Akak rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan ,selamat mengerjakan ibadah puasa. Sempena bulan baik dan barokath ini, akak ingin memohon ampun dan maaf, sekiranya ada tersilap salah yang telah mengguris hati anda semua. Samada sengaja atau tidak, samada personal atau tidak.
Dua hari puasa, akak tak larat nak bangun, sakit kepala yang amat sangat dan juga sakit sendi2. Semoga ia menjadi kafarah kepada kesalahan2 akak .
ewah!!! berceramah la pulak......
Mari kita bercerita pasal jahitan pula. akak sedang cuba menyiapkan baju bonda yang tercinta. sudah 2/3 kali jahit, terpaksa di rombak sebab rasa tak sesuai dengan baju tu dan juga usia emak akak. Lastly , akak pilih design di bawah ni, tapi akak tak sure teknik jahitannya betul ke tidak.
Jadi, kalau ada sesiapa yang berhati mulia, mahu berkongsi ilmu dengan akak, akak mengalu-alukan anda mengirim teknik jahitan tersebut ke email akak.
sratne@gmmail.com.
akak tidak akak menggunakkannya untuk jualan atau untuk di beri percuma tanpa kebenaran dari anda sendiri.Akak juga akan memberi teknik akak menjahit design tersebut kepada anda yang sudi berkongsi ilmu tadi.
Ucapan terima kasih akak tujukan kepada mereka yang sudi berkongsi ilmu tadi.
Yang di bawah ini pula ialah embroidery bracelet yang di jahit pada baju kurung pahang kepunyaan Soraya. Design ini sangat sesuai untuk remaja seperti beliau. harap2 beliau suka.
Yang di bawah ini pula ialah embroidery bracelet yang di jahit pada baju kurung pahang kepunyaan Soraya. Design ini sangat sesuai untuk remaja seperti beliau. harap2 beliau suka.
Sebagai penutup akak ingin beri tips kepada yang suka menggunakan round beads. akak suggest guna Japanese round beads, ini kerana size beads tersebut adalah sama untuk setiap bead. Berbeda dengan yang lain, ia berbeza2 size menyebabkan sukar untuk kita mendapat design yang di ingini.
Selamat memanik.......
No comments:
Post a Comment