Pages

Thursday, April 26, 2012

sarapan saya di pagi ini......

encik suami beria-ia ajak sarapan cepat sikit hari ini kerana dia ada urgent meeting di Putrajaya. Kebiasaanya kami bersarapan di luar sahaja......
tetapi entah apa mimpi saya malam tadi, saya beritahu encik suami, kita sarapan di rumah sahaja la......
tak apa isteri mithali abang ni buat brown french toast , hot nice milo and  perfect half done egg.Menu tu, kalau akak tak strike , memang dah tahu sedap kan.......hehhehehehhehehe


akak pun buat la 6 keping  roti bakar ( expected to get 2 slice each - HB, Julia and myself), milo panas dan telur separuh masak.......Sebab sedap sangat kan.........................
HB dan Julia makan dengan berseleranya.......
so, akak cuma dapat makan 1/2 roti bakar dan 2/3 teguk milo...........



Maka pukul 10 pagi saya rasa lapar kembali , teringin nak makan biscuit cream craker cicah dengan milo panas. Bila milo dah siapa, baru perasan biskut tu dah abis.....
maka bakar la roti semula.........

Ohh........ saya agak sibuk dengan menjahit manik dan juga menyiapkan tempahan gown customer........
dalam dok sibuk tu, sempat jugak pergi bershopping fabric .. hehhehehe
fabric di atas sebelah kanan tu Designer cotton kepunyaan dyana.Saya memang dah jatuh cinta dengan fabric ni,Fabric lecien memang terkenal dengan pastel colour dan kelembutan texturenya. sangat sesuai untuk baju dewasa dan kanak2.
saya bercadang  nak buat baju kurung untuk di pakai semasa wedding adik saya nanti. Tapi tak cukup la pulak....

yang sebelah kiri itu berharga RM45 se meter, sangat cantik di buat smocking full bodice dengan lacey sleeve...


Yang ini pula ialah tempahan pleating sahaja dari kak baha, jenuh jugak la nak menyiapkannya..... 
Yang second row and first from left tu, tersangat la cantik, tetapi ia adalah heavy cotton yang agak sukar untuk di pleat, berpeluh jugak la untuk menghabiskannya...


Ini ialah thread untuk smocking. Benang ni berkilat dan sangat sesuai digunakan jika kita hendak menaikkan embroidery di smocking gown .kak baha, saya pilih yang kiri, untuk mendaptkan vintage look dan , embroidery yang sesuai bullion rose kaler medium to light yellow




Order saya telah sampai, kesemua pilihan saya berwarna ceria saya juga beli dalam kuantiti yang lebaih banyak untuk setiap design kerana customer saya suka buat baju kurung tradisional/moden ataupun  jubah dari fabric ini. 
row atas , dari kanan 6 yards, 4 yards, 3 yards, 4 yards ( 2+2), 2 yards
row bawah 
3 yards and 2 yards
Jika sesiapa berminat, setiap ela berharga RM40.......
Anda boleh message saya di FB ataupun sms ke hphone saya ye.








ok la , sehingga bertermu di lain kali......

No comments: