Pages

Monday, June 22, 2009

cuti2 malaysia - di majlis kenduri kahwin

Adik lelaki saya yang berumur tidak sampai 40 tahun telah menguruskan kenduri kahwin untuk adik iparnya. Ini kerana ibubapa pengantin perempuan telah kembali ke rahmatullah.Saya tidak pasti kenapa bapa/ibu saudara mereka mahukan adik saya mengendalikan kenduri ini.


Bila confirmed aje, dia kena handle kenduri ini , dia talipon kita orang beritahu berita besar ini. Kita orang gelak2 aje sebab dia ni jenis yang bila ada kenduri kendara di kampong lebih suka meriba tangan(peribahasa ni tau) daripada meringankan tulang.
Tapi disebabkan dia dah beria2 minta tolong, kita orang adik beradik berpakat sakan membantunya. Rasa macam kenduri adik sendiri pulak.
Senyuman tuan rumah yang berdebar menanti tetamu.

Pengantin perempuan diwalikan oleh bapa saudaranya.Eeeppppp!Tunggu dulu, cukup tak mas kahwin ni?

Ok, cukup!Boleh akad sekarang.
ahhhh!!!!lega, lepas dengan sekali lafaz jek.heheheheheheheheacara menandatangi dokumen nikah kahwin.
tak lenguh ke duduk bersimpuh tuh. Banyak pulak helaian yang kena sign.hihihihihihii
cincin dari sebelah pengantin perempaun.

rantai tangan dari sebelah pengantin lelaki.Penyerahan mas kahwin

Hantaran dari kedua pihak.
Pelamin, hasil kerja keras adik2 lelaki saya bersama bonda dan juga nenda.


Hasil kerastangan sayaBilik pengantin, hiasan oleh bonda saya puan aminah dan di bantu oleh anak2nya.

Tuan rumah masih tersenyum, majlis dah berjalan separuh jalan.4 generasi.
1. Opah saya bertudung purple -beige
2. Bonda saya berbaju maroon , bertudung coklat
3. saya berbaju biru dan adik lelaki saya suami isteri berdiri sebelah pengantin
4. anak2 saya(berbaju orange) dan sepupu mereka
suami saya segan nak amik gambar bersama.
Cendol ni best sangat

Sebelum ni tak menang tangan(peribahasa lagi) , sekarang mungkin semua orang tak perasan cendol dah ready untuk di serbu.


Keberangkatan pulang sebelah lelaki, saya yang berbaju biru juga turut menyibuk membimbing pengantin perempuan.
Ini kerana tiada siapa membantu pengantin perempuan mengiringi kepulangan keluarga sebelah lelaki.
Muka lega tuan rumah. Perasan tak senyum ni yang paling lebar.

2 comments:

MamaAliffAysraaf said...

Waahh...opah akak masih ada.....bestnya.

Alwani said...

akak, bila ct tgk cendol tu..huhuhuhuh..tingin nka makan cendol..da lama da xmakan kak..huuhuhuh..mano nak carikk niii