Pages

Tuesday, March 6, 2012

melentur buloh

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi, kedua2 anak gadis saya telah memakai tudung kepala.
Kedua2 mereka memakai tudung kerana tanggungjawab kepada Allah dan atas perintahnya. Saya menasihati dan mereka mendengar kata.

Sebenarnya anak saya telah menyuarakan hasrat hati mereka untuk memakai tudung semasa mereka berusia 8 tahun. saya melarangnya kerana beberapa sebab

1. Mereka tidak pandai menjaga kebersihan diri lagi. semua di lakukan oleh maid.
2. Mereka belum baligh lagi dan tidak wajib kepada mereka. ( sila rujuk syarahan dari ustaz kazim)
3. Saya mahu mereka membetulkan tiang agama iaitu solat 5 waktu terlebih dahulu.Syarat saya kepada mereka wajib solat 5 waktu dengan sempurna, then baru fikir persoalan lain.
4. Jangan jadikan bertudung ini mengikut trend atau fashion. sebab orang lain pakai dan anda nampak cantik atau anda hendak "be in the group" , maka anda memakai tudung. Itu tersangat silap besar. Pakai kerana wajib dan tanggungjawab kepada Allah yang maha esa.

apa bila anak saya telah baligh, dan solat mereka pun telah kukuh, tetapi masalah baru timbul, bila saya perhatikan mereka tidak lagi begitu excited hendak memakai tudung. Maka , sebagai ibu selain dari menasihati mereka , hanya kepada Allah tempat saya meminta pertolongan.Sarah mula memakai tudung ke sekolah bermula dari tingkatan 2. dan tahun ini dia sudah memakai tudung penuh, iaitu bila2 masa hendak keluar dari rumah. alhamdulillah. Aisyah pula mula memakai tudung penuh, iaitu apabila keluar rumah dan juga ke sekolah tahun ini, iaitu di umurnya 13 tahun.

tiada yang lebih bahagia di hati saya, melainkan memanjat kesyukuran kepada illahi dengan anugerahanya ini.

Doa saya semoga mereka memakai tudung selama-lamanya, sehingga ke akhir usia mereka.

2 comments:

Ana Rashidah said...

kak, saya dulu pun masa form 3 baru pakai tudung. tu pun celam celum lagi hehehe....

Unknown said...

kisah hati,


ekekekekek.......
akak dulu2 form 3 masih pakai short masa sukan.......
tapi, kita telah tahu kesilapan kita, maka kita bertanggungjawab ke atas tanggungan kita....
perbetulkan mana yang salah dan perbaiki yang sedia ada untuk kebaikan....