Pages

Saturday, October 18, 2008

Posting pertama saya

Saya begitu teringin ada blog sendiri, terima kasih kepada adik yang telah menyempurnakan impian saya. aisyeh!!!!!!!!!awat lah skemanya bait2 di atas.

hari ini adalah hari yang paling sibuk dalam hidup saya setelah menjadi surirumah sepenuh masa.Semalam anak bongsu meragam sepanjang malam kerana demam campak, jenis yang berair tu, so aku dan suami tak dapat tidur sepanjang malam. dia syik hendak mengaru kerana gatal aku cuba tahan dari dia menggaru bimbang meninggalkan kesan, maklumlah anak perempuan........

Pagi tadi sarapan kat luar, dah beberapa hari aku dok berulang ke kopitiam eton nih, hari ini aku maish gagal untuk makan kuey teow gorengnya, sebab seawal 8pagi dah habis sebab ramai ibu2 yang malas memasak macam aku nih dok bungkus sampai 3/4 pack untuk sarapan satu keluarga.try next week lah.

Kemudian aku pergi kelas sulaman manik di ftimdc, aku sebenarnya dah ada asas sulaman malah aku mengambil upah membuat baju smocking untuk kanak2, so aku pergi kelas ini untuk menambahkan skill jahitan ku. Sudah ada seseorang yang akan membuka butik tidak lama lagi telah mengambil contacts number ku,heh....heh...heh....

Pukul 2 petang suami sudah menalipon hendak mengambil aku untuk pergi kenduri di rumah salah seoran jiran kami. Sebelum itu aku sudah menjamu selera di open house berhampiran traning centre ini tadi.Sebelum kami pergi ke rumah jiran ini, singgah dulu di open house/launching of restaurant geylang di ttdi jaya. aku tak makan banyak sebab dah kenyang makan mee kari sebelum itu.Selepas ttdi jaya, aku bercadang nak balik rumah dulu tukar baju sebab aku pakai jeans aje takkan nak pergi kenduri doa selamat pakai jeans. suami kata tak sempat nak balik , lagipun kalau balik mesti tak datang dah, so berjeans la aku pergi kenduri doa selamat, tak pernah ku buat. nasib baik la bawak shawl, sopan la sikit bila ku letakkan diatas kemeja ku ini.

setelah berchit chat dgn tuan rumah, yang baru ku tahu isterinya bernama reza, aku kena ingat sebab nanti aku nak buat kenduri doa selamat mesti nak jemput dia,malulah kalau tak ingat nama. dan satu kelemahan aku, memang sukar nak ingat nama kawan2, jiran2, nombor kereta ku sendiri, cuti2 malaysia , tarikh xzam piano anakku,bla...bla...bla..

aku balik rumah, layan anak sekejap , lepas maghrib, adik ku datang sebab aku berjanji nak pergi one utama dengan dia. suamiku dah bersiap2 untuk pergi ke gathering sekolah VI nye, yang mana isteri tak boleh ikut. aku tanya nape tak boleh ikut, dia cakap buat untuk old boys je. aku tanya lagi, pasai ape projek manager tu jemput aku sekali masa nak jemput abang( project manager terpaksa call aku sebab hilang number suamiku). "Ye ke", kata suami ku tak de pulak mereka cakap. aku sebenarnya tak de la keinginan nak pergi , saja je.........

di one utama, kami menuju RL dulu, tak de sgt yg menarik hati, kemudian kami ke BB - ada warna tak dak size dan akhirnya ke tommy hilfiger. aku pun try la few shirts and polos that really catch my eyes.
tengoklah anak manja ku dah tak larat nak tunggu aku try baju

No comments: