Pages

Monday, April 23, 2012

smocking gown- draft




as salam,

adakah anda seperti saya, merasakan terlalu cepat masa berlalu? saya rasa hari yang lama hendak habis ialah Isnin, tetapi mula aje jam 2 petang hari Isnin saya mula bimbang. sebab saya rasa, tak lama aje hendak sampai ke hari ahad . Dan kemudian Isnin muncul kembali. . tot..tet..tot...tet... dah habis satu hari......
pejam celik-pejam celik dan habis satu minggu, satu bulan dan tahun baru......

Isshhhhhh......... cepatnya masa berlalu..adakah ini petanda2 akhir zaman?atau petanda2 saya tidak pandai membahagikan masa.

eh! Panjang pulak intronya, yang sebenarnnya nak tunjuk draft gown smocking untuk customer ni. gown ini untuk kanak2 perempuan ye, yang berumur 2 tahun. Terlambat post draft ni sebab sibuk dengan tempahan menjahit manik....ekekekekek...

Fabric yang di gunakan american cotton berwarna putih dengan embossed printed. tiada lengan dan kolar.
tetapi di leher di letakkan piping kaler bright pink. begitu juga di sambungan bahagian dada.

di bawah leher  hadapan di jahit rose bullion.

jahitan smocking yang digunakan ialah 2 steps trellis dengan embroiderynya rose bullion.smocking saya gunakan benang marlittt untuk memberikan impact 'kilat' kepada pattern smockingini dan juga untuk compliment wave di hem yang  menggunakan benang satin.

Hem pula di jahit menggunakan benang satin dengan diberikan bentuk wave dan setiap puncak wave di jahit bullion rose.

Begitulah cadangan nya , berharap cik dyana setuju dengan pilihan fabric dan design yang saya buat ini, dan tempahan ini mungkin mengambil masa sebulan, jika boleh siap awal, saya akan beritahu . Design ini sebenarnya boleh siap dalam masa seminggu sahaja, tetapi saya telah mempunyai tempahan yang berbaris  panjangnya, maka di harap cik dyanan boleh bersabar ye.....

Sehingga bertemu di lain hari.
wassalam

No comments: