Pages

Tuesday, September 25, 2012

tempahan pelanggan

as salam,
apa khabar  anda semua? ada sihat.
 hari ini dapat berita sedih, ibu kepada kawan baik saya telah mengadap illahi. Kawan saya , Hasnah Hariri sungguh bertuah kerana sempat menjaga ibunya yang sakit. kemudian dia balik ke canberra sebab Hbnya pula kena menjalani suatu pembedahan. semasa beliau di sana, beliau mendapat berita, ibunya telah meninggal dan dia kembali ke Malaysia menziarahi jenazah ibunya...al-fatihah...Semoga , beliau sekeluarga tabah dalam menghadapi dugaan ini.......

Akak ada satu posting yang terperap, cerita tentang sambutan hari jadi ibu akak yang ke 71 tahun di Putrajaya.akak memang hendak menceritakan kegembiraan di hari tersebut, tetapi tiada berkesempatan. nanti la.... bila dah banyak masa....

sekarang ni tersangat sibuk menjahit smocking dress untuk sahabat di USA dan juga untuk dyana dari Utara.

Gambar bonda bersama cucu kesayangan di hari bahagia ini. Dress itu di jahit untuk di pakai semasa acara bertandang perkahwinan adik akak, tapi tak sempat siap, sebab combo tk cukup. so, jadi la dress untuk birthday Opah....hehehehe

Semalam sempat siapkan 2 helai sulam manik baju customer bank negara....
tadi baru pos.....

Yang ini akak suka shimmering flora sebenarnya....

tetapi customer nak yang sama, so. akak buat lah yang sama.... seronok tau jahit manik ni.......


sekarang , akak sibuk dengan tempahan vintage dress( