Pages

Saturday, January 14, 2012

akhirnya siap

Baju ini saya target siap pada hari Jumaat, tetapi tak sempat sebab hari Khamis tidak ada banyak benda yang boleh di siapkan sebab si kecil dan si sulong paling teruk kena demam selsema . Mereka MC, dan si kecil memang tak mahu berenggang la.

Subuh sabtu saya bangun se awal 4 pagi, selepas membuat apa yang patut, saya sambung semula menjahit manik.

Setelah siap saya cek semula dan buang atau tukar yang mana2 saya rasa tidak berpuashati, contohnya bunga yang menghampiri bahu ada yang terkoyak, maka saya tetas dan jahit semula. lengkungan manik2 di bahagian kaki tidak terbentuk dengan cantik, sudah semestinya saya tidak berpuashati, maka buka dan jahit semula.

Setelah siap, saya mula menetas di bahagian pinggang dan menjahit sash. Kain untuk sash ini cantik, tetapi agak liat iranya. maka semasa menjahit, bunyi jarum menitik kain adalah agak kuat, tiada apa yang lebih merisaukan sayamelainkan jika jarum patah. kalau patah , saya perlu menunggu hari Isnin untuk membeli jarum di El..lux.

Semasa menjahit tepi pula, saya tersangat lah berhati2 kerana bimbang kain terpotong dengan pisau machine.

akhirnya ......





tada........ dah siap.
untuk perhatian.... kain tu bukan pasangannya ye, saya bimbang patung tu malu nampak kaki dia, so saya pakaikan dengan kain baju kurung..hehehehehhe

Ini gambar design asal baju tersebut. saya telah buka semua manik2 tersebut . Proses ini memakan masa yang agak lama, kerana di samping banyak simpulan, saya juga perlu berhati2 agar kain ini tidak rosak.

ini bahagian dada, saya tukarkan design asal kepada design baru seperti di atas.

Baju tersebut agak longgar kepada si pemakainya. saya rasa adalah tidak relevan , jika saya kecilkan bahagian pinggang dan pleat di bahagian belakang. Maka, saya kecilkan ia dengan menjahit sash di belakang baju ini. disamping boleh mengecilkan bahagian badan, ia juga menambah accessory kepada baju ini.

Baju kurung moden anak saya nanti, saya hendak tambah sash ini.eh! tukar topik pulak....
hehehehe...

ok, sehingga berjumpa lagi...
da......

Monday, January 9, 2012

sulaman manik

as salam,

Tahun baru, saya sangat sibuk......
terlalu sibuk hari kedua sekolah saya hampir pengsan kepenatan. terasa macam dah lanjut sangat usia saya...hehehehehe

ok, dalam sibuk2 tu, entah macamana saya terima satu tempahan untuk enhanced sulaman baju ini.kenapa saya terima dalam keadaan yang tersangat sibuk, next entry nanti saya citer......ekekekekke




Ini lah keadaan asal sulaman baju tersebut. saya sudah cuba sketchnya , tapi sketch saya ni saya aje yang faham dan boleh visualise... hahahhahah
hujung tangan yang asal.......
saya ubah jadi begini......
rasa macam nak ubah jadi bentuk love yang kat atas tu....


saya bercadang hendak membuat design ini didadanya. harap2 cepat siap sebab fabricnya memang menduga iman dan kesabaran.....

Monday, January 2, 2012

selamat tahun baru

Kita telah pun melangkah ke tahun 2012. selalunya orang akan bertanya, apakah azam tahu baru anda? saya sudah jemu dengan azam tahun baru, sebabnya azam tahun lepas , dan tahun yang lepas selepas tahun lepas, dan tahun lepas - lepas , selepas tahun lepas pun saya tak dapat menepati azam saya. maka , saya berkesimpulan tahun ini tiada menanam azam seperti tahun - tahun lepas.

Maka, jika tiada azam, apakah kayu pengukur untuk melihat akan kemajuan ataupun visi saya. mudah aje..... kerja saya telah bertambah, tahun ini tumpuan penuh adalah kepada Sarah yang akan menduduki peperiksaan PMR, jika ada perubahan ketara kepada keputusan peperiksaannya saban bulan, maka adalah kemajuan kepada diri saya. itulah kayu pengukur saya sekarang.......





Ini ialah pencil case yang saya buat untuk anak teruna saya, dia sangat menyukainya kerana nampak ada " kelakian" pada pilihan material yang saya gunakan......
saya menggunakan fabric designer dari US. sesiapa yang hendak menempah boleh lah saya buatkan. harga tempahan cuma RM 8.

Kalau dah siap macam di atas tu cuma RM15.


Ini pula gown terbaru yang saya siapkan, fabric ini dari Kamdar, kalau tak silap harga semeter kain itu ialah RM12.80. untuk size 4 tahun, memerlukan 1.5 meter kain. dan untuk coordinating iaitu sash dan alas di bahagian dada , kita memerlukan .5 meter fabric.
polka dot itu berharga dalam RM 10. so, total cost untuk kain ialah RM 27.20 . upah untuk design ini ialah Rm20. so, untuk harga baju ini ialah RM47.

saya bercadang hendak meletak kan satu lapisan kain di sepanjang hem, ia memerlukan .25 meter kain polka dot lagi...
tapi tengoklah kalau rajin, nanti saya upload gambar lain....
bahagian belakang.

terima kasih kerana membaca coretan blog ini.
Selamat tahun baru, semoga kehidupan anda dan saya di berkati Allah yang maha kuasa sepanjang masa ....
amin......