Pages

Wednesday, May 2, 2012

gown muneerah


as salam ,

hari ini nak upload gambar tempahan dari mama muneerah untuk anak perempuan tunggalnya. Dulu2 Julia jeles dengan si muneerah ni sebab ye la, muneerah aje girl dari 4 orang adik beradiknya. sedangkan dalam adik beradik Julia, ada 3 girls dan 1 boy. terbalik dari MUneerah, so attention mesti la pergi kepada si kecil muneerah ni.

tapi sekarang tidak lagi,muneerah tu baik la ibu sebab dia suka share barang mainan dengan kawan2 dia. masa kat kampong dulu, dia tak rampas pun barang mainan Julia.lagikan.... dia share mainan dia dengan Julia.......

OOOOoooo.... sekarang dah boleh friend2 la kan.....
dolu2 tak sangat......

wah!!!
budak2 kejap aje kalau gaduh2 ni atau suka tak suka ni......

ok la , meh kita tengok tempahannya ye....


ok!ok!...... akak tau.... soalan pertama.....
kat mana akak beli klip tu kak?
dah tau dah..... mesti tanya punya.....
ok, wonder clip or magic clip tu akak ada jual RM 4.50 utk 6 biji.
memang superb bila nak jahit baju ke, atau bag ke atau apa aje la......

Ini gown muneerah yang pertama dari fabric cotton sateen. warna fabric ini agak muram sebab base biru dgn printed flower warna grey dan light blue menyebabkan ia agak pudar. Maka , tugasan pertama saya ialah menaikkan seri kepada fabric ini. cik mega mencadangkan combo dgn biru atau putih.
setelah merayap2 di kedai kain, saya terjumpalah fabric off white ni, fabricnya agak lembut , tidak berapa tebal dan tidak juga jarang.se akan cotton lawn tapi lebih tebal dari lawn dan lebih cantik texturenya.
Pada mulanya, cik mega nak kan hem yang berbentuk wave dgn combo off white tu. tapi saya rasa tidak cantik dan tidak memberi daya menarik untuk gown ini , kerana akan nampak berserabut.

Di pinggangnya, saya buat cummerband, bukan yang biasa tetapi pleated. Fokus kita ialah menaikkan seri fabric ini dan titik fokus kepada pleated cummerband tersebut.Maka, kita tidak perlu banyak sangat additional combo /kosmetik untuk gown ini.


sash juga kita gunakan fabric combo untuk memberi titik tumpu di bahagian belakang.
ok. kalau ada sesiapa berminat untuk belajar menjahit gown di atas. boleh lah hubungi saya ye. 
sukatan pelajaran ( mcm budak sekolah...heheh)
colar peter pan dan bullion embroidery, cummerband yang cantik terletak, sash  dan jugak memilih combo.yuran Rm 70 , 8 jam dengan 2 visits.
atau jika hendak menempah RM 30 untuk cotton biasa dan RM 40 untuk cotton sateen.
 Ini pula gown ke dua kaler pink. favourite colour Julia. Fabric tanya whelan, yang menjadi kegilaan ahli2 GGK.hehheheh


 Colour fabric ini tersangat sweet, namun ke "ayu"annya akan hilang jika kita tidak memberi nafas kepada design ini.
 Maka, akak telah menjahit cummerband di pinggang dengan fabric dari kaler yang lebih cerah.walaupun combo ini lebih cerah, namun dia tidak meneggelamkan kecantikan fabric asas.
Apa yang kita mahukan ialah fabric combo dapat memberi daya penarik kepada gown ini secara keseluruhan.
 Hampir setiap design baju yang akak jahit ada sash, ini untuk membri keselesaan kepada si comel dan juga menambah kecantikan , bila mereka memakainya. Apakah sebabnya? ini kerana gown kanak2 perlukan keselesaan, maka banyak la ruang yang di perlukan. Maka kita perlu berikan ruang , namun dengan memberi ruang ini menyebabkan gown nampak tidak cantik, maka sash diperlukan untuk menutup ruang yang tidak perlu dan memberi daya penarik kepada gown tersebut.


Lengan gown ini akak jahitkan lace yang lembut dan di beri kedutan dengan menjahit smocking.
lagi dari pandagan sisi.......

akak juga ada memberi class untuk design ini. Yuran RM 90 kerana ada tambahan menjahit crinoline.
Upah tempahan untuk design ini ialah RM 40. sila ambil perhatian, liningnya ialah crinoline ye......

ok la sehingga berjumpa lagi....



2 comments:

Hany FF said...

Salam Ratenawati,
ur location di mana ya? Masih buka utk kelas? Weekend saja ke kelasnya...

Unknown said...

wssalam hany,

you nak mask kelas apa ye, manik atau smocking. lepas raya start semula.kelas weekday pun ada, cqll/sms me for appointment.

thank you