Pages

Monday, May 10, 2010

nasi goreng favourite aisyah dan sarah dan julia

anak saya yang bernama aisyah sangat memilih makanan. agak sukar untuk melihat dia makan dengan banyak, kecuali makanan kegemarannya. antaranya ialah pizza,kfc, mee soup kosong, roti canai kosong, cucur udang kosong dan juga nasi goreng cara ibunya.

Minggu yang lepas hampir selang sehari kami makan nasi goreng disebabkan aisyah tidak berselera dengan makanan lain.Anak2 saya yang lain juga suka resepi ini.Julia suka makan masa breakfast.Sarah tak kira waktu. Nasi goreng ini boleh di makan samada untuk sarapan pagi, makanan tengahari atau makan malam.

Di sini saya turunkan resepi tersebut, mungkin anda juga suka.


bahan2
1. 1/2 batang karot - di potong dadu
2. 1 biji kentang - di potong dadu
3. 5 untai kacang panjang - di potong kecil
4. 1 biji bawang besar - di potong dadu
5. 2 ulas bawang putih - di hiris
6. 1 inci belacan
7. 10 ekor udang sederhana( boleh letak sesuka hati) - di potong 3
8. 2 biji telur
9. 1 mangkok nasi
10. garam
11. minyak untuk menumis

cara2
1.goreng bahan 1,2,3 hingga agak 3/4 masak.angkat
2. tumis bawang besar dan bawang putih
3. masukkan belacan - masak hingga belacan hancur dan naik bau
4. masukkan udang . masak hingga udang kekuningan. kacau sebati
5.masukkan semula bahan 123 tadi.
6. masukkan telur dan gaulkan dgn kesemua bahan tadi hinga sebati.
7.. masukkan nasi
8.. taburkan garam dan agulkan agar sebati
8. angkat setelah anda rasa perlu. ( anak saya suka yang agak lembap nasinya)

nota kaki: persiapan bahan2 hingga masak - 20 minit.

Di sini saya letakkan gambar kacang panjang yang saya gunakan. Ia di tanam sendiri dan pokoknya renek sahaja tidak memanjat mcm biasa. Boleh di tanam di dalam pasu dan diletakkan di halaman atau belakang rumah. comel sebagai hiasan.

Untuk mendapatkan daun yang cantik tidak di makan ulat, silalah sembur dengan air cili.
Saya rasa agak teruja untuk memberi benih2 kacang ini kepada pembaca blog saya, jadi sesiapa yang berminat silalah sms ke h/p alamat anda, number saya boleh didapati di sini.
saya rasa benih itu cukup untuk lima orang , saya akan beri 5biji -7 biji.

sebelum di sembur , daun2 sgt digemari oleh ulat bulu dan kumbang.
yang ini sihat sikit daunnya setelah disembur dengan air cili.
sedia untuk di tanam semula

No comments: