Pages

Tuesday, October 16, 2012

Class for The tea Party Dress

assalammualaikom,

ahkak gembira sangat hari ini, tersengih2 dari pagi tadi sebab ahkak dapat greenlight dari owner  The tea Party Dress untuk buat kelas, mengajar peminat2 ahkak  blog kerjatangan suri atau sesiapa sahaja yang hendak belajar membuat dress ini untuk, anak tersayang, anak sedara tersayang, cucu tersayang, anak tiri tersayang, pendek kata semua yang tersayang lah......

Di bawah ini akak paste kan message daripada beliau.


You can teach if you want to Tina. Have a class and charge for it :-) 
That's fine

 Lynn 

daripada contacts akak di sana, di sana ramai  free lance yang mengajar membuat dress dari pattern yang di jual seperti burda, mccall, butterick  etc. Yuran yang mereka kenakan ialah USD250 untuk satu pattern.

Ok, akak akan buat kelas lepas hari raya haji . date tak sure lagi, tetapi sesiapa yang boleh datang week days, akak sangat lah mengalu-alukannya.....
sebab hujung minggu akak  telah tetapkan untuk buat kelas amal batch 1 dan batch 2
akak belum tetapkan berapa yurannya , tetapi tak sampai RM250 dan tak kurang dari RM125.

eh! ahkak citer panjang2 ni you all tahu ke dress yang mana ni. ok, meh tampal sikit gambo

first , mesti lah gambo anak akak. hehehhehehhe
sila abaikan kesesakan di atas meja belakang. akak tahu mesti ada orang tanya, apakah yang berada di dalam plastik orange itu. Ia adalah collagen, pure collagen hoccay. sekrang ramai sangat yang menjual soy  collagen la, lagi apa tah.... yang ada  collagen di belakangnya. Yang ini collagen semata2 agar anda lebih awek muda, anda tidak sakit sendi, kulit anda lebih anjal dan berseri, mudah membuang toxic ....etc....
ok , sorry, termelalut pulak..

Jika anak anda jenis yang suka berperasaan seperti princess cinderella, snow white, sleeping beauty, rapunzel dan seangkatan dengannya, dress ini sangat sesuai untuk di pelajari.

ini gambaran yang lebih jelas

dress yang pertama sekali akak buat

si merah yang menawan

anda tidak perlu ada pattern dress ini 

tak jemu mata memandang kan????
so, kepada sesiapa yang hendak join kelas ini, silalah respond di comments ye.



Kelas amal jahitan batch 2

Ramai yang bertanya. tentang kelas amal jahitan. disebabkan yang pertama telah penuh, akak ada berjanji untuk membuat kelas batch ke 2.

Details kelas 

tarikh: 11 november

Masa 9.00 pagi ke 3.30petang


tempat : rumah akak di U8, shah alam(bukit jelutong)

jumlah pelajar: 8 orang sahaja

yuran : 55/seorang ( perlu di bayar pada atau sebelum 01/11/2012; details akaun: sila lihat di sebalah kanan blog ini)

refreshment : pot luck ( bawa lah sesuka hati - akak akan sediakan air dan satu jenis makanan)

pre-requisite : minat menjahit

Kepada yang bertanya dan ada menghantar message atau sms , sila tinggalkan komen anda di sini dan juga di FB kerjatangan suri.

Sila ambil perhatian, hanya design ini akan di ajar di dalam kelas ini ye.





design dress untuk baby dan kanak2

assalammualaikom,

rasa macam dah lama sangat tak update blog ni. rindu sangat pada you all...............

ok, walaupun PMR dah habis tapi akak tak boleh sangat bercerita panjang hari ini. ada dress baby yang perlu di siapkan, sebab nanti mamanya dok jenguk blog akak, fb akak berulang kali tau.... nak tengok progress baju anak dia.... ekekekek.......


Ok. hari ini kita tak ada nak citer apa2. cuma posting kali ini di tujukan khas buat Nordyana Rozylahany. akak baru sketch dress anaknya. fabric yang digunakan ialah damask and darla ,both by Tanya Whelan....

meh! kita intai sikit bagaimana rupanya fabric tu



tada.............suweet gitu..........

sebelah kiri cik damask dan sebelah kanan cik kacang dal... eh! darla......


ok. design pulak bagaimana ya........




ini front view.
yang atas tu untuk baby umuq 1 tahun. depan tu kita pleat tau...... bagi nampak cantik dan gebus bila baby pakai. main fabric ialah darla dan combonya damask

yang di bawah pula untuk kakaknya yang berumur 2 tahun plus..... habis lah bahasa ibunda ku 
ia agak berbeza dari design yang akak biasa buat. sebenarnya sleeveless, tapi sebab ada combo damask tu nampak design ni berbeza dari biasa.....

akak tak nak komen lebih2 sangat , nanti ada orang tiru  ( seperti kata seorang designer malaysia yang agak kerek dan terkemuka kot).... hahahhahhaa
ini pula back view.
design yang simple dan selesa di pakai, tidak gitu cik limah.....
seperti biasa, design akak musti ada sash
sebab, selain menambah seri, jimat belanja mak pak...ekekkeke...

ok la sampai sini dulu ye.......