Pages

Saturday, April 4, 2009

Terlalu memanjakan ke

Saya telah lama menulis coretan ini, tetapi lupa hendak publishkan . so, kira back dated la yea.


Semasa Sarah di darjah 2 iaitu 4 tahun yang lalu , ketika itu saya masih bekerja. Pada masa itu ialah bulan puasa dan Sarah telah termuntah di sekolah kerana tidak sihat. Sarah telah di suruh oleh cikgunya untuk mencuci muntahnya di lantai dan mop tempat muntah tersebut.

Apabila Sarah menceritakannya kepada saya, saya menangis kerana saya tidak boleh bayangkan mcmana Sarah yang tidak pernah membuat kerja rumah hatta membasuh pinggan sendiri pun, mampu melaksanakan tugas tersebut.Disebabkan Sarah telah diminta oleh cikgunya untuk berbuka puasa hari itu, maka saya berkata kepada Sarah" Lain kali , jika Sarah rasa tidak sihat, dan demam , jika tidak larat; Sarah tak payah puasa sebab Sarah kecik lagi". Sarah yang lurus itu hanya menganggukkan kepala.

Saya ada terfikir, bilakah masa yang sesuai untuk anak2 saya belajar membuat kerja2 rumah. Mereka terlalu bergantung kepada pembantu rumah, hingga membasuh kasut pun di lakukan oleh maid. Semasa transition maid, selalunya ibu dan bapa mertua saya akan datang menemani anak2 saya semasa saya bekerja, selalunya 2 minggu hingga ke sebulan lebih. Pada masa ini , saya mengambil kesempatan menyuruh anak saya membasuh kasut sendiri. Mereka tidak pandai dan biasasanya aisyah tidak akan membasuh kasut nya sendiri. Bapa mertua saya yang kasihan melihat anak2 saya akan membasuh kasut sekolah mereka.

Suatu hari, bapa mertua saya terpaksa pulang ke kampong kerana ada mesyuarat jawatankuasa masjid. Pada ketika itu, hari sabtu saya masih bekerja. Saya pesan kepada anak2 saya basuh kasut sekolah , atuk tak de dah balik kampong. Tengahari , bila saya pulang dari kerja ibu mertua saya bercerita perihal aisyah.
Aisyah" Opah! opah basuh kasut aisyah yea"
Opah , " Eh! Opah bukan orang gaji, Siapa punya kasut dia basuh sendiri. Aisyah punya kasut aisyah basuh la sendiri"
Aisyah, " Ala, Opah basuh la kasut Aisyah je"
Opah, " Opah tak boleh basuh kasut aisyah, sebab ini Opahhhh..... bukan orang gaji"
Aisyah " Atuk boleh!!!!"
Ibu mertua saya tergelak2 bila Aisyah cakap macam tuh.Saya tak tahu la, nak gelak ke atau nak denda si Aisyah nih.

Peristiwa itu sudah 2 tahun berlalu,sekarang saya tidak bekerja dan sudah hampir 3 bulan tiada maid. Saya rasa saya tidak larat melayan kerenah mereka. Ada yang mencuri, mencubit anak2 saya ,membawa lelaki masuk rumah dan berbagai peristiwa lagi. Namun, ada juga yang baik.
Tetapi yang terakhir sungguh menyakitkan hati, saya layan dia macam keluarga sendiri, selepas 2 tahun dia pulang kerana hendak kahwin. Tetapi , dia kembali dgn kisah laranya dan minta saya ambil dia bekerja, dia di tipu oleh agentnya. Saya yang simpati mengambilnya bekerja dgn saya dan apa yang menyakitkan hati, dia buat perangai. Talipon memanjang, tidk mengemas rumah seperti sepatutnya, keluar di waktu petang tak kira masa dan mcm2 lagi lah. Pernah sekali semasa saya pulang ke kampong kerana menziarahi jenazah, dia boleh bawa lelaki datang rumah. Nasib baik suami saya balik awal hari tu, bila tegur melenting tak tentu pasal. Akhirnya dia lari bersama lelaki itu.

Saya tak kisah, tetapi saya rasa serik kerana selepas dia tiada baru anak2 saya bercerita apa yang dia buat kepada mereka, Sarah yang dah besar panjang tu pun kena cubit dgn dia. Geram betul saya , saya pun tidak pernah cubit Sarah, dia senang2 cubit anak orang. Bila saya tanya kenapa tak beritahu ibu, sarah boleh kata, Oh really! I didn't tell U?alahai, anak2 ku.
Aisyah pulak berkata" kakak selalu cakap mcm2 , kita orang dengar aje, walupun kita orang tak suka"
Saya bertanya, " Kenapa tak nak cakap pada kakak. aisyah tak nak dengar"
Aisyah, " Macamana nak cakap.Kita orang anggukkan kepala aje, apa yang dia cakap sebab kita orang takut nak gelengkan kepala"
Wah! apa la agaknya yang bekas maid saya dah buat pada mereka hingga semua rahsia si maid ini di simpan rapi oleh anak2 saya.

Saya bercita2 tidak mahu amik maid lagi. Sekarang , sudah hampir 3 bulan kami tiada maid. Kalau dulu saya bimbang ,jika hendak menyuruh anak2 membuat kerja , tetapi sekarang mereka sendiri sanggup membantu.Jadual saya sangat padat, hantar anak sekolah, kemas rumah, masak, ambil adam dari pre-school, masak makanan adam( dia tak suka makanan sejuk), ambil sarah aisyah, hantar sarah kokurikulum dan banyak lagi . tak tersenarai di sini.

Tetapi, bila tiada maid saya tiada masa untuk diri sendiri dan juga untuk focus kepada pelajaran anak2, maka kami telah bersetuju hendak mengambil maid semula. Reaction Sarah " OK ke, nanti tak de problem ke, i mean macam kakak lilis dulu."
Saya kata, "make sure sarah aisyah update ibu kalau dia buat benda2 tak senonoh. Ok?
Sarahaisyah, "ok". mungkin mereka tidak suka ada orang asing di rumah, masalahnya Sarah hendak menduduki UPSR, saya perlu focus kepadanya .

Mungkin pembaca dari pengalaman sendiri, yang boleh di kongsi bersama?

Kedua2 ini gambar lama dalam bulan satu tahun ini, semasa si kecil ini bersama abangnya membantu saya di dapur.


1 comment:

Dani California said...

oh..child labor..heheh