Pages

Thursday, November 17, 2011

result UPSR

Alhamdulillah....

syukur kepada Allah, Aisyah mendapat 5A untuk UPSRnya.
Habis sudah debaran di hati menunggu keputusan peperiksaannya. sekarang, kena bersiap sedia untuk menghadapi, exam/interview untuk sekolah berasrama penuh atau MRSM.

Bimbang jugak ni...

Secara keseluruhan , murid2 yang mendapat 5A di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong(SKBJ) ialah 157 orang daripada 376 murid, iaitu 41%. Ada 10 kelas untuk darjah 6, kelas pertama kesemua 40 orang mendapat 5A, kelas kedua 39 orang, kelas ke tiga 28 orang dan selebihnya dari kelas2 lain.

Kecuali se orang, kesemua kawan2 Aisyah mendapat 5A. saya melihat kawan Aisyah ni ( katakan cik B) menangis kesedihan.Beliau merupakan pelajar yang konsisten pencapaiannya di sekolah.Dengar cerita ibunya hendak membuat semakan di Pejabat Pelajaran.Saya rasa elok lah berbuat demikian.

Saya boleh bayangkan bagaimana perasaannya, kerana saya sendiri pernah mengalami semasa anak sulong saya, Sarah tidak mendapat 5A. jenuh saya memujuknya, hiba saya bila dia merasakan dirinya terlalu jauh kebelakang berbanding dengan kawan2 rapatnya. Saya memujuk dia agar bersabar dan beri tumpuan untuk PMR pula.

Tahun depan beliau akan menduduki PMR, dan kami perlu berusaha sedaya mungkin agar impiannya untuk ke sekolah berasrama penuh tercapai.

Ok la, tahniah kepada semua pelajar2 yang mendapat keputusan cemerlang. kepada yang tidak berjaya , jangan berputus asa, ini bukan berakhirnya perjuangan anda. cuba lagi diPMR pula.

as salam......




No comments: