apa khabar? hari ini akak nak citer pasal kelas smocking. Hari ini seorang pelajar bernama syuhaida telah memulakan kelas nih. Beliau telah membeli kain seperti di bawah dan memilih design seperti gambar sebelah fabric tuh.
close up design.
close up design.
mesti pembaca pelik kenapa hanya seorang sahaja yang belajar. ini kerana , setiap pelajar akak di beri pilihan untuk datang pada masa dia lapang, dan jika masa yang dipilih akak juga lapang , maka pelajar boleh datang ke rumah akak untuk belajar.
bagaimana kah cara belajarnya?
1. student akan memilih design mana yang dia suka, seperti syuhaida dia suka design di atas. pelajar terus menjahit di atas kain sebenar( yang kemudiannya akan terus di jahit menjadi baju).
Pelajar perlu memberi kain,( jika kain sendiri) paling lewat ,sehari sebelum kelas.
2.Pelajar perlu membawa hana2 jahitan sendiri, juga boleh beli dari saya.
pelajar akan belajar bermula dari membilang pleat, centre searching dan seterusnya menjahit smocking dan juga flowers jika ada.
3.Jumlah masa belajar adalah sehingga design tersebut siap. tidak kira sepuluh jam, 25jam atau 50jam. pokoknya design tersebut mesti disiapkan.
4. Yuran untuk menjahit design smocking ini sehingga siap ialah RM100.
setelah siap, pelajar boleh mencantum sendiri menjadi baju.
Jika pelajar hendak belajar mencantum baju , pelajar perlu membeli buku Australian smocking& embroidery yang ada di jual di craftworld ataupun membeli dari saya.
Yuran untuk belajar mencantum baju ini ialah RM50.
Jika berminat, boleh terus Pm akak di handphone atau FB.
Kepada kak jehan, yang akan belajar menjahit week end ni, sila call tina untuk confirmkan masa juga size, fabrics dan pleating.
Dibawah ini ialah gown terbaru Julia.akak telah membuka tempahan , Upah cuma RM20
Akak juga ada menjual tutorial untuk menjahit baju ini bersama pola. size adalah untuk 1 tahun sehingga 6 tahun...
salah satu gambar yang ada di dalam tutorial.
Akak juga ada menjual tutorial untuk menjahit baju ini bersama pola. size adalah untuk 1 tahun sehingga 6 tahun...
salah satu gambar yang ada di dalam tutorial.
ok la, stop dulu ye.
No comments:
Post a Comment