Pages

Monday, January 5, 2009

adik kecik saya sudah bekerja di USA

Pada hari sabtu lepas, adik perempuan saya yang paling kecil telah selamat berangkat ke USA untuk bekerja di sana. Hampir seluruh ahli keluarga pergi menghantarnye ke KLIA kecuali abang saya yang nombor dua dan anak2nye, serta adik perempuan serta suaminya, tidak turut serta.
Seawal malam Khamis ibu saya beserta anak2 saudara dari kampung sudah berkunjung ke rumah, dan yeob datang pada hari Jumaat. maka riuh-rendah lah rumah saya dari pagi sampai ke tengah malam. Nasib baik jiran2 saya tidak marah atau membakar rumah kami.hehehe....itu sudah melampau.
Pada pagi Khamis, pagi2 lagi saya dan emak sudah terpacak di Nursery Lum Chin untuk membeli okid, ini kerana emak saya bercadang hendak membuka nurseri okid secara kecil-kecilan di kampong.Kami memborong sedikit sahaja, tapi habis juga dalam $500.Agak lama juga di sini, nasib baik saya sudah pastikan sarapan semua terhidang.
kami beredar setelah suami bertanya, saya berada di mana, walaupun dia tak suruh suami tetapi saya tidak suka tidak berada di rumah jika suami di rumah.
Sesampai di rumah, rasa macam nak pitam,rumah saya macam tongkang pecah. Hmmmm........ada yang nak kena marah nih...........
Selepaslunch, adik saya ajak pergi nursery okid di sungai buloh sebab dia nak belikan emak orchid.sebenarnya kami suka belikan emak orchid sebab itu adalah kegemarannya.dan kegemaran kami juga..hehehe........
Kemudian saya membawa anak2 sedara ke putra jaya, bersiar dan makan di taman warisan.
malam penat macam nak gila.Jumaat saya keluar bersama suami settlekan bil2 dan pergi membeli mesin jahit tepi di pegasus.
tidak ada yang menarik hari jumaat kecuali saya pergi bershopping barang dapur seperti rempah ratus untukadik saya bawa ke US.Banyaknye, tapi rasa mcm tak habis 2/3 tahun.Disebabkan dia tak de cash dan saya tidak berhajat hendak membeli belah sebegitu banyak, maka terpaksa di cajkan ke credit card saya.Hmmm.......bila pulak patut saya tuntut utang itu yea.hehehe..............
malam itu kami tidak agak lambat kerana menunggu adik lelaki serta keluarga dari Kulim. Sesampai aje , saya cuma berbual hingga pukul 12 dan terusmasuk tidur kepenatan melayan tetamu.
pagi sabtu , pukul 7 , sebanyak 4 biji kereta bertolak dari rumah saya pergi ke KLIA. saya mengingatkan suami untuk videokan sepanjang kami berada di airport. Rasa sekejap aje di airport walaupun kami berada di sana selama 1 jam seten22222gah. Bila saat hendak berpisah, saya rasa sangat sedih tapi tak mampu menangis sebab risau adik akan lagi sedih.kami keluar dari airport pukul 10 dan terus ke san francisco coffee di KLCC untuk bersarapan dan seterusnya bershopping barang sekolah anak2.
saya masih lagi bersedih, sesampai di rumah saya lebih banyak berdiam diri dan kekadang menangis terkenang kan adik saya itu.saya rasa pelik jugak, bukannya anak saya yang bekerja jauh begitu tapi adik saya, mungkin saya rapat dengan dia saya merasakan kehilangannya.Dia adalah tempat saya mengadu susah dan senang dan juga dia lah yang mengambil berat tentang saya .saya sangat2 berterimaksaih kepadanya yang sanggup bersusah payah datang ke ruamh saya walaupun dia penat bekerja tapi sanggup drive jauh semata2 hendak menemani saya.
Semoga allah membalas jasanya dan melindunginya selalu di negara uncle sam itu.

No comments: