Pages

Saturday, March 15, 2014

anak dara saya sudah masuk darjah satu

as salam,

Julia sekarang sudah bersekolah kebangsaan, didalam darjah satu.

dia sangat seronok sebab dapat ramai kawan baru. BFF nya sudah bertambah, kalau dulu erelyn, zahra dan cahaya, sekarang sudah ada adawiyyah dan khaleeda , yasmin serta naufal.

maka lagi suka la dia nak pergi sekolah, siap suruh hantar cepat2 lagi.

tensen kan.... dah la ibu sorang aje kat rumah, kalau pergi cepat, tinggal lah ibu sorang2 . lama pulak tu nak tunggu adam balik sekolah.

ada sekali tu dia demam, akak kata tak payah la pergi sekolah. tapi dia nak pergi jugak, akak bawa dia jumpa doktor. doktor beri mc  , tapi dia tetap nak pergi sekolahjuga. akak cakap pada doktor tu, boleh tak nasihatkan dia jangan pergi sekolah.

maka panjang lebar la doktor tu beri ceramah merubah minda,hahahhahaha
setelah puas hati, Julia pun tak sekolah hari tu.....

Baru2 ni jerebu tersangat teruk. akak juga tak beri dia pergi sekolah.....merenget2 dia, so akak tunjuk whatsapp dari guru dan ibu bapa kelas dia, semua bff dia tak ke sekolah.baru la dia cool down dan tak ke sekolah hari itu.

tapi bila dia tak ke sekolah, ada masalah lain pula timbul.....
adam jadi mangsa dia lah.....
dia boring, dia kacau adam.....
maka dengar lah mereka berdua terjerit-jerit....

ada sekali tu tiba-tiba aje


adam: huh..huh.... (bunyi nafas adam berlari)penat la adam berlari. nape ibu panggil adam.....
saya: panggil adam....
adam: kan ibu panggil adam, Julia cakap
saya: hmmm..... adam tolong ambilkan ibu air

tahu la akak, si Julia tu mengusik adam, selepas dia tengok akak sibuk menjahit... dia naik ke atas, bagi tahu adam akak panggil.....
akak nampak Julia tersegih-sengih turun tangga......


hari ini umur Julia dah 7 tahun ......
hmm..... nak beli apa ye....

gambar di bawah ni Julia bersama sepupunya qaisar. Semasa ni, akak menjaga qaisar kerana mamanya warded sebab demam.
gambar atas tu, pukul 4 pagi. qaisar terbangun dan hendak berbual dan julia terpaksa bangun melayan nya.

penat tau jaga adik ni, keduanya tergolek walaupun dah pukul 7.30 pagi.
punya la nak sangat adik.....

ok la sehingga berjumpa lagi....

No comments: