Pages

Wednesday, July 29, 2009

Fitnah akhir zaman

Pada hari sabtu , malam ahad yang lepas; saya telah menghadiri acara penutupan kem motivasi UPSR di sekolah Sarah.

Penceramah terakhir ini, memberi ceramah yang berkaitan dengan ikatan ibuayah dan anak2. Saya tertinggal solat hajat kerana bersangka akan di lakukan selepas solat isya', rupa2nya selepas maghrib. Di sebabkan saya tidak sihat pada hari itu, maka saya telah bersandar ke dinding dewan dan di temani oleh seorang ibu yang juga terlepas solat hajat.

Penceramah ini menggunakan education aid yang berupa video2 yang berkaitan tentang apa yang hendak di sampaikannya.

Pada mualanya ia menunjukkan ke ajaiban baby didalam perut ibunya. Ia menggambarkan bagaiamana, dari setitis air yang , manusia di jadikan dan seterusnya membesar didalam perut ibu mereka. Kemudian di tunjukkan bagaimana baby dilahirkan, secara 'animation', saya tidak pernah memberitahu anak saya bagaimana baby di lahirkan. apa yang mereka tahu, ibu akan pergi hospital bila sampai masanya dan akan bawa baby balik.Sebenarnya saya sendiri tidak tahu bagaimana hendak bercerita kepada mereka, tetapi part yang menyentuh 'restricted area' itu oleh orang2 tertentu, saya ada memberitahu mereka.Pada saya itu yang paling penting untuk mereka tahu, tidak kira anak saya lelaki atau perempuan.

Ada juga di tunjukkan video baby di lahirkan secara C-section.Terdengar lah eeeuuuuu, eeeuuu, suara kengerian dari mereka.

Setelah di tunjukkan video itu, maka penceramah ini menasihati anak2 tadi agar menghormati ibu bapa mereka. Dengan penuh bersemangat dan ia seperti dapat di hayati oleh murid2 tadi.

Setelah itu, penceramah ini beralih kepada para ibubapa. Beliau memberitahu, proses mendidik anak adalah di peringkat mencari jodoh lagi. Maksudnya , ibu bapa murid2 ini tadi jodoh mereka hendaklah sebaik2nya dicarikan oleh ibubapa mereka dari kalangan2 yang baik2 yakni mentaati allah, rasul, ibubapa dan seterusnya.

Seterusnya dapatlah mereka melahirkan generasi yang baik2 serta berpekerti mulia.Ibu bapa juga mestilah mengambil tahu perubahan diri anak2. Bagi anak yang sebelum itu nakal atau agak sukar di kawal dan apabila dia berubah, ibu bapa memang patut bersyukur tetapi mestilah dipastikan perubahan itu adalah ke arah kebaikan. Bukan seperti kes di mana, anaknya memakai tudung labuh dan tidak lama kemudian anak ini melahirkan baby dan baru ibubapa perasan yang selama ini dia berlakun.

Penceramah ini juga menyeru agar ibubapa memastikan ke mana anak2 mereka pergi terutamanya yang perempuan. Beliau telah menayangkan satu video di mana, seorang gadis bersama boyfriendnya mat rempit telah pergi meragut. Semasa melarikan diri, gadis ini terjatuh dari motor dan si mat rempit ini terus meninggalkannya untuk menyelamatkan diri sendiri. Gadis ini telah dipukul, di terajang, dilondehkan pakaian bawahnya hingga menampakkan underwearnya dan kemuncaknya kepalanya di hempap dengan batu besar, bukan sekali tetapi hingga dia mati.Darah merah pekat mengalir dan gadis itu kaku di situ. Saya tidak tahu samada ini lakonan atau kisah benar, kerana seperti tiada sesiapa menolongnya, malah ada yang mengambil gambar menggunakan kamera phone.

Sepanjang vidoe itu di tayangkan, air mata saya mengalir laju. Terasa bagaimana perasaan ibu gadis itu menahan sakit melahirkannya,bagaimana peritnya ibubapa gadis itu untuk membesarkannya dan akhirnya ia di bunuh tanpa belas kasihan.

Selesai tayangan video itu, penceramah itu menyuruh anak2 pergi berjumpa dengan ibu bapa mereka, minta maaf dan peluklah mereka. Para ibubapa pula, dinasihatkan agar memaafkan dosa anak2 mereka dan berusahalah mendidik anak2 agar jadi umat yang terbaik.

Sarah datang memeluk saya ,minta ampun dan maaf. Ibu mengampunkan segala dosa2 Sarah dan juga adik2 Sarah. Semoga semua anak2 ibu menjadi umat yang terbaik dan di sayangi oleh Allah Taala.A.min..


Saya pernah mendengar ceramah oleh seorang ustaz yang popular di utara tanah air berkaitan dengan fitnah akhir zaman. Ini adalah salah satu daripadanya. Marilah kita berdoa agar kita dan keluarga kita terhindar dari fitnah ini. a.min..

No comments: