Pages

Monday, April 27, 2009

anak lelaki saya di buli

Adam telah pun berada di pre-school sekarang. Pada mulanya dia di masukkan ke private pre-school centre, tetapi setelah 3 hari di sekolah tersebut, dia dapat offer dari pre-school sekolah gomen. Leburlah duit saya $1500, sebab no refund. ishhh......
moga balasan di akhirat nanti mengembirakan saya dan suami.

Disebabkan private pre-school terlalu mahal yurannya, sama banyk macam saya belajar di university dulu, maka ayahnya memilih untuk pre-school gomen. Tambahan pula ibu adam sudah tidak bekerja lagi, suri rumah sepenuh masa. so , kekurangan income dan keseronokan hendak menghantar anak ke tadika gomen, maka adam bersekolah lah di situ.
begitu bersopan santun intro saya. hehehehehehehehe

Saya rasa tak banyak beza lah pre-school dan tadika gomen. Cumanya, suatu hari
aisyah berkata"Ibu, aisyah tengok adam asyik kena buli aje kat sekolah, mula2 kena tarik seluar , lepas tu kena curi dompet, kena pukul bla....bla...bla....."
'ala, mula2 memang macam tu, nanti2 ok la.'kata saya.

next few weeks
aisyah" ibu, adam tak pandai baca lagi la, not only that abc pun adam salah."
" adam, spell , spell your name"
adam diam termangu2, try to memorise the alphabet that aisyah is pointing at.
saya berkata" ala, baru berapa minggu, nanti adam lagi pandai dari aisyah tau!!!!"
tetapi, secara peribadinya saya sangat risau, kerana pada usia sama, sarah dan aisyah memang sudah pandai membaca, walaupun bertatih.

Cikgu di sekolah meminta bantuan saya mengajar adam di rumah, memang itu yang saya lakukan. cigu juga mengatakn dia terkejut juga, kerana adam yang tidak pergi ke sekolah sebelum ini sudah mengenal alphabat dan numbers. saya rasa kerana selain saya mengajar, aisyah juga selalu pressure dia kerana bimbang adik lelakinya itu tidak pandai nanti. hihihihihih

Suatu hari , sedang kami sekeluarga menonton tv, tiba2 adam berkata" tadi kawan conteng muka adam"
saya menyoal dia" did u tell ur teacher"
adam " yes, i said teacher kawan conteng muka, adam tunjuk muka mcm ni ibu". adam mendongak muka nya ke arah saya , menunjukkan cara dia bercakap dgn teachernya.
ibu, " and what u teacher say?
adam " teacher gelak aje ibu"
saya pun nak tergelak, sebab saya boleh bayangkan dgn muka penuh contengan , adam pegi beritahu teacher dgn muka innocentnya.hehehehehehe

Di hari yang lain pula, apabila adam masuk kereta, saya perasan hidung nya meleleh keluar darah.
saya panik bertanya " nape hidung adam, banyak darah nih"
adam" tadi kawan adam tolak adam, adam terjatuh la kena beg dia,yang ada mcm buckle tu ibu"
ibu" siapa yang buat?, adam tak beritahu teacher ke"
adam" kawan adam yang mcm englishman tu, tapi dia dah kata sorry , teacher tak da tadi"
Ibu, " ishhhh..... byk la darah nih"
adam , " tak pe ibu , dia dah kata sorry"

Baru2 ini, sesampai saje saya di kelas adam , saya lihat dia menangis dan guru kelasnya sedang memujuk dia.

Saya, " nape adam menangis nih, malu la....."

guru class, 'Kak! dia orang main tadi, kawan dia baling dgn blok kayu ni, kena jari dia"

adam," sakit ibu....hu...hu....hu.hhhhhh"

guru class" maaf ye kak"

Saya" siapa yang buat adam ni..., saya saja tanya"

guru class, " h****l, sini "

saya" cakap sorry dgn adam, lain kali jangan buat lagi yea"

budak tu, bersalam dgn adam , tetapi dia tidak cakap sorry. Adam, menangis tak mahu berhenti. Saya tahu, sebenarnya adam lebih marah sebab budak tu tak cakap sorry dengannya. saya pujuk adam , ajak dia balik.
tidak lama kemudian, ibu budak itu sampai. dan guru kelas mereka memberitahu ibu H*****l, perihal anaknya. Ibu nya memarahi anaknya di depan saya, dan meminta maaf dari saya. saya kata tak apa, budak2 memang mcm tu. Ibunya menolak2 H*****l, yang cuba memeluknya sambil memarahinya.

saya rasa sangat sedih melihat peristiwa itu, kenapa marah budak tu mcm tu sekali, anak2 bila mereka rasa bersalah, mereka akan datang kepada ibu mereka dan mencari tempat untuk berpaut. Dan sebagai ibu, kita kena menenangkannya dan menasihatinya. Tetapi, peristiwa itu , sungguh melukakn hati saya, saya rasa tidak patut ibunya memarahi anaknya di depan saya , guru kelasnya dan adam.

Saya, bergegas menarik adam ke kereta. Sepanjang jalan , saya berfikir. patut kah saya benarkan adam membalas apa yang kawannya buat untuk mempertahankan diri. Sebab , selama ini saya tidak benarkan adam memukul atau membalas balik apa yang kawannya lakukan kepadanya. Dan begitu juga di rumah, sukar untuk melihat adam membalas balik apa yang angahnya buat kepadanya, begitu juga apa yang Julia buat kepada adam.


Hmmmm...... patut kah??????

2 comments:

Seorang Nazurah said...

Kesiannya adam...

mak saya ajar jangan balas apa orang buat kat kita kerana tuhan akan balas dengan memberi kita jadi lebih sabar...

sy fikir seorang emak tak sepatutnya buat anak macam tu (mak H) coz anak2 ni suka dikasih dan jangan lupa didenda kalau buat silap tapi jangan tegur atau layan anak dengan buruk depan kawan2nya kerana...sedangkan kita yg tua ni pun malu kena marah dpn org...inikan pulak budak kecik...hati mereka sgt fragile...

Unknown said...

yea, kalau kita sabar mesti dapat balasan daripada yang kuasa. akak percaya itu.
akak pun sanat2 tidak bersetuju dgn tindakan mak budak tu.