Pages

Monday, August 3, 2009

berkongsi cara

Di sini saya ingin berkongsi cara memujuk anak agar rajin solat. Tetapi terhad kepada yang telah pandai membaca.Jadi untuk anak saya, hanya kepada aisyah dan sarah. Adam belum pandai membaca lagi, tetapi dia akan duduk di sebelah kakaknya sambil mendengar apa yang di perbualkan.

Ramai kanak2 sekarang bab2 untuk mengerjakan solat agar sukar. Sekali suruh, baru bangun . lepas tu bukan main susah lagi nak start solat. Sementara nak pergi ambil wudhu' , sempat lagi habiskan satu game kat psp ataupun habiskan menonton video britney spears ke atau michael jackson ke. Tersangat la susah. Berkali2 cakap baru lah nak ambil wudhu'.

Masa mereka berumur 6/7 tahun, tidak sukar untuk menyuruh mereka shalat , sebab masa itu rancangan tv kegemran mereka belum meluas lagi. serta tahap mem"browse internet" mereka juga masih lagi amat sedikit.

Satu lagi perangai suka solat di akhir2 waktu. Ini termasuk lah kita yang dewasa ini. Suatu malam, saya tersedar dari tidur dan merasakan saya salah mendidik anak2 saya dalam bab shalat ni.saya rasa, menyuruh sahaja tanpa pemantauan dan tanpa mereka memahami secara mendalam tidak berguna jugak.

Entah mcamana saya terfikir untuk mengajar mereka tapi mereka yang mencari maknanya. Caranya begini, saya cari satu article berkenaan dengan apa yang saya nak ajar mereka hari itu. contoh nya, saya hendak mendidik mereka agar jangan meninggalkan shalat, maka saya telah meminta mereka membaca satu tajuk tentang kisah iblis mendedahkan rahsianya kepada nabi muhammad s.a.w.Saya dapat dari blog ini.
Terima kasih kepada penulis blog ini.

Caranya ialah minta mereka baca dan berhenti setiap perenggan. Kemudian minta mereka terangkan apa yang di baca. Bila mereka tidak faham , terangkan kepada mereka dengan contoh dan juga kisah2 nabi. Jangan terkejut akan ada soalan yang memerlukan kemahiran dan pengetahuan dari pembacaan.Tapi , saya gembira sebab mereka faham dan boleh relate denga hidup mereka seharian.

Sekarang ini saya rasa mudah sikit bila menggerak mereka untuk shalat subuh atau pun menyuruh mereka shalat 5 waktu.

Ini baru minggu kedua percubaan, saya akan memantau mereka lagi.

1 comment:

BUJANG SUSAH said...

Alhamdulillah... semoga sentiasa dirahmati olehNya insyaAllah.