Subuh sabtu saya bangun se awal 4 pagi, selepas membuat apa yang patut, saya sambung semula menjahit manik.
Setelah siap saya cek semula dan buang atau tukar yang mana2 saya rasa tidak berpuashati, contohnya bunga yang menghampiri bahu ada yang terkoyak, maka saya tetas dan jahit semula. lengkungan manik2 di bahagian kaki tidak terbentuk dengan cantik, sudah semestinya saya tidak berpuashati, maka buka dan jahit semula.
Setelah siap, saya mula menetas di bahagian pinggang dan menjahit sash. Kain untuk sash ini cantik, tetapi agak liat iranya. maka semasa menjahit, bunyi jarum menitik kain adalah agak kuat, tiada apa yang lebih merisaukan sayamelainkan jika jarum patah. kalau patah , saya perlu menunggu hari Isnin untuk membeli jarum di El..lux.
Semasa menjahit tepi pula, saya tersangat lah berhati2 kerana bimbang kain terpotong dengan pisau machine.
untuk perhatian.... kain tu bukan pasangannya ye, saya bimbang patung tu malu nampak kaki dia, so saya pakaikan dengan kain baju kurung..hehehehehhe
Ini gambar design asal baju tersebut. saya telah buka semua manik2 tersebut . Proses ini memakan masa yang agak lama, kerana di samping banyak simpulan, saya juga perlu berhati2 agar kain ini tidak rosak.
ini bahagian dada, saya tukarkan design asal kepada design baru seperti di atas.
Baju tersebut agak longgar kepada si pemakainya. saya rasa adalah tidak relevan , jika saya kecilkan bahagian pinggang dan pleat di bahagian belakang. Maka, saya kecilkan ia dengan menjahit sash di belakang baju ini. disamping boleh mengecilkan bahagian badan, ia juga menambah accessory kepada baju ini.

Baju kurung moden anak saya nanti, saya hendak tambah sash ini.eh! tukar topik pulak....
hehehehe...
ok, sehingga berjumpa lagi...
da......
No comments:
Post a Comment