as salam,
apa khabar anda semua? masih ada lagi ke mood raya?
week end ni, saya dah ada jemputan untuk rumah terbuka. dah nak habis dah bulan syawal. awal bulan november, kita akan menyambut hari raya aidil adha pulak.
Maka, bersambung lah pulak menjahit baju untuk hari raya haji kan?......
sebelum cuti satu malaysia tempohari, saya telah menerima tempahan dari cikgu Khuzaimah dari Ampang. Dia tanya berapa lama boleh siap, saya cakap satu hari. saya terima parcel hari Khamis, hari Jumaat balik kampong sebab adik kawen. Hari Isnin, balik Shah Alam, terus lah saya menjahit baju tadi.
Design pink bracelet dan vintage spiral
Design pink bracelet
Saya suka design ni, nampak mewah di atas kain jalur nipis ini. Permainan warna adalah sangat penting dalam memilih sulaman manik. kalau tersilap pilih warna, akan mencacatkan keindahan kain dan keseluruhan penampilan si pemakai.
Design ini memakan masa, bukan disebabkan rumit tetapi banyak proses. Saya fikir boleh habiskan dalam masa 1/2 hari tetapi jangkaan saya meleset , kerana ira kain ini liat rupanya. maksudnya, susah hendak cucuk jarum, so, ia memakan masa. semasa saya menjahit baju ini, saya menggunakan jarum manik brand clover, patah pulak jarum tuh..... bukan satu tapi dua!!!!!!
close up, tak dapat nak amik gambar dekat sangat sebab ada problem dgn kamera cap ayam saya. tapi, apa yang hendak saya katakan, memang bertepatan design dan fabric, pilihan cikgu khuzaimah nih.
Desigan vintage spiralclose up, tak dapat nak amik gambar dekat sangat sebab ada problem dgn kamera cap ayam saya. tapi, apa yang hendak saya katakan, memang bertepatan design dan fabric, pilihan cikgu khuzaimah nih.
Baju kurung ke dua, beliau memilih vintage spiral atau sesetengah beaders, menamakannya ulat bulu atau ulat beluncas.3/4 kali juga lah saya menukar warna beads, untuk mendapatkan kaler yang sesuai. akhir sekali saya memilih warna seperti di bawah. tak sangka di gemari ramai.
menjahit kain lembut ini agak mencabar, selain perlu menjaga cucukan jarum agar kain tak rosak. kita juga perlu menjaga agar bila siap, lengan baju tersebut tidak nampak terlondeh.
baju2 tersebut telahpun siap dan di poskan. harap2 tuanpunya baju berpuashati dengan hasil kerjatangan akak.
Kepada pembaca yang lain, jika berminat boleh lah pm akak. tempahan masihh lagi di buka.
3 comments:
Alhamdulillah..dapat cari jejak yang di tinggalkan ehehehe..terima kasih berkongsi ilmu...saya tumpang belajo yer..Saya sedekahkan Alfatiha untuk kedua orang tua puan..amin semoga di tempat orang yang beriman dan di murahkan rezeki puan juga aminn...
cik sue
terima kasih banyak2, semoga kehidupan cik sue sekeluarga di limpahi rahmat Alah.amin....
as salam.. sy br msk blog pn nie.. mcm mana sy nk dptkn tutorial dlm nie?? adakah dier jenis bergambar?? saya berminat nk belajar sulaman manik terutama
"embroidery bracelet" & crumble..
Post a Comment