Pages

Tuesday, July 2, 2013

Percikan kesedaran

As salam

Pernah kah anda terfikir, apakah anda telah menjalankan tanggungjawab sebagi ibu , isteri dan anak?
Allah beri saya kesakitan ini agar saya boleh berfikir dan membaiki yang kurang dan membuang apa2 yang terlebih.Syukur alhamdulillah.

Saya selalu memikirkan hal anak2, saya berharap dan berdoa, semoga anak2 saya menjadi insan yang sangat mentaati perintah agama, ibubapa dan menjadi insan yang berguna dan di berkati Allah dunia akhirat.

Baru-baru ini saya terfikir, perihal anak saya yang nombor dua, Aisyah. Semasa kecil, dia merupakan anak yang sangat comel, kemana2 pergi mesti ada yang menegur, tertarik dengan kecomelannya. Aisyah kurus , berambut kerinting dan  berkulit cerah.

Dia suka mendominasi, berbanding dengan sarah ( anak sulong) yang lebih suka mengalah dan sentiasa manis dengan senyuman. aisyah bijak tetapi agak malas, dia mula masuk tadika di kala berusia 4 tahun. Saya masih bekerja ketika itu........

Saya berhenti kerja semasa dia dalam darjah 3, kesemua anak2 saya gembira. tetapi mereka jarang bersama saya kerana sudah terbiasa dengan maid.

Semasa dia darjah 4, anak sulong saya , Sarah darjah 6. saya harus memberi tumpuan kepada sarah.
Ketika ini , dia berkawan dengan seorang budak perempuan, yang telah berjaya memberi pengaruh negative kepada dia. Dia bertukar perangai , menjadi kasar dengan adik beradik dan mahu glamor.

Keputusan UPSR sarah sederhana. Saya tidak mahu Aisyah berkawan baik dengan budak tersebut, dan juga mahukan dia lebih serius belajar.maka tumpuan saya kepada Aisyah.Tetapi saya sibuk dengan perniagaan kecil-kecilan saya, maka saya juga gagal meluangkan lebih masa semasa dia di darjah 5.
Tetapi bila dia darjah 6, saya bertekad agar dia lulus dengan cemerlang dan bersekolah di asrama penuh.Kakaknya bersekolah menengah di sini, tetapi dia rasa tidak sesuai kerana pelajar2 disini terlalu materialistik dan tersangat selfish. Saya berpesan kepada Sarah, dapatkan keputusan yang baik dan keluar dari sekolah tersebut.Alhamdulillah, sekarang Sarah di Kolej vokasional mengambil jurusan Accouting. Jika dia cemerlang  hingga ke hujung pengajiannya, dia berpeluang menyambungkan pelajaran samada dalam dan luar negeri.

Keputusan cemerlang UPSR Aisyah membolehkan dia menyambung belajar di MRSM  dibawah programme Cambridge. Programme ini membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke UK , jika dia lulus dengan cemerlang A-level semasa di tingkatan 4. Itulah cita-citanya dan saya menyokong dan memberikan dia galakan dengan sepenuhnya......


Tetapi entah kenapa, semasa saya sakit, saya terkenangkan semula Sarah dan Aisyah. Saya rasa saya tidak cukup meluangkan masa semasa mereka kecil kerana sibuk bekerja. Sekarang mereka di asrama dan jika cemerlang mereka akan ke luar negeri. saya mencongak2, masa yang mereka ada bersama saya.Untuk Sarah, saya bersama dia di rumah cuma 5 tahun, kerana saya berhenti kerja ketika dia berumur 10 tahun , dan dia bersekolah dari rumah sehingga tingkatan 3.dan Aisyah pula 4 tahun iaiatu semasa dia di darjah 3 hingga darjah 6.

Oh! saya rasa sedih bila memikirkannnya.....
saya tidak banyak meluangkan masa bersama mereka.
Sekarang saya rindu, dan masih boleh melawat mereka  walaupun terpaksa memandu jauh....
tetapi bila mereka ke luar negeri nanti, takkan saya nak selalu terbang melawat mereka ......


saya ada menyuarakan kepada mereka,

Saya : masa aisyah kecil ibu kerja, then ibu berhenti duduk rumah,skrg aisyah kat hostel, nanti sambung belajar lagi, in shaa Allah ke luar negeri, sikitnya masa ibu dengan aisyah....
Aisyah: nanti, ibu ikut la aisyah ke luar negeri.....
Saya: hmmmm.........

Saya perlu berbuat sesuatu untuk mengganti semula, masa yang telah berlalu......

Ok la. itu la saja repekan saya kali ini........



2 comments:

Mila@Rimbun said...

Moga Allah permudahkan ye kak..

saya plan2 dlm kepala, insyallah kalau anak saya masuk universiti suatu hari nanti, saya akan sambung master... so bolehlah g universiti yg sama dengan anak.. boleh ke camtuh eks hihi... takat sorang jer permata hati kan..

Unknown said...

terima kasih mila.

bagus idea awak tu.......