apa khabar? sihat? dah start buat biskut raya?
wah!!!! banyaknya soalan........
banyak sangat benda nak diceritakan, sampai tak tahu nak mulakan yang mana dulu.
Tahun ini Adam beritahu saya , cikgu akan rotan sesiapa yang tidak berpuasa. Kami memang sudah bersedia dan bertekad untuk melatih adam berpuasa tahun ini. Adam sudah berumur 8 tahun tapi belum pernah berpuasa penuh, kakak2nya dahulu , masa di tadika dah belajar berpuasa. masuk darjah satu dah boleh puasa penuh.
Adam sangat2 tak tahan kalau lapar, pada fikirannya, kalau lapar mesti makan. tak boleh tunggu seminit atau 2, wajib makan!!!!
Maka , kami terpaksa susun strategi untuk menggalakkan dia berpuasa.Mari dengar urutan ceritanya.
Hari pertama: Bangun sahur, berbuka pukul 12 tghari sebab dah menangis tak nak pergi sekolah sebab lapar. saya risau dia pengsan di sekolah maka saya beri dia berbuka.
Hari kedua : Bersahur dan HB pesan, ayah hendak adam puasa penuh hari ini. so, masa die merengek2 hendak berbuka pukul 12 tghari, saya katakan adam cuba la dulu berpuasa sampai petang. Balik dari sekolah dia masih berpuasa dan merengek2.Saya panggil dia peluk dia dan bercerita kisah siapa yang tidak berpuasa dan balasan di akhirat nanti.
Pukul 7 petang dia dah duduk di meja makan dan menangis nak berbuka. Saya sabarkan dia , dia terus-terusan menangis, macam tak makan sebulan.berjurai2 airmata.....
kesian pun ada , nak gelak pun ada dan dan marah pun ada. Azan aje, doa pun tak sempat, baca bismillah pun antara dengar tak dengar aje dan antara mengunyah makanan kot. hehhehehehhe
Gambar selepas berbuka, untuk pertama kalinya berpuasa setelah berumur 8 tahun.yeayyyy..... berjaya jugak.....
Gambar selepas berbuka, untuk pertama kalinya berpuasa setelah berumur 8 tahun.yeayyyy..... berjaya jugak.....
Memang tak solat maghrib..... bangun pukul 10 malam soh dia solat isyak.
Sebab dia telah berjaya berpuasa, ayahnya kesian pada dia, so buat janji ayah akan beri adam $10 untuk setiap hari adam berpuasa penuh.
Hari ketiga: balik dari sekolah Sarah suruh saya tanya adam kenapa dia tak puasa. saya agak terkejut, sebab sebelum pergi sekolah dia nampak ok.
Saya;" adam! mari sini."
Adam;"ye ibu"( beli jiwa betul....)
Saya;" kenapa adam tak puasa hari ini?"
ADam; " eh! Adam puasa la ibu.......... tapi tadi masa kat sekolah. cikgu kata sesiapa yang tak puasa sampai pukul 4 cikgu rotan. Adam pun buka la puasa pukul 4 sebab nanti cikgu tak rotan la adam"
Saya; " hmmmmm..........."
Hari ke empat dan seterusnya dia dah ok, dan membilang duit......
Sekarang ni nak suruh dia solat tanpa tinggal satu waktu pun sebab solat asar dan maghrib selalu aje miss.......
panjangnya citer ..........
hehehehehehehe......
ok , meh citer pasal jahitan pulak.
Nampak gayanya tiada sesiapa yang sudi berkongsi ilmu dengan saya tentang teknik menjahit emboridery bracelet. tak apa la.........
Jadi , saya tidak la dapat membandingkan teknik yang saya gunakan dan teknik mereka yang lain. walaubagaimanapun , di sini saya letakkan gambar untuk baju yang telah siap di jahit.
Saya harap bonda suka , design ini.
Ini pula untuk baju emak yang kedua. Saya tahu emak memang suka warna2 terang, maka merah atau pink adalah warna wajib.
close up.
Saya harap bonda suka , design ini.
Ini pula untuk baju emak yang kedua. Saya tahu emak memang suka warna2 terang, maka merah atau pink adalah warna wajib.
close up.
Hmmmm......., nak beri nama apa ye?....
design cik minah sayang........ hehehehehehehe
ini pula ialah baju kurung yang telah siap di potong, hanya tunggu untuk di cantum. baju anak2 aje.......
4 helai ini pula untuk di jahit manik, pening la nak pilih desing apa. warna tanah meriah sangat........
ini pula ialah baju kurung yang telah siap di potong, hanya tunggu untuk di cantum. baju anak2 aje.......
4 helai ini pula untuk di jahit manik, pening la nak pilih desing apa. warna tanah meriah sangat........
nanti la......
dah siap nanti, akak upload gambar kat sini.
da.......................
No comments:
Post a Comment