Pages

Wednesday, December 28, 2011

keras tangan saya

hari ini saya bertekad untuk menyiapkan keras tangan yang sepatutnya siap minggu lepas.
Tapi saya hanya berjaya siapkan I-pad sleeve aje, sebab pencil case tak ada zip yang sesuai la pulak kan......




saya sengaja pilih kaler hijau, agar lelaki-lelaki terakhir di rumah ni tak segan nak bawa semasa berjalan-jalan minum kopi di starbuck nanti.

oh.... sesiapa yang berminat nak buat dan malas nak kira ukuran macam saya, tiru aje la dari sini.

yang ini pula gown anak dara sunti saya, walaupun dah jemu jahit gown tapi sempat jugak siapkan satu helai lagi semalam. dia sangat suka .... we go green babe........

bahagian belakang......
baju ni tak sempat nak gosok sebab dah nak merewang ke subang parade...ehehehhehehe

Tuesday, December 27, 2011

blouse Julia

saya sudah jemu asyik menjahit gown sahaja, maka saya tukar selera menjahit blouse pulak. saya namakan blouse ni, mini me blouse sebab masa saya kerja dulu saya pernah ada blouse macam ni, tapi saya pakai dgn slit skirt instead of 3/4 pants macam Julia ni.


bahagian hadapan
bahagian belakang

design macam ni lebih comel kalau kanak2 itu gebu , Julia kurang gebu tapi tetap comel.hehehhee



gown ni saya jahit minggu lepas, paling senang. satu hari boleh siap....

yang ini sangat cantik dipakai, dibuat dari fabric corduroy
jika sejuk, pakailah blouse atau t-shirt didalamnya. saya bercadang nak buat blouse lengan panjang untuk dipadankan dengan baju ini...

Friday, December 16, 2011

trip ke bandung

saya terlalu ingin menulis di sini tentang trip kami ke bandung, tapi kemalasan tahap godzilla menyebabkan ia sering terbantut.

oleh itu mari kita tengok dahulu gambar2 kami di sana. nanti bila2 rajin saya update lagi ye.....


bila tu, tak tentu lagi , tapi bila - bila la ....hehehhee




Dari malaysia, beg cuma hand carry aje, 2 bags aje pulak tuh...
bila balik......
tak payah tunjuk gambar la... malu.....


anakkechil outlet
wajib pergi kepada mereka yang mempunyai anak dan di bawah umur 10 tahun, tambah2 girls..
heavan...........


central branded outlet, cari baju basahan dan jugak baju keringan ekekekeke......


menyesal pulak tak beli kain ela yang ada sualaman manik dan benang ni....
hasil kerja seni yang superb...
kemas dan cantik.....
harga ..... tersangat lah murah



bila sudah penat membeli belah, perut pun sudah lapar( sebab 6 jam di kedai kaian), tapi anda tersangat pemilih orangnya...
silalah ke kedai ini , makanan boleh tahan sedap dan murah...
paling penting, sila tanya kek lapis ..
tersangat lah sedap.......

Thursday, December 15, 2011

kelas smocking

as salam,

apa khabar? hari ini akak nak citer pasal kelas smocking. Hari ini seorang pelajar bernama syuhaida telah memulakan kelas nih. Beliau telah membeli kain seperti di bawah dan memilih design seperti gambar sebelah fabric tuh.



close up design.
mesti pembaca pelik kenapa hanya seorang sahaja yang belajar. ini kerana , setiap pelajar akak di beri pilihan untuk datang pada masa dia lapang, dan jika masa yang dipilih akak juga lapang , maka pelajar boleh datang ke rumah akak untuk belajar.

bagaimana kah cara belajarnya?
1. student akan memilih design mana yang dia suka, seperti syuhaida dia suka design di atas. pelajar terus menjahit di atas kain sebenar( yang kemudiannya akan terus di jahit menjadi baju).
Pelajar perlu memberi kain,( jika kain sendiri) paling lewat ,sehari sebelum kelas.

2.Pelajar perlu membawa hana2 jahitan sendiri, juga boleh beli dari saya.
pelajar akan belajar bermula dari membilang pleat, centre searching dan seterusnya menjahit smocking dan juga flowers jika ada.

3.Jumlah masa belajar adalah sehingga design tersebut siap. tidak kira sepuluh jam, 25jam atau 50jam. pokoknya design tersebut mesti disiapkan.

4. Yuran untuk menjahit design smocking ini sehingga siap ialah RM100.

setelah siap, pelajar boleh mencantum sendiri menjadi baju.
Jika pelajar hendak belajar mencantum baju , pelajar perlu membeli buku Australian smocking& embroidery yang ada di jual di craftworld ataupun membeli dari saya.
Yuran untuk belajar mencantum baju ini ialah RM50.

Jika berminat, boleh terus Pm akak di handphone atau FB.


Kepada kak jehan, yang akan belajar menjahit week end ni, sila call tina untuk confirmkan masa juga size, fabrics dan pleating.

Dibawah ini ialah gown terbaru Julia.akak telah membuka tempahan , Upah cuma RM20
Akak juga ada menjual tutorial untuk menjahit baju ini bersama pola. size adalah untuk 1 tahun sehingga 6 tahun...
salah satu gambar yang ada di dalam tutorial.

ok la, stop dulu ye.