Pages

Sunday, April 12, 2009

Urusan seharian saya

Seperti yang saya ceritakan di blog okid saya, jari saya telah di jahit 5 jahitan. Maka tidak banyak aktiviti yang saya boleh buat kerana selain dari ia jari di sebelah tangan kanan, tapak tangan saya juga luka.Ini kerana balang kaca itu pecah disebabkan hentakan tapak tanga saya ketika hendak menutupnya. Jadi, bayangkan lah lukanya bagaimana dan darah yang memancut keluar. Nasib baik semasa kejadian, suami saya ada di rumah, jadi dia telah membawa saya ke klinik dan doktor cadangkan ia di jahit kerana luka yang agak luas.

Maka suami saya menyambung membuat kerja rumah dan memasak kerana saya terasa seperti nak pitam dan tangan kanan yang berbalut menyukarkan saya membuat kerja.Ewah! Adakah ini alasan??? hehehehehehe
Tidak, seriously, masa keluar dari klinik itu, Sarah terpaksa memimpin saya keluar; kerana pandangan mata saya berpinar2.

Petang Sabtu, kami sekeluarga telah pergi ke Port Klang kerana menjemput maid yang akan sampai dari Indonesia. Mungkin ramai yang hairan kenapa kami pergi menjemput maid , bukan agent. Ini kerana saya hendak menjimat kos, kalau agent jemput dan memproses semua dokumen, kosnya beribu raban. Yang ini kami buat sendiri jadi kos tak sampai $4K. Dan mana tahu dengan pengalaman ini, kami pula boleh menguruskan kemasukan maid untuk kawan2.hehehehehehe

Kami tidak sangka boat dari Indon lambat sampai. Nasib baik kami tidak sampai pukul empat petang, kalau tidak jenuh la menunggu. Walaupun kami tersesat selama satu jam, di mana kami tiba di jeti pada pukul 6 petang. Kami masih lagi tepaksa menunggu hingga jam lapan malam baru boleh keluar dari jeti itu, sungguh memenatkan.
Saya tidak mahu mengalami kesusahan di kemudian hari, maid ini saya brief selama 1 jam. Kemudian saya biarkan dia membersihkan diri dan bermulalah tugas saya sebagai trainer.

Saya rasa dia agak slow, tetapi saya harus bersabar.............. agar dia tidak kekok dan berhati2 menjalankan tugasnya. Doakan semoga saya lebih sabar untuk mendidik cik Indon yang bernama Saadiah ini.

2 comments:

MamaAliffAysraaf said...

Memang maid byk karenahnya, sy teringin nak ada maid, kuranglah sikit bebanan tu tapi hubby tak setuju jadi balik keja dia uruskan hal dlm rumah, mengemas & menyapu dsb, saya pulak telek orkid kat luar. Mengelat,kan...he..he..he...

Unknown said...

memang awak sungguh mengelat. hehehehehehe