Pages

Thursday, April 12, 2012

tutorial jahitan manik bersayap

as salam,

PERHATIAN : POST INI TERPERAP AGAK LAMA SEBAB TUANNYA TIDAK BERPA SIHAT ....

akak memang dah lama nak upload tutorial ni, tapi keadaan tak mengizinkan, so maaf aje la ye.Akak berharap tiada sesiap mengambil tutorial ini dan menjualnya ye......
Anda di benarkan untuk meniru tutorial ini dan mengambil tempahan 
akak kena beritahu dari awal supaya anda semua tidak melakukannya....
Jika anda melakukannya juga, maka tiada dapat apa yang boleh akak lakukan melainkan berserah aje kepada yang maha kuasa........
motip....syarahan berjela ala..ala.. setazah ni.....hehehehhe


Ok la mari kita mulakan....
anda memerlukan ( DARI ATAS)
ruler, akak guna seam ruler(motip - itu aje yang jumpa), fabric marker Japanese Round Beads (JRB) , 4mm pearl, jarum manik halus (akak guna brand clover) dan benang
JRB  dan 4mm pearl beads hendaklah menggunakan warna contrast
langkah sulong , buatkan garisan selebar yang di kehendaki di atas fabric


susupkan jarum dari bawah di sebelah kiri garisan

masukkan 5 biji JRB
cucukkan jarum di sebelah kanan garisan dan keluar di atas garisan tetapi kebawah sedikit

Tarik benang dan lalukan di celah beads yang kedua dari kiri
Kemudain masukkan 5 biji JRB
cucukakn jarum dari kiri dan keluar di atas garisan . Jika anda perhatikan , cara cuckan jarum adalah senget, iaitu tinggi di tepi dan rendah di atas garisan. Ini supaya  anda mendapat bentuk seperti cabang
masukkan 5 biji JRB dan ulangi di sebelah kanan pula


keluarkan jarum di celah JRB yang kedua
close up untuk lebih jelas
maaf , gambar agak blur.
Ulangi proses ini sehingga habis garisan di jahit JRB berbentuk seperti cabang ini


Langkah seterusnya, keluarkan jarum di cabang yang bawah sekali ( anda boleh mulakan di mana2 cabang yang anda suka ye......

masukkan sebiji 4mm pealrl beads dan jahit di antara cabang tersebut
ini gambarannya. gambar di ambil setelah 4mm pearl beads di jahit
( lupa nak amik gambar masa first 4mm pearl bead )
teruskan menjahit 4mm pearls beads sehingga habis 

Contoh gambar yang siap dari tutorial ini.

akak harap anda semua mendapat menafaat dari tutorial ini......

sehingga berjumpa lagi...










2 comments:

sarina izryn said...

mana nak dapat pembaris tu kak? anyway...nice tutorial...

Ratenawati Suzari said...

beli kat yee button