di jahit di sepanjang tepi baju kebaya , bermula dari leher hingga ke bawah baju. Juga di tepi tangan.
Anda boleh menyiapkan jahitan ini dalam masa satu hari. mudah kan!!!!

selamat mencuba..

Sunday, July 10, 2011

tutorial cable

Bermula dari hari ini saya bercadang hendak memberi tutorial jahitan yang saya tahu. Saya berharap pembaca blog saya mendapat menafaat dari blog saya ini. saya tidak meminta bayaran , tetapi cukuplah sedekah kan al-fatihah kepada kedua ibu bapa saya Suzari Mohd Siron dan Aminah Saidin, serta kepada keluarga saya, kelurga Encik Suaid.

hari ini saya hendak memberi tutorial salah satu jahitan smocking, di gelar cable.

Ini ialah kain yang telah di " pleat" . kain perlu di "pleat" sebelum kita boleh menjahit smocking di atasnya.

1.cucuk jarum dari bawah, di pleat yang pertama
2. bawa keluar dan cucuk pula secara melintang di pleat yang ke dua. pastikan benang adalah di bahagian atas jarum.
3. cucuk jarum di pleat yang ke tiga, kali ini pastikan benang di bawah jarum.
4. pleat yang ke empat, benang di bahagian atas jarum. teruskan menjahit sehingga habis pleat tersebut.
anda akan dapat cable seperti gambar di atas.

selamat mencuba!!!!!

gambar di bawah sebagai pemangkin untuk anda. di bawah ini saya terlebih rajin dan telah mencampurkan beads di dalam jahitan smocking ini.


kesemua corak smocking di atas menggunakan cable, trellis dan bullion untuk bunga.
next tutorial ialah trellis. tunggu........

smocking

hmmm........
the last time update this blog, i was in the mood of sewing beads. recently, changed to smocking.I have yet to finish Aisyah's dress on beading. hopefully the mood will comeback.

Below is the photo of fabric's beading that i managed to complete.