Pages

Thursday, July 14, 2011

tutorial jahitan manik - manik beriring

Jahitan ini antara yang paling awal saya belajar.Saya kira ia sangat mudah. Mari kita mulakan. ewah!!! ayat macam citer doremon. hehehehehhe

Lukiskan satu garisan di atas baju yang hendak di jahit manik. Pastikan anda mengguna "erasable pen" atau kapur jahitan. ini agar kesan garisan tidak kelihatan di kemudian hari.
cucukkan jarum dari bawah.
Masukkan enam manik silinder. untuk membentuk satu warna corak berselang seli, gunakan 3 manik dgn 2 warna berbeza.
Untuk menentukan di mana anda perlu cucukkan jarum tersebut, sila ukur panjang manik dengan meluruskan manik di dalam satu barisan.Ini untuk mengelakkan hasilnya nanti melengkung.
cucukkan jarum dan patahkan semula jahitan ke belakang dan keluar di manik yang ketiga.
ulangi proses di atas



Jahit sehingga habis panjang garisan yang di kehendaki.
Ini ialah hasil jahitan yang di jahit di sepanjang tepi baju kebaya , bermula dari leher hingga ke bawah baju. Juga di tepi tangan.
Anda boleh menyiapkan jahitan ini dalam masa satu hari. mudah kan!!!!

selamat mencuba..

No comments: