Pages

Sunday, June 24, 2012

smocking gown

as salam,

hari ini semangat berkobar2 hendak menjahit tempahan baju. Baru nak start, tiba2 mood hilang. aisey!!!!! mana pulak dia menyorok........
tak tahu la buat apa hari ini.............

tapi penyaki malas ni memang tak boleh di layan, maka akak terus jugak menjahit. lewat malam baru siap sehelai. sehelai aje   !!!!! huwaaaa........

ini ialah baju anak na@ bini antik. size 2 tahun.

Ini ialah bahagian dalam, lining hanya di main bodice. Mesti ramai tertanya2, kenapa akak hanya lining di main bodice sahaja, tidak termasuk skirt. dan lazimnya akak akan menggunakan fabric yang sama untuk buat lining.Jawapan - tak ada reason......hehehhehehe
nak tahu kena la tunggu di entry lain ye......

bahagian luar hadapan, masa hendak potong kain paling lama. sebabnya, akak cuba memmadankan corak bunga terrsebut seimbang di ke dua2-dua bahagian kiri dan kanan.
close up bahagian smocking. smocking ini di bahagian pinggang, so, bila gown ini di kenakan , akan nampak pinggang si comel ramping dan skirt nampak kembang.boleh imagine tak ??
Bagi fabric yang bercorak  agak padat riuh( loud) translataion dari anak ku yang berusia 15 tahun , kita perlu menaikkan jahitan smocking tersebut. caranya ialah dengan menggunakan benang berkilat , seperti marlitt.
Sulaman bunga pula tidak perlu terlalu banyak dan  perlulah pandai mencari ruang yang sesuai , contoh di atas ruang yang kurang corak. tetapi si tukang jahit perlu mahir mengira ruang, memilih corak benang dan juga menentukan size bunga agar sulaman seimbang, jelas kelihatan dan juga memberi seri kepada keseluruhan  pattern.



ini pula bahagian belakang, jambakan bunga rose itu memang menawan kalbu.

ini pula view, ikatan di bahu dilepaskan. 

sekalai lagi bahagian hadapan, tak ada motip. cuma terlebih up load gambo tadi.ekekekek....

ok la... ye...., sedikit sebanyak tentang baju raya anak na.
dam dam dum, bunyi mercun......
meriah lah hari raya ini tahun......








Tuesday, June 19, 2012

Peserta yang bertuah

as salam,


adakah anda menunggu posting dari akak????
Maaf aje la dengan statement retis tu ye.....


OK, saat yang di tunggu telah tiba.
untuk gown yang berumur 5 tahun itu, pemenangnya ialah Kuza pada harga RM80.
dan bagi gown yang berumur 2 tahun itu menjadi milik Nordyana pada harga RM40.


Mulai dari sekarang design gown berumur 2 tahun itu di beri nama Airiss. dan untuk 5 tahun itu, Cik Puan Kuza, sila beri nama anak anda ye.




Disebabkan mereka telah menyertai peraduan ini mengikut peraturan seperti yang dinyatakan, tidak sms, pm atau mode lain. Maka, akak ingin beri satu hadiah kepada mereka iaitu tutorial jahitan manik.Anda berdua berhak untuk memilih mana-mana satu daripada  tutorial jahitan manik di bawah secara percuma.


http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2157068240756&set=a.2157067920748.121826.1067979528&type=3&theater

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2157078241006&set=a.2157067920748.121826.1067979528&type=3&theater

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2157256845471&set=a.2157067920748.121826.1067979528&type=3&theater

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2247193813839&set=a.2157067920748.121826.1067979528&type=3&theater

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2268167058157&set=a.2157067920748.121826.1067979528&type=3&theater

kepada Kuza dan dyana, sila buat payment ke akaun maybank akak seperti tertulis di sebelah kanan blog. Juga berikan address anda ye.


sekarang akak sedang sibuk menjahit tempahan smocking pula, di bawah ni antara yang perlu di cantum dan baru di kedutkan serta ada yang perlu di jahit emboridery.
yang ini ialah milik anak na, yang berumur 2 tahun. jika perhatikan , jahitan smocking itu berkilat, ini kerana akak menggunakan benang marlitt.

disimpan di dalam plastik sebelum di cantum, untuk mengelakkan habuk dan sebarang kekotoran.

