Pages

Sunday, May 9, 2010

kejutan di hari ibu

Hari ibu ialah hari yang ditunggu oleh para ibu dan juga isteri untuk mendapat hadiah atau ucapan atau apa sahaja bentuk penghargaan daripada yang di sayangi.
saya tidak lepas daripada merasa keindahan tersebut, namun sedikit pun tidak saya duga di petang harinya saya telah di duga oleh yang Maha Kuasa. Dugaan ini nampak kecil tetapi jika tidak ditangani dengan segera akan menjadi bebanan yang menghantui sepanjang hidup kami.

Airmata saya tumpah di petang hari ibu , apakah ini sebagai pemantauan untuk saya lebih berhati2 di masa akan datang?Adakah ini sebagai petanda bahawa segala perkara yang di anggap remeh temeh adalah yang sangat2 perlu diberi perhatian?

Kepada anak2 ibu, ketahuilah tiada batas sempadan kasih sayang ibu kepada kesemua anak2 ibu. Ingatlah walau dimana anak2 ibu berada, kasih ibu mengikuti, sayang ibu menemani dan hati ibu mengawasi.

Semoga kesemua anak2 ibu menjadi anak2 yang soleh dan solehah, diberkati oleh sepanjang hidup dan selamat di dunia dan di akhirat. amin....

No comments: