Pages

Wednesday, August 29, 2012

combo raya

as salam,

seperti yang di janjikan dengan janji 1Malaysia, ekekkekekek.....
maka akak pastekan gambar combo baju raya kita orang......





 gambar ini di ambil di pagi hari raya pertama yang indah, di rumah mak manong(nama tempat, mak sebelah akak).
akak memakai kurung tradisional atau nama lain baju kurung pesak buluh. fabric yang di gunakan Verna Mosquera, Free Spirit, VERANDA collection. Saya berkombo dengan Julia yang juga memakai kurung tradisional.

Anak dara saya yang dua orang itu memakai baju kurung Pahang. sesetengah orang kata baju kurung pesak gantung, tetapi sebenarnya kurung pahang dan pesak gantung ada sedikit kelainan.Fabric yang di gunakan Delilah in green by Tanya whelan

Ini pula anak teruna akak, sedang sibuk mengenakan butang baju Melayu. tak tahu la siapa yang memakaikan nya samping tu, senget benget.

Dua teruna yang bila bertemu tak boleh berenggang, memang satu kepala. si kecik tu darjah satu dan baru seminggu keluar hospital kena viral fever. dah pesan berkali2 jangan main kasar2 nanti sakit balik. ingat lima minit aje, lepas tu .......... main tak hengat.......




si bongsu bersama opah kesayangan. gambar di ambil di hadapan pelamin yang belum siap, ibu sibuk jahit gown flower girl so pelamin tak berhias lagi.Julia macam pelik kenapa ada pelamin di rumah opah. semasa dalam kereta ke rumah opah piol tiba2
Julia, " ibu!ibu! nanti opah manong akan dapat atuk baru ke?"
ibu," hah! tak!tak!nanti opah akan jumpa atuk kat syurga!!!!

saya pelik kenapa dia bertanya demikian, setelah 2 hari baru la kami faham, dia ingat kenduri kawen rumah opah mesti la yang nak kawen opah. kalau rumah mak kecik(adik saya yang akan berkahwin pada hari sabtu tu) , mestilah buat rumah mak kecik. hmmm.........


setelah penat bergambar, acara yang di tunggu2 . mengutip duit raya




dengan mak kecik, duit raya lain sedikit. seperti cabutan bertuah. 
paling bertuah anak abang akak , dapat RM25, secondly anak adik rm 20 then tak tahu siapa lagi yang bertuah. anak2 akak juga bertuah dapat rm 10 seorang, sama seperti yang lain hehhehehe
tahun ini mak kecik bagi kurang sikit dari tahun2 sebelum sebab banyak guna duit untuk kawen.......



 tak tahu macamana sepupu si adam ni dah separuh bogel di pagi raya. topless gitu.......


setelah penat berhari raya di rumah mak manong( sebelah akak) , maka kamipun bertolak ke rumah mak piol( sebelah suami)



di rumah opah piul, setelah menjamu selera  dan memberi duit raya

serta bermaaf-maafan, maka pun bersiap2 untuk keluar berhari raya ke rumah sedara mara.    

di hadapan rumah mak piol, si kecik saya merajuk . nak naik kereta bersama kakak sepupunya yang berbaju kuning tuh.
ok, boleh bergerak sekarang. catwalk sikit.........



muka tak happy sebab kena naik keter dengan ibu..........





si cilik saya siap bawa bekal lagi.....
perhatikan leher baju kurungnya, akak tersilap jahit....
promise dia pakai dulu baju ni untuk raya, nanti ibu jahit manik kat situ.... hahahhahaha....


perasan tak, bukan aje fabric boleh di combokan, baju anak dan ibu juga bercombo serta baju adik beradik
selain dari itu sambutan hari raya juga akak combokan, berhari raya di rumah keluarga sebelah akak dan juga keluarga sebelah suami pada hari yang sama.
so baju raya haruslah yang selesa di pakai dan menyerap peluh... sebab akan di pakai sehari suntuk!!!!!

selamat hari raya.......


Monday, August 27, 2012

ibu dan anak

as salam

selamat hari raya aidil fitri dan maaf zahir batin atas segala kesilapan samada sengaja ataupun tidak. Kita sebagai manusia mesti ada silapnya, tak banyak sikit . maka bermaafan la kita ye......

akak masih lagi bercuti, tapi gatal la tangan pulak nak menaip, so , terupdate la blog ini.....kira secara tak sengaja la gitu.... boleh........

hari ini kita berbicara tentang combo ibu dan anak. Bukan kain aje boleh di combo2 tau, manusia pun boleh.......

di bawah ini , combo blouse mama dan gown anak , gown tu NB(newly born) ye. Memang NB betul, anak tak keluar lagi , mama dah siap tempahkan baju, elok aje baby menjenguk dunia, gown ni pun siap.Harap2 nanti , mama dan baby sudi la post kan gambar yang vogue tu untuk tatapan peminat blog ini ye... ekekekke....



variasi warna yang terang menyebabkan agak sukar memilih combio yang sesuai. akak telah memilih kaler merah untuk mama. Untuk baby pulak , akak pilih kaler yang lebih lembut.

 kenapa kombinasi kaler di pilih sebegitu rupa, ini kerana mama baru melahirkan, mesti penat dan agak pucat. Jadi baju kena la cerah agar menaikkan seri , ewah!!!!pandai2 aje.......
 warna lebih lembut untuk baby , agar nampak comel. kalau kaler garang, biarlah yang agak besar sedikit seperti umur 1/2 tahun.

 dah la baby comel, pakai baju warna sebegini mesti lagi comel kan?????
eh! mama siapa yang vogue tu.....
alololo!!!! comelnya baby dia......


imaginasi seamstress.......
anda bagaimana...?????


next enry, baju raya seamstress combo dengan junior seamstress
jangan stress ye......