Pages

Tuesday, September 18, 2012

masih kah kau ingat

as salam,

ingat kah lagi anda, yang akak nak buat baju Julia di posting yang lepas. Ye, di sebabkan malas menjahit smocking, maka baju ini telah di ubah suai . Oleh kerana citarasa agak pelik sikit( kejap nak vintage keja nak modern) maka banyak kali la pesennya bertukar dan ,asyik silap aje. hamik kau, kalau smocking dah siap dah....
namun, alhamdulillah, siap dah, walaupun amik masa seminggu. 
ini lah rupa paras, dress yang dah siap tuh.akak gunakan fabric solid kona dan printed tu dari designer verna mosquera. fabric tu tersangat lah cantik dan lembut aje. kalau lah ada banyak, teringin nak buat baju kurung pahang, tapi apakan daya. kiranya dah masuk dalam barang2 antik , tak dak jual dah.

ini bahagian belakang, penuh dengan ropol2, teringat masa kecik2 dulu , mak suka buat baju banyak ropol sebab tak nak nampak anak nya kurus kedeking......

potongan belakang, agak luas
ropol dan lace menampakkan dress  ini lebih kepada vintage look

sebab akak suka tengok bahagian belakang ni, maka akak amik 3 keping gambar dan tampal kat sini. sabo aje le ye......

kalau fabric polos akak suka jahit sulam atau manik......

bahagian dada akak buat sulam bullion rose dengan jahit apa tah namanya, kalau kat buku di panggil sulam putih. jahit yang benang sama dengan warna kain tuh....... 

di empire line, akak letak lace yang di jahit manik. ini supaya kelembutan pada keseluruhan dress lebih terserlah.
di bahagian luar skirt , akak jahitkan lace agar nampak seni vintagenya.

akak guna lace yang sama dengan bahagian pinggang, agar nama senada.

dress yang menarik ini tidak boleh di pakai oleh Julia kerana agak besar.
Ye la, akak ambil ukuran kate winslet, tapi size anak akak tu Kristen stewart.
so tak boleh lah nak pakai. 

Ada sesiapa berminat hendak membelinya.......

4 comments:

Mila@Rimbun said...

cantiknya.. ala2 ann of green gable plak fesyen nyerr kan

Rozy said...

ish ish lawa sungguh!
must cost a bomb ni harga baju ni.

Unknown said...

mila
kat fb ada yang kata mcm gown downtown abbey. awak pulak kata ann of green gable. kena cari la pulak kat google


rozy: tak la sampai ke bomb nuklear ke atau atom ke. setakat peluru pistol aje......

akwaanggun said...

yg gown ni kalu sy tempah ngn akak, brapa rm?