Selepas saya postkan tutorial jahitan manik di blog ini, maka saya mendapat pelbagai pertanyaan samada melalui SMS, chat, PM dan juga email.Suka saya nyatakan saya gembira anda bertanya, ini kerana ia akan mengingatkan saya juga saya dapat bertukar2/berkongsi ilmu bersama anda semua.
antara soalan2 yang di tanya dan jawapan yang saya berikan ialah
1. apakah peralatan yang di gunakan. ( sila rujuk di bawah)
2. di manakah saya membeli manik. ( biasanya GM klang)
3. adakah saya menjual tutorial. ( ye, saya juga ada menjual tutorial)
4. di manakah saya tinggal. ( ulang soalan balik??? hehehehhe. mereka yang bertanya telah tahu)
5. adakah saya mengambil upah menjahit manik?? ( ye)
6. berapakah upah, ( bergtg kepada budget customer)
7. perlukah asas menjahit??? selagi anda boleh pegang jarum dan minat yang mendalam, insya - Allah boleh.
8. Adakah masih mengambil upah untuk raya? ye,tetapi tak banyak.
9. cantikkah menjahit manik pada baju yang fabricnya bercorak? cantik dengan syarat memilih design yang betul dan warna yang sesuai.
10. manik sesuai di jahit pada baju saja ke? oh!tidak..... kalau anda berminat, anda boleh jahitkan di kusyen, shopping bag, apron, kasut etc......
Senario pertama
Ada yang menyatakan mereka tersangat baharu di dalam bidang ini. Peralatan yang hendak di gunakan pun mereka kurang ariff. Untuk mereka sekalian, ini lah peralatan yang saya gunakan dan kebanyakan daripada anda juga menggunakan benda yang sama.
Anda perlukan, merujuk kepada gambar.
Anda perlukan, merujuk kepada gambar.
dari kanan.
1. jarum untuk menjahit manik.adalah tidak di galakkan menggunakan jarum biasa , ini kerana ia akan melambatkan proses memanik. Sebab? manik mudak tersangkut apabila kita menggunakn jarum biasa.
2. Penarik benang( saya tak sure nama khas untuk ini).
Untuk orang rabun seperti saya, ia sangat berguna untuk memasukkan benang ke dalam lubang jarum.
3. Benang - sebagai penghubung manik
4. Gunting kecil yang sesuai
5. Manik - manik pilihan anda
6. akhir sekali, sudah tentu fabric.
Senario kedua
kepada yang menunggu saya up date tutorial di sini; saya meminta maaf kerana tidak dapat melakukannya secepat mungkin. Ini kerana saya perlu membuat persiapan untuk menyambut ramadhan. Se awal satu August, aisyah akan mula tuition dari pukul 2.30 petang ke 6.30 petang, Isnin hingga Ahad. Nampak gayanya tidak lah dapat saya berbuka puasa di kampong, maka saya bercadang next week end kami sekeluarga patut balik kampong.
selain itu, kontraktor akan mula memasang awning minggu hadapan juga,so busy...busy....busy....
For the next tutorial saya bercadang untuk membuat tutorial simple crumble,gambar seperti di bawah..
Bolehkah?????
Senario lain.....................
Wah!!! banyaknya senario, macam buat filem pulak. motip????
tak ada la motip apa2, mungkin kot sebab tadi terserempak dengan Nasha Aziz sedang shooting semasa saya hendak berjumpa dengan cik Rosita kita tuh.
anak sulong saya Sarah pernah bertanya,
Sarah," ibu suka ye corak meriah gini."
Ibu," nama lagi jahitan manik perlulah bling2 gitu.kalau smocking, kenalah warna pastel"
Sarah, "tapi sarah rasa too much la ibu"
sambil merujuk kepada baju yang saya bercadang untuk di jahit rainbow design, seperti gambar di bawah.
Anda, bagaimana????
1. bunga basic 3D - $10
2. crumble lace - $10
Jika anda mahu membeli kedua2nya , harga adalah $17 dan jika anda follower saya, harganya cuma $15.Berminat????? silalah SMS ye
ok la dah nak beradu. da.........................
3 comments:
Assalamualaikum... cantiknye.. suka tgk.. mmg minat sgt nk try crumble ni..TQ coz buat blog ni.. bleh la org cam sya blajar..
wsslam,
terima kasih nuri.
hehehehehhe, kelakar la awak ni.
akak rasa kalau awak komen selalu mesti orang cam. hahhaha
kedai pemborong manik di gmklang adalah kedai my collection trading di 1f -30&31, 2f120, 0333251470; 0333232867
Post a Comment