Thursday, August 11, 2011

Tutorial Jahitan manik tocang

As salam,

Hari ini hari ke sebelas kita berpuasa. Semoga anda semua berpuasa dengan penuh keikhlasan dan mendapat rahmat Allah.amin.....




suka tak jenis jahitan ini?
suka?
tak suka?
boleh la.......








Hari ini kita belajar membuat jahitan manik tocang. Ia sangat mudah dan murah. Sesuai untuk baju dewasa, remaja dan kanak2. Semoga anda mendapat menafaat darinya.

bahan2 yang di perlukan
Japanese round beads (JRB)
manik mutiara


Mula2 lukiskan satu garisan di atas fabric yang di kehendaki.
cucukkan jarum dari bawah di pangkal garisan.



masukkan menurut turutan
2 biji JRB
1 biji manik mutiara
2 biji JRB

Ukur panjang manik tadi dan cucukkan pula jarum secara melintang di hujung manik .
masukkan menurut turutan
2 biji JRB
1 biji manik mutiara
2 biji JRB
dan kembali ke pangkal jahitan.


keluarkan jarum di tengah-tengah 2 barisan manik tadi.
masukkan menurut turutan
2 biji JRB
1 biji manik mutiara
2 biji JRB
dan cucuk jarum secara melintang di hujung barisan manik itu.
Ulangi untuk di sebelah lagi.


Buat sehingga habis garisan yang dikehendaki......
selamat memanik......................


1 comment:

A Z R E E N said...

salam, akak. sy nak tanya. kalau sulaman bracelet julia tu akak ambil berapa upahnya ye?