Thursday, July 11, 2013

Tragedi Ramadhan

As salam semua,


Selamat menyambut Ramadhan yang mulia ini. Semoga anda semua di rahmati Allah yang maha esa.
Ramdhan kali ini memang di tunggu dan akak bertekad untuk tidak lalai dengan hal-hal dunia , contohnya sibuk menjahit, hingga lalai dengan perkara lain.Tahun lepas, rasanya satu haripun tak pergi tarawih.

Maka, semangat untuk berpuasa dan bertarawih adalah sangat tinggi menggunung. Maka , malam pertama tarawih, akak usung la 2 orang anak akak pergi masjid, bersama somi terchenta.Seperti biasa, kelam kabut sikit sebab sebelum tu sibuk melayan tetamu.

Petang tu sebelum maghrib, akak dah suruh Adam dan Julia mandi dan bersiap2 untuk ke masjid.Mereka bersiap se awal, 7 petang , dan akak masih lagi sibuk dengan kerja2 rumah.

Julia terus sarung telekung , supaya mudah nanti di Masjid.Di masjid , ramainya umat yang mempunyai tujuan yang sama, untuk beribadat dan menambah  pahala yang berganda di bulan Mulia ini. Ini pertama kali umat Bukit Jelutong bersolat tarawih di Masjid baru(yang siap bulan lepas kalau tak silap).

Imam kali ini, hanya membaca surah2 pendek , maka solat tarawih habis cepat, sesuai la dengan keadaan. Kami ambil 8 rakaat sahaja.Dan memang ramai yang ambil 8 rakaat. Kami pun keluar.

Wah! pelbagai fesyen telekung, jubah, tudung , bag dll.Tiba-tiba Julia tersadung kain telekungnya dan nasib baik saya pegang. kalau tak mesti dah bergolek.....
saya suruh dia buka kain , kerana dia pakai baju didalam. Bila dia buka, kain telekung tu,....

Ya Allah, dia pakai baju tidur......
dah la baju tidur, entah tahun bila punya ....... dah singkat seluarnya...
bukan tu sahaja, baju lain..... seluar lain........
Kesian, manja ibu ni........
Ibu tak tengok pun masa dia bersiap-siap tadi......
Esok, ibu mesti pastikan Julia berpakaian yang sesuai....

Di sebabkan ramai orang, kami terpaksa parking kereta agak jauh dari masjid. akak tak larat nak berjalan cepat, maka akak berlenggang lengguk la berjalan ke kereta, baru aje akak lepas menyeberang jalan, tiba2  ada kereta honk bertalu2. akak menoleh dan ternampak kereta rare species di Bukit Jelutong nih, MyV. eh! sorry , i pun drive MyV hoccay....

Then, nampak dia tunjuk ke arah tengah2 jalan. Ya Allah, kain telekung Julia tercicir. Maka, akak berlari2 itik la( sebab badan dan gedempulkan) , pergi mengambil kain tu dan tersengih2 kepada driver myV, ucap terima kasih........

Ishhh........ so, apa citernya.....panjang berjela tak ada isi.....
Maka, rentetan dari situ, akak bertekad membuat Jubah Julia....
Tapi akak tak nak buat yang terlalu common, hitam, atau maxi biasa. akak buat seperti di bawah



Ada lisu di kedua2 belah bahagian dada
Hujung lengan di jahit embroidery lace, yang berfungsi sebagai kedutan bila di tarik.
sebab dia budak2 lagi, maka akak beri hiasan ribbon di dada.


 Sebab pertama kali buat Jubah begini, dia balik dari sekolah dan tak sempat mandi lagi, akak dah suruh dia try- test-cuba , jubah tu.
dalam gambar ni, hem belum di jahit dan ribbon belum di potong.....


Malam , sebelum bertolak ke masjid, dia cuma sarung telekung , tidak perlu pakai kain lagi. cuma sarung stoking  dan dia sudah sedia untuk bersolat......
terima kasih kepada auty Alin, yang emberi Julia telekung tu.


itulah cerita akak hari ini......
ada sesiapa nak tempah Jubah tu.........

1 comment:

Mila@Rimbun said...

comelnyer jubah tuh... suka warna biru tuh.. nampak lembut gitu