Pages

Monday, January 2, 2012

selamat tahun baru

Kita telah pun melangkah ke tahun 2012. selalunya orang akan bertanya, apakah azam tahu baru anda? saya sudah jemu dengan azam tahun baru, sebabnya azam tahun lepas , dan tahun yang lepas selepas tahun lepas, dan tahun lepas - lepas , selepas tahun lepas pun saya tak dapat menepati azam saya. maka , saya berkesimpulan tahun ini tiada menanam azam seperti tahun - tahun lepas.

Maka, jika tiada azam, apakah kayu pengukur untuk melihat akan kemajuan ataupun visi saya. mudah aje..... kerja saya telah bertambah, tahun ini tumpuan penuh adalah kepada Sarah yang akan menduduki peperiksaan PMR, jika ada perubahan ketara kepada keputusan peperiksaannya saban bulan, maka adalah kemajuan kepada diri saya. itulah kayu pengukur saya sekarang.......





Ini ialah pencil case yang saya buat untuk anak teruna saya, dia sangat menyukainya kerana nampak ada " kelakian" pada pilihan material yang saya gunakan......
saya menggunakan fabric designer dari US. sesiapa yang hendak menempah boleh lah saya buatkan. harga tempahan cuma RM 8.

Kalau dah siap macam di atas tu cuma RM15.


Ini pula gown terbaru yang saya siapkan, fabric ini dari Kamdar, kalau tak silap harga semeter kain itu ialah RM12.80. untuk size 4 tahun, memerlukan 1.5 meter kain. dan untuk coordinating iaitu sash dan alas di bahagian dada , kita memerlukan .5 meter fabric.
polka dot itu berharga dalam RM 10. so, total cost untuk kain ialah RM 27.20 . upah untuk design ini ialah Rm20. so, untuk harga baju ini ialah RM47.

saya bercadang hendak meletak kan satu lapisan kain di sepanjang hem, ia memerlukan .25 meter kain polka dot lagi...
tapi tengoklah kalau rajin, nanti saya upload gambar lain....
bahagian belakang.

terima kasih kerana membaca coretan blog ini.
Selamat tahun baru, semoga kehidupan anda dan saya di berkati Allah yang maha kuasa sepanjang masa ....
amin......

No comments: