Pages

Wednesday, November 12, 2008

adakah saya tidak efektif

Dua/tiga hari ini saya bersedih hati dengan keputusan peperiksaan akhir tahun anak saya. Hari Selasa anak sulong saya Sarah pulang membawa berita yang dia sudah dapat keputusan untuk subjek sains -69% ."Ibu result Sarah naik lah, midyear I got 50+", gembira Sarah memberitahu saya. Saya yang tidak berapa puas hati tersenyum , mengucapkan tahniah.
Petang Aisyah pulang dan terus memasuki bilik saya denga rasa bersalah. "Ibu Aisyah dah dapat result English 89%", sambil tersengih2 dan beransur2 keluar bilik saya.
Keesokan harinya, Sarah mendapat keputusan B.Melayu" I got 75%, I am happy coz mid year I nly got 60+". Perlukah saya mengatakan yang itu tidak mencukupi buat saya, tapi saya diam dan mengatakan" I am happy for u".

Hari Selasa Aisyah membawa semua keputusannya balik dan membaca satu persatu kepada saya. Apa yang saya perasan, Aisyah cuma memperolehi hanya satu sahaja 90% iaitu subjek pemahaman.Saya berkata" Aisyah , ibu tengok Aisyah cuma dapat satuaje 90% yang lain semua 80+, kenapa result Aisyah teruk sangat nih?. Aisyah menjarakkan dirinya daripada saya. "Ya ibu, tapi Aisyah dapat semua A, yang rendah sekali 84% tu A tau ibu", sambil dia melangkah setapak demi setapak ke belakang. "Kenapa cakap jauh dari ibu nih?, saya kehairanan. "Aisyah takut ibu marah sebab Aisyah tahu result Aisyah teruk". Saya terdiam dan menyuruh Aisyah keluar.

Semalam aisyah masuk ke bilik saya dan memberitahu saya dia dapat nombor 2,kawan baiknya yang result teruk dapat nombor 9 mendapat nombor 1. Saya berkata kepada Aisyah,"Aisyah tak malu ke pada kawan aisyah, dulu dia tak pandai pun tapi dia rajin dan Aisyah tak mahu belajar bila ibu suruh ; sebab itu Aisyah dapat nombor 2".
"Tahu ibu, aisyah yang ajar dia bila dia tak faham and now Aisyah dapat nombor 2"., ujar aisyah.
"promise me that u will do better next year ", saya berkata." OK ibu", antara acuh dan tidak dia membalas.

Sarah juga membawa keputusannya balik tetapi tidak semua, tidak satu pun keputusannya yang melepasi angka 80% setakat ini.
Saya terfikir , apakah yang saya telah beri kepada anak2 saya , walaupun saya tidak bekerja dan ada pembatu rumah, kenapa anak2 saya tidak mendapat keputusan yang diharapkan.Adakah saya tidak memberi sebarang sumbangan kepada mendidik anak2 saya dalam pelajaran mereka.
Hmmmmmmm.....saya merasakan saya perlu bekerja semula, mungkin bila saya bekerja mereka nampak saya bersusah untuk mereka dan mereka akan belajar denga lebih tekun lagi. entah lah, tapi saya rasa saya perlu bekerja kerana tidak banyak sumbangan saya bilasaya duduk di rumah.

No comments: