Pages

Monday, November 10, 2008

ulang tahun perkahwinan

Sudah lama saya tak up date blog ni. bukannya apa, selain sibuk ; blog ini dibaca oleh anak2 saya jadi kena fikir banyak perkara dan edit banyak kali sebelum posting. Kalau tidak susah la hendak bersoal jawab dgn mereka.
Di rumah ini,menyebut aku adalah satu kesalahan, setiap dari mereka yang menyebut aku kena beri sebab kenapa sebut aku dan mengapa tidak saya atau nama sendiri.Jadi ,semua orang faham tak boleh ber"aku" atau ber"kamu" di rumah ini.Kecuali saya ketika berbual dengan pembantu rumah saya,saya akan berkata kamu untuk ganti nama kedua dan saya untuk ganti nama pertama diri saya.Anak-anak saya faham setelah saya menerangkan kepada mereka, dan intipati yang tertanam di minda mereka "mother is always right".

Selain daripada itu memaki hamun adalah kesalahan besar di rumah ini. Setiap penghuni akan di hukum jika mengatakan bodoh sekalipun, kepada sesiapa sahaja samada dirumah ini atau di mana-mana sahaja. Penghuni termasuk tuan&puan rumah,anak-anak,pembantu rumah serta sesiapa sahaja yang datang berkunjung. Pernah sekali pembantu rumah mengatakan "bodoh" kepada Sarah anak sulong saya. Dua- tiga hari Sarah bermurung, setelah ditanya Sarah memberitahu kakak memanggilnya bodoh. Saya telah menasihatnya , dengan berkata" pernahkah saya menyebut bodoh kepada kamu? dia kata , "tidak". jadi saya berkata "kalau kamu suka saya panggil kamu bodoh tidak mengapa, tapi jangan panggil anak saya bodoh". Semenjak hari itu, perkataan yang keluar dari pembantu rumah saya agak bersopan santun.

Adakah tulisan saya ini membosankan, tidak mengapa anda boleh berhenti sekarang. Tapi saya boleh merasakan yang anda akan terus membaca.ha..ha...ha...eh! silap! he..he..he... gelaklah dengan bersopan sebab anak-anak saya membaca blog ini.

Hari ini seperti biasa , saya bangun pukul 6 pagi dan terus membaca email atau message dari face book. Mengapa saya tidak terus mandi dan bersolat? Ini kerana saya sedang mengalami hari kelepasan solat untuk wanita.Pukul 6.30 pagi,anak-anak saya ,Sarah dan Aisyah masuk ke bilik saya dan mengucapkan "Happy anniversary ibu". Oh! ya . Terima kasih dan mereka berdua mencium pipi saya.

Setelah berbual sebentar, Sarah pun keluar untuk ke sekolah dan suami terus bertanya" yang ke berapa ye?"Adakah perlu saya marah? Apa yang saya perasan, setelah saya berhenti kerja, suami sudah tidak lagi memberikan saya hadiah, kecuali harijadi saya di tahun lepas,sejambak bungaros bersama coklat yang anak-anak saya habiskan dalam masa setengah jam. Semasa saya bekerja dahulu, saya rasa belumpun harijadi saya, saya sudah dapat hadiah selalunya barang kegemaran saya seperti selberan .Tetapi, setelah difikirkan,adakah saya perlu lagi barang-barang tersebut, yang adapun saya tidak pakai .Memang betullah ada orang mengatakan wanita suka membazir, saya diantara mereka. Jadi,adakahucapan "selamat ulangtahun perkahwinan" sudah memadai.Hmmmm.........

Ok lah ,saya hendak berhenti di sini dahulu.Malas pula rasanya hendak edit. Post la dahulu.

No comments: