Pages

Sunday, June 24, 2012

smocking gown

as salam,

hari ini semangat berkobar2 hendak menjahit tempahan baju. Baru nak start, tiba2 mood hilang. aisey!!!!! mana pulak dia menyorok........
tak tahu la buat apa hari ini.............

tapi penyaki malas ni memang tak boleh di layan, maka akak terus jugak menjahit. lewat malam baru siap sehelai. sehelai aje   !!!!! huwaaaa........

ini ialah baju anak na@ bini antik. size 2 tahun.

Ini ialah bahagian dalam, lining hanya di main bodice. Mesti ramai tertanya2, kenapa akak hanya lining di main bodice sahaja, tidak termasuk skirt. dan lazimnya akak akan menggunakan fabric yang sama untuk buat lining.Jawapan - tak ada reason......hehehhehehe
nak tahu kena la tunggu di entry lain ye......

bahagian luar hadapan, masa hendak potong kain paling lama. sebabnya, akak cuba memmadankan corak bunga terrsebut seimbang di ke dua2-dua bahagian kiri dan kanan.
close up bahagian smocking. smocking ini di bahagian pinggang, so, bila gown ini di kenakan , akan nampak pinggang si comel ramping dan skirt nampak kembang.boleh imagine tak ??
Bagi fabric yang bercorak  agak padat riuh( loud) translataion dari anak ku yang berusia 15 tahun , kita perlu menaikkan jahitan smocking tersebut. caranya ialah dengan menggunakan benang berkilat , seperti marlitt.
Sulaman bunga pula tidak perlu terlalu banyak dan  perlulah pandai mencari ruang yang sesuai , contoh di atas ruang yang kurang corak. tetapi si tukang jahit perlu mahir mengira ruang, memilih corak benang dan juga menentukan size bunga agar sulaman seimbang, jelas kelihatan dan juga memberi seri kepada keseluruhan  pattern.



ini pula bahagian belakang, jambakan bunga rose itu memang menawan kalbu.

ini pula view, ikatan di bahu dilepaskan. 

sekalai lagi bahagian hadapan, tak ada motip. cuma terlebih up load gambo tadi.ekekekek....

ok la... ye...., sedikit sebanyak tentang baju raya anak na.
dam dam dum, bunyi mercun......
meriah lah hari raya ini tahun......








No comments: