as salam,
apa khabar anda semua? ada sihat.
hari ini dapat berita sedih, ibu kepada kawan baik saya telah mengadap illahi. Kawan saya , Hasnah Hariri sungguh bertuah kerana sempat menjaga ibunya yang sakit. kemudian dia balik ke canberra sebab Hbnya pula kena menjalani suatu pembedahan. semasa beliau di sana, beliau mendapat berita, ibunya telah meninggal dan dia kembali ke Malaysia menziarahi jenazah ibunya...al-fatihah...Semoga , beliau sekeluarga tabah dalam menghadapi dugaan ini.......
Akak ada satu posting yang terperap, cerita tentang sambutan hari jadi ibu akak yang ke 71 tahun di Putrajaya.akak memang hendak menceritakan kegembiraan di hari tersebut, tetapi tiada berkesempatan. nanti la.... bila dah banyak masa....
sekarang ni tersangat sibuk menjahit smocking dress untuk sahabat di USA dan juga untuk dyana dari Utara.
Gambar bonda bersama cucu kesayangan di hari bahagia ini. Dress itu di jahit untuk di pakai semasa acara bertandang perkahwinan adik akak, tapi tak sempat siap, sebab combo tk cukup. so, jadi la dress untuk birthday Opah....hehehehe
Semalam sempat siapkan 2 helai sulam manik baju customer bank negara....
tadi baru pos.....
Yang ini akak suka shimmering flora sebenarnya....
tetapi customer nak yang sama, so. akak buat lah yang sama.... seronok tau jahit manik ni.......
sekarang , akak sibuk dengan tempahan vintage dress( sila lihat posting sebelum ini ) dan juga the tea party dress. Hujung minggu ni nak start potong semua order dan setelah dress smocking siap( target hujung bulan Insya-Allah) maka 1hb akak akan start menjahit kesemua dress ini.....
sebab ramai sangat tanya, akak paste la kat sini size dan fabric yang di perlukan ye...
sila double click gambar untuk dapatkan size dan fabric yang di perlukan ye......
hingga jumpa lagi....
da.......
No comments:
Post a Comment