Pages

Tuesday, October 5, 2010

ready stock

Salam,

Hari ini saya agak rajin sedikit, maka saya telah meng upload gambar gown2 smocking yang telah siap dijahit dan hendak saya jual. Marilah kita lihat ye....

Ini gown untuk kanak2 berumur 3-4 tahun
ukuran adalah seperti berikut
bahu - 10inci
dada - 22 inci
labuh - 27inci
warna - kuning bunga kecil
Harga pengenalan $89.

Gambar penuh bahagian hadapan
close up design smocking dan embroidery

Gambar penuh bahagian belakangclose up bahagian belakang , dimana saya menggunakan butang balut.

Kesemua baju yang saya jahit berlining ,ini adalah untuk keselesaan si cilik.Lining samada dengan kain yang sama atau kain kosong dari warna yang sama.Bahagian hadapan baju yang berlining.


Yang di bawah ini pula ialah gown untuk kanak2 berumur 4/5 tahun.Ukuran seperti berikut

bahu - 12 inci
dada - 27 inci
labuh - 31 inci
Colour bright pink bercorak epal
Harga pengenalan $95.
bahagian hadapan
close up smocking design , tiada embroidery
bahagian belakang
close up bahagian dalam yang berlining - belakang baju


close up bahagian depan yang berlining

Kedua2 baju di atas mempunyai sash, maka jika anda ingin anak anda nampak ramping, sash di ikat mengikut bentuk pinggang anak anda.


Lastly, gown untuk umur 4/5 tahun juga tanpa lengan(sleeveless) , harga pengenalan ialah $89.
Kaler soft pink berbunga tulip.



Sebelum saya terlupa, ingin saya nyatakan ukuran baju yang di buat adalah mengikut size oversea, jadi tidak semestinya baju di atas hanya untuk umur yang di nyatakan sahaja.

Ok, jika ada sesiapa berminat sila SMS atau email saya.

Sunday, October 3, 2010

projek sekarang

Hari ini anak gadis ke dua saya akan menduduki peperiksaan UPKK. Masa majlis baca yassin dan doa selamat minggu lepas saya tidak dapat hadir kerana keuzuran dan suami saya jauh diperantaun pada masa itu. Semoga anakanda aisyah lulus dengan cemerlang.

Semasa saya pergi mengambil nya , dia agak murung kerana saya lambat. saya tanya tiada kawan ke pergi bersama. Ada, kawannya ****** pun ada datang tapi parents nya tak datang.

Aisyah, " ibu tahu tadi mama dia mcm nampak selekeh aje, sebab mama dia depressed"

saya, " nape pulak"

aisyah," sebab mama and papa dia sort of fighting, papa dia ada di rumah grandma dia"

saya," and to what reason they are fighting"

aisyah," mama dia suspect papa dia ada girlfriend so she is so mad"

OMG! to all my dear friends , kalau nak bergaduh ke bertumbuk ke jangan lah depan anak2. Habis kisah rumahtangga nanti satu taman tahu. hehehehhehee

Ok, berlipur lara pulak pagi2 buta nih. Tinggal kan dulu kisha itu ye....

Sekarang saya sedang sibuk menyiapkan tempahan untuk baju kurung pesak gantung dan juga smocking.
Dalam masa yang sama sempat jugak membeli kain cotton untuk buat blouse untuk diri sendiri. hehehe
2 helai kain ini untuk di buat blouse, entah bila la boleh siap.
Ini pulak untuk smocking
Yang ini untuk kurung pesak gantung.
Saya sedang menyiapkan satu gown smocking untuk anak dara sunti saya yang berkali2 bertanya bila ibu nak siapkan baju dia. so, di atas ialah jahitan smocking yang belum habis lagi dan belum di jahit sulaman bunga rose bullion. nanti dah siap saya letak sini.
Ini pula tempahan dari lecturer MSU untuk anak gadisnya. body dan siap berjahit , tinggal nak jahit smocking dan sulaman bunga aje. Harap2 boleh lah siap sebelum rombongan cik kiah dari kampung sampai Jumaat ini.

Ok, hingga jumpa la.

Daa......