Ini pula longgokan fabric untuk di jahit smocking, di cantum dan ada juga baru lepas di kedutkan.yang pink depan tu, untuk umur setahun, yang biru disebelah kanannya untuk umur 3-6 bulan.


dalam kesibukan menyiapkan tempahan, akak sempat juga menyiapkan sehelai gown di atas. Masih belum berpunya, untuk yang berumur 1-2 tahun. Harga RM 95.Fabric yang digunakan ialah  designer cotton Riley Blake - sunny happy skies.

Okalah, akak perlu siapkan beberapa tempahan hari ini....
da........................


Tuesday, June 12, 2012

permainan ........

as salam,

seperti yang dijanjikan, marilah kita menyertai peraduan gown hari raya ini.....
mudah sahaja.......
Pertama, sila baca dengan teliti......

Peraduan ini di buka kepada seluruh rakyat malaysia, indonesia dan juga singapura. ambil perhatian: kos penghantaran di tanggung sendiri.......
size di sini ialah untuk 2 tahun dan juga 5 tahun
kembang gown ini ialah lebihkurang 84 inci untuk kedua2 size.
so, bila mereka berpusing atau melompat, anda akan nampak seperti circle skirt....


 combo ini ialah hitam , berbunga rose dan polka dot merah
 size 5 tahun

 size 2 tahun
 kedua2 gown di bahagian hadapan
 Kedua2 gown dari bahagian belakang


Yang kedua......
sila nyatakan , adakah anda ingin memiliki gown ini dan nyatakan berapakah harga yang anda sanggup bayar bagi memilikinya...........
ambil perhatian: jangan meniru harga ye ekekkekek,  adalah menjadi hak anda seratus peratus untuk menentukan harga tersebut

Yang ke tiga,
Jika anda berjaya di dalam bidding ini, maka gown ini menjadi milik anda , semestinya anak/adik/anak sedara/anak tiri anda   pada harga yang anda letakkan tadi.....


Peraduan ini di buka sehingga Jumaat....................


ye.... cepat...cepat....
dam..dam..dum... bunyi mercun
meriahlah hari raya ini tahun.........

Monday, June 11, 2012

wangian anda

as salam,

apa khabar anda semua , pembaca blog yang setia.......
akak tak berapa sihat, batuk dan selsema yang belum reda lagi, alhamdulillah beransur baik.
eh! nape hari ni tulis karer merah????
saja suka, sempena pertukaran jenama ai.....
alamak!!!  macam retis, semua nak bagi tau ye......

hari ini saja nak tanya, peberet perfume anda.....
kalau bagi tau giftnya ialah, dapat menghirup udara free seumur hidup. kalau tak bagi tau dapat juga hirup udara free seumur hidup......
bestkan gift tuh!!!!!

perfume kegemaran akak ialah dari jenama christian dior, dari akak bujang hingga beranak pinak. dolu2 akak guna tender poison, sampai la phase out beberapa tahun lepas.....
heran betul la, highly demanded tapi dihentikan pengeluarannya.....

then akak tukar ke, dune la, chanel la, elizabeth la.... tapi akhirnya akak berpatah balik ke CD , parfume Jadore......
lama jugak akak pakai jadore, hingga la di suatu hari......
jeng...jeng...jeng.....

encik suami balik dari outstation dan membelikan akak Victoria secret.....
VS ni akak suka lazy gown dan semua  yang bahagian dalam....
sebabnya bila pakai rasa macam Gisele Bundchen, tak pun Marissa Miller. walaupun hakikatnya body macam Adele...hehehehe...

ok sambung balik, jeng!jeng!jeng!
di pagi yang hening, encik suami bertanya, tak suka ke perfume baru yang dia beli, sebab masih elok tersimpan di dalam kotak ( tidak kah dia tahu bahawa isterinya ialah pengumpul barang-barang lusuh) .....
la perasan rupanya.....
bukan tidak suka, tapi sayang nak pakai sebab jadore ada banyak lagi......

tapi tidak suka melukakan hati encik suami mode isteri mitahli gitu
maka akak cuma memakai perfume VS ni masa di rumah sahaja dan semasa bersama encik suami bila hendak keluar ke mana2. Seriously, baunya tersangat lah harum, rasa ala2 kita berada di dalam taman fabric2 bareroot roses, darla , veranda , lecien gitu.
bunga-bungaan gitu....

jadi apa kena mengena nak tulis karer merah gitu......

tada..........
































































































































































































sebab perfume victoria secret ini  kaler merah.......


bye.... hingga berjumpa di next entry.......

sila jengok lagi dalam masa 8 jam sebab ada peraduan gown raya........


Wednesday, June 6, 2012

Rabu yang bertenaga

As salam,

Akak ni kena batuk dan selsema sejak dari awal cuti sekolah. Tiada demam , cuma sakit tekak macam kena hiris tu, sakit kepala macam kena ketuk tu dan sakit sendi-sendi.Di hujung minggu pertama cuti sekolah, sempat la dapat batuk2, so hari sabtu pergi ke Kulim dan tak ada suara. bila bercakap bunyi macam suara itik serati dan memang lah menjadi bahan ketawa adik beradik......
kecik ati tau........
Punya lah bagus perancangan, kami pergi pekena mee/nasi  ketam di Juru, dah la sakit tekak , gatai bagai..... pergi la pulak makan seafood .... memang mujarab la ubat tu........

signature dish

tak tahu nape nak amik fish, tapi habis la jugak....

antara pirahna yang hadir pada hari itu

setiap pinggan ada 5 ekor atau 10 ketul, tapi kejap aje dah habis....

malam tiada suara dan sakit kepala yang amat sangat. Ipaq buat buttered prawn untuk dinner dan mak datang dari kampong untuk join kami bercuti , pun saya dah tak boleh nak layan... telan ponstan dan tidoq dan terkejut pukul 3 pagi. Berkali2 anak sulong mithali saya gerak saya untuk solat, saya tidak dapat bangun...... sungguh prihatin dia, setiap setengah jam dia akan datang gerakkan saya, kalau2 saya boleh bangun. akhirnya dalam pukul 4 pagi baru saya berdaya untuk bangun dan solat.....

Hari ahad kami pergi ke Penang, makan durian yang amat sedap di teluk kumbar......


kulit bergelimpangan, mak sempat kutip biji durian untuk di semai.....

yang tinggal........

Then nak pergi makan mee udang salwa, tutup la pulak. maka , kami pun berkonvoi la ke chow rasta dan makan di restoran nasik kandaq di hameediyah........
Punya la ramai umat, kami kena tunggu hampir 1/2 jam. yang buat darah menyirap, si mamak tu pergi layan minah2 arang yang berpakaian separuh bogel tu.... suka sangat la dia kena buli2 dengan si minah2 tu.
Ipaq ku apa lagi, start la membebel, dah malu2 alah, mamak tadi pergi cari kerusi untuk kita orang.....

menunggu dengan penuh kesabaran.......

si baju hijau tu, peserta pertama yang dapat tempat duduk...hahhahaha



Lewat petang ahad bertolak ke kampong di kuala kangsar, sampai di changkat jering jam tak bergerak, nasib baik adik bagi tau awal, maka kami pun mengikut jalan lama......

Panjangnya citer cuti......
sebenarnya nak citer tentang hari ini, iaitu hari rabu, tapi intronya dari hari sabtu lepas..... boleh gitu???
Hari ini ada students dari kampong warisan ?ke , pekan warisan? tak ingat ..................datang belajar smocking.....
sebenanrya , fairuz patut datang minggu lepas , tapi masa tu akak agak teruk kena selsema , maka kelas di tunda sehingga hari ini.Tersangat la bersemangat beliau menuntut ilmu dan mudah di ajar. Persamaan beliau dengan students yang lepas seperti syuhaida, saripah , aisya dan few others.....
OH!!!!!! saya sempat pleatkan gown anak na aka bini antik, harap2 boleh siap dengan segera.....

Fairuz yang berharap boleh menyiapkan gown anaknya secepat mungkin. semoga diperkenankan oleh yang maha esa....amin......