Pages

Wednesday, June 6, 2012

Rabu yang bertenaga

As salam,

Akak ni kena batuk dan selsema sejak dari awal cuti sekolah. Tiada demam , cuma sakit tekak macam kena hiris tu, sakit kepala macam kena ketuk tu dan sakit sendi-sendi.Di hujung minggu pertama cuti sekolah, sempat la dapat batuk2, so hari sabtu pergi ke Kulim dan tak ada suara. bila bercakap bunyi macam suara itik serati dan memang lah menjadi bahan ketawa adik beradik......
kecik ati tau........
Punya lah bagus perancangan, kami pergi pekena mee/nasi  ketam di Juru, dah la sakit tekak , gatai bagai..... pergi la pulak makan seafood .... memang mujarab la ubat tu........

signature dish

tak tahu nape nak amik fish, tapi habis la jugak....

antara pirahna yang hadir pada hari itu

setiap pinggan ada 5 ekor atau 10 ketul, tapi kejap aje dah habis....

malam tiada suara dan sakit kepala yang amat sangat. Ipaq buat buttered prawn untuk dinner dan mak datang dari kampong untuk join kami bercuti , pun saya dah tak boleh nak layan... telan ponstan dan tidoq dan terkejut pukul 3 pagi. Berkali2 anak sulong mithali saya gerak saya untuk solat, saya tidak dapat bangun...... sungguh prihatin dia, setiap setengah jam dia akan datang gerakkan saya, kalau2 saya boleh bangun. akhirnya dalam pukul 4 pagi baru saya berdaya untuk bangun dan solat.....

Hari ahad kami pergi ke Penang, makan durian yang amat sedap di teluk kumbar......


kulit bergelimpangan, mak sempat kutip biji durian untuk di semai.....

yang tinggal........

Then nak pergi makan mee udang salwa, tutup la pulak. maka , kami pun berkonvoi la ke chow rasta dan makan di restoran nasik kandaq di hameediyah........
Punya la ramai umat, kami kena tunggu hampir 1/2 jam. yang buat darah menyirap, si mamak tu pergi layan minah2 arang yang berpakaian separuh bogel tu.... suka sangat la dia kena buli2 dengan si minah2 tu.
Ipaq ku apa lagi, start la membebel, dah malu2 alah, mamak tadi pergi cari kerusi untuk kita orang.....

menunggu dengan penuh kesabaran.......

si baju hijau tu, peserta pertama yang dapat tempat duduk...hahhahaha



Lewat petang ahad bertolak ke kampong di kuala kangsar, sampai di changkat jering jam tak bergerak, nasib baik adik bagi tau awal, maka kami pun mengikut jalan lama......

Panjangnya citer cuti......
sebenarnya nak citer tentang hari ini, iaitu hari rabu, tapi intronya dari hari sabtu lepas..... boleh gitu???
Hari ini ada students dari kampong warisan ?ke , pekan warisan? tak ingat ..................datang belajar smocking.....
sebenanrya , fairuz patut datang minggu lepas , tapi masa tu akak agak teruk kena selsema , maka kelas di tunda sehingga hari ini.Tersangat la bersemangat beliau menuntut ilmu dan mudah di ajar. Persamaan beliau dengan students yang lepas seperti syuhaida, saripah , aisya dan few others.....
OH!!!!!! saya sempat pleatkan gown anak na aka bini antik, harap2 boleh siap dengan segera.....

Fairuz yang berharap boleh menyiapkan gown anaknya secepat mungkin. semoga diperkenankan oleh yang maha esa....amin......

No comments: