Pages

Wednesday, August 29, 2012

combo raya

as salam,

seperti yang di janjikan dengan janji 1Malaysia, ekekkekekek.....
maka akak pastekan gambar combo baju raya kita orang......





 gambar ini di ambil di pagi hari raya pertama yang indah, di rumah mak manong(nama tempat, mak sebelah akak).
akak memakai kurung tradisional atau nama lain baju kurung pesak buluh. fabric yang di gunakan Verna Mosquera, Free Spirit, VERANDA collection. Saya berkombo dengan Julia yang juga memakai kurung tradisional.

Anak dara saya yang dua orang itu memakai baju kurung Pahang. sesetengah orang kata baju kurung pesak gantung, tetapi sebenarnya kurung pahang dan pesak gantung ada sedikit kelainan.Fabric yang di gunakan Delilah in green by Tanya whelan

Ini pula anak teruna akak, sedang sibuk mengenakan butang baju Melayu. tak tahu la siapa yang memakaikan nya samping tu, senget benget.

Dua teruna yang bila bertemu tak boleh berenggang, memang satu kepala. si kecik tu darjah satu dan baru seminggu keluar hospital kena viral fever. dah pesan berkali2 jangan main kasar2 nanti sakit balik. ingat lima minit aje, lepas tu .......... main tak hengat.......




si bongsu bersama opah kesayangan. gambar di ambil di hadapan pelamin yang belum siap, ibu sibuk jahit gown flower girl so pelamin tak berhias lagi.Julia macam pelik kenapa ada pelamin di rumah opah. semasa dalam kereta ke rumah opah piol tiba2
Julia, " ibu!ibu! nanti opah manong akan dapat atuk baru ke?"
ibu," hah! tak!tak!nanti opah akan jumpa atuk kat syurga!!!!

saya pelik kenapa dia bertanya demikian, setelah 2 hari baru la kami faham, dia ingat kenduri kawen rumah opah mesti la yang nak kawen opah. kalau rumah mak kecik(adik saya yang akan berkahwin pada hari sabtu tu) , mestilah buat rumah mak kecik. hmmm.........


setelah penat bergambar, acara yang di tunggu2 . mengutip duit raya




dengan mak kecik, duit raya lain sedikit. seperti cabutan bertuah. 
paling bertuah anak abang akak , dapat RM25, secondly anak adik rm 20 then tak tahu siapa lagi yang bertuah. anak2 akak juga bertuah dapat rm 10 seorang, sama seperti yang lain hehhehehe
tahun ini mak kecik bagi kurang sikit dari tahun2 sebelum sebab banyak guna duit untuk kawen.......



 tak tahu macamana sepupu si adam ni dah separuh bogel di pagi raya. topless gitu.......


setelah penat berhari raya di rumah mak manong( sebelah akak) , maka kamipun bertolak ke rumah mak piol( sebelah suami)



di rumah opah piul, setelah menjamu selera  dan memberi duit raya

serta bermaaf-maafan, maka pun bersiap2 untuk keluar berhari raya ke rumah sedara mara.    

di hadapan rumah mak piol, si kecik saya merajuk . nak naik kereta bersama kakak sepupunya yang berbaju kuning tuh.
ok, boleh bergerak sekarang. catwalk sikit.........



muka tak happy sebab kena naik keter dengan ibu..........





si cilik saya siap bawa bekal lagi.....
perhatikan leher baju kurungnya, akak tersilap jahit....
promise dia pakai dulu baju ni untuk raya, nanti ibu jahit manik kat situ.... hahahhahaha....


perasan tak, bukan aje fabric boleh di combokan, baju anak dan ibu juga bercombo serta baju adik beradik
selain dari itu sambutan hari raya juga akak combokan, berhari raya di rumah keluarga sebelah akak dan juga keluarga sebelah suami pada hari yang sama.
so baju raya haruslah yang selesa di pakai dan menyerap peluh... sebab akan di pakai sehari suntuk!!!!!

selamat hari raya.......


4 comments:

Mila@Rimbun said...

Salam Aidilfitri kak, selalu nampak kat FB jer, jarang2 datang blog akak ni.

Unknown said...

wssalam
selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir batin.

datang la, jengok2 blog akak ni....

Ana Rashidah said...

assalam kak,

eid mubarak. julia makin cantik le. kelakar je bila julia cakap opah nak dapat tok baru hehehe...

Unknown said...

ana
eid mubarak....
thank you, Julia tu meamng kuat celotehnya. suatu hari tu, entah apa angin nya.tiba2 aje
mummy!mummy! i want to be a singer......
alamak!!! lenguh lutu betul la, cita2 budak kecik nih.....