Pages

Tuesday, May 11, 2010

smocking dress

Ramai yang tidak menjangka saya boleh menjahit.sebenarnya saya tidak la pandai sangat, tapi setakat hendak pakai sendiri dan basahan ok la kot. Saya sangat meminati jahitan smcoking dan mengikuti kelas smocking semasa sarah aisyah masih kecil lagi. Tujuan utama saya menjahit pun kerana mereka berdua.
Pada saya kanak2 nampak tersangat comel bila mereka memakai gaun yang di jahit dengan jahitan smocking.Tetapi gaun yang demikian tersangat mahal, harga tidada yang kurang dari 120 hengget pada masa itu. Jadi saya mengambil keputusan belajar dan alhamdulillah , dari situ saya telah menerima tempahan yang sangat memberangsangkan.

Sekarang ini saya telah pun menerima tempahan untuk perkahwinan semasa cuti sekolah dan juga untuk hari raya.saya masih menerima tempahan untuk hari raya tetapi tidak untuk cuti sekolah ini.
Di bawah ini adalah kain2 english cotton, swiss cotton, swiss voile untuk dibuat baju kurung kanak2 dan juga smocking.


nanti bila saya telah siapkan baju2 tersebut saya akan pastekan gambar di sini.

No comments: