Pages

Wednesday, September 5, 2012

surplise!surplise!!!


 surplise!surplise!sila jangan ubah ejaan anda. cantik kan!cantik kan!
biasa tak dengar tag line tuh....
dah kau tanya depan orang ramai , siap dgn kamera bagai, free pulak tu. takkan la nak cakap tak cantik. silap2 kena tarik balik sponsorship tu kan......

as salam pembaca sekalian,
masih lagi di dalam mood berhari raya atau mood terpaksa beraya sebab sudah papa kedana. ekekekkek....

akak dah kena start gerakkan mesin jahit le. dah banyak tempahan yang beratur untuk hari raya haji ni. walaupun sebenarnya poket dah kering, purse dah koyak rabak......
hahahhahahahaha

ok la. gown smocking kat bawah ni dah lama siap. tetapi ada aje halangan nya nak beri pada customer. ingatkan nak beri customer tengok dulu, surplise la kononnya......

agak lama juga saya mengambil masa hendak menyiapkan gown ini. demam 3 kali , demam  - kebah-demam -kebah-demam -kebah.....
ini kerana, saya hanya dapat melihat di internet aje design ni. tiada description , tidak dapat di pegang dan di telek. maka saya pun mula kan  dengan  mendesign semula berdasarkan imaginasi saya dan draft di atas kertas. then potong kat fabric.bila telah di potong, salah pula bahagian depan. tak sama panjang dengan bahagian belakang, maka kena buat sekali lagi. 
smocking template pulak, bila dah siap pleat baru perasan salah......., terpendek, maka kena buka sekali lagi dan buat lain.

untuk siapkan bodice sahaja mengambil masa hampir satu bulan....
paling sukar nak letak piping, kerana terlalu banyak tempat yang berliku2......
bila dah siap cantum. nak sambungkan skirt dengan bodice, , bahagian pinggan skirt tak cukup gathers. so, kena buat skirt lain sebab nak buka bodice, terlalu rumit sebab semua di jahit simpan.
Bila dah sambung skirt and bodice, perasan macam tak cantik pulak, so buka balik dan tambah dengan sash. 


sudah siap baru jahit lace di bawah.
nak jadi cerita, lace terkurang 2 inci. huwa!!!!!!!!!! nape 2 inci aje, kalau 10 inci ke tak ada la rasa sakit hati kan.........

 rasa teringin pulak nak buatkan Julia sehelai, tapi hari tu terlupa nak kira pleats and number of steps kat trellis tuh.design ni, saya reka sendiri.......design bidan terjun. ekekekek.....


close-up design. smocking guna benang marlitt agar berkilat dan embroidery, guna benang anchor sebab tak mudah pecah/kembang.


ok, saja nak tayang sekali lagi.......hehehehhe

6 comments:

FairyLilly said...

Salam,
Cantiknya dress tu ditambah pulak dengan warna yang menarik dan kombinasi lace and smocking. Teringin nak tempah for my nieces. Balik malaysia nanti saya nak ambil ukuran depa

Ratenawati Suzari said...

wssalam fairy Lilly,

terima kasih sudi menjenguk blog akak. Boleh aje nak tempah. Fairy orang mana, nanti sampai sini, jemput lah ke rumah......

Ana Rashidah said...

cantiknya kakkkkkkkkk.......

Ratenawati Suzari said...

ana'

terima kasih..........
selamat hari raya maaf zahir batin..

Mila@Rimbun said...

amboi cantiknya, sapalah yang bertuah jadi tuan baju ni yerrr

Ratenawati Suzari said...

mila@rimbun;

terima kasih. nam empunya gown ni seri yang adiknya bernama qaseh. akak tak ada gambar seri tapi ada gambar qaseh, nanti2 nak buat entry pasal budak berdua tuh....