Pages

Thursday, March 1, 2012

hasil kerjatangan students

as salam,

 hari ini saya sangat bercelaru kerana perlu siapkan sepasang kurung pesak gantung. Tak la susah mana kan sebab baju kurung aje..... tapi kan yang jadi sukar sikit sebab fabricnya dari kain sari yang berkaki. Saya perlu berhati-hati memotong dan menjahitnya. Kalau tidak tak menjadi baju tu nanti. selalunya ,saya ,kalau baju kurung pesak buluh atau pesak gantung , saya tidak memakai pola.

cara saya ialah buat kira2 untuk  main bodice, pesak , tangan dan kekek. zas-zas ..... potong kain , jahit dan siap.
tapi kali ini kena buat pola, kira dan tandakan seam,acukan pola atas kain bla...bla...bla....
dah tu pulak kena jahit menyongsang arus....ohhhh.......... berdoa sangat2 kepada yang maha esa, biarlah akak dapat menyiapkan baju ini dengan jayanya ...amin.....................

Ok la, untuk sementara waktu, meh la kita cuci mata dengan hasil kerjatangan dari pelajar2 saya.


Maxi smocking ini di buat untuk anaknya yang berumur 8 tahun. Ia bertangan panjang kerana si puteri beliau memakai tudung.

close up jahitan smocking di dada. Juga , jangan lupa perhatikan embroidery bullion rose di kolar. sweet kan......
Ini pula pandangan dari belakang, sash juga di hiasi dengan embroidery bullion rose.


Inilah student saya, syu yang sangat gembira dengan hasil tangan beliau. Sekarang syu sambung belajar membuat gown smocking untuk full bodice. 

Catatan penting ; jika anda telah mengambil dan menyiapkan satu kursus menjahit gown smocking design yoke, pada harga RM150. (Kursus meliputi menjahit smocking, emboridery, memotong baju dan mencantum baju, serta kemasan2 di tangan , sash dan hem bawah).
Anda adalah layak untuk menyambung kursus menjahit gown smocking full bodice pada harga yuran RM70( kesemua barang2 disediakan pelajar) . Ataupun keperluan di sediakan oleh tenaga pengajar (kecuali - buku smocking), tiada bayaran dikenakan cuma hasil kerjatangan pelajar menjadi milik tenaga pengajar.

Ini pula hasil kerjatangan kak noraini dari hulu langat. Smocking dan lace di lengan menambah seri kepada gown smocking ini. Akak noraini buatkan gown ini untuk si manis di atas memakai semasa pertunangan anak besannya. tema Purple. Comelkan kakak ni ,sanggup datang dari jauh semata2 nak siapkan gown ini bagi menepati tema besannya. Gambar ini akak cilok dari FB norazlin iaitu anak kepada kakak noraini. Lin tidak mengambil course menjahit gown smocking tetapi dia belajar menjahit baju kurung.

Jika hendak lihat gambar2 lain bagaimana si cilik ini bergaya dengan baju barunya, silalah ke FB lin.http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150591928534983&set=a.10150267151314983.332778.632629982&type=1&theater

Oklah, jika anda berminat untuk belajar menjahit gown smocking, silalah tinggalkan pesanan di sini atau sms kepada saya di 012-2330665.

da.............................
as

No comments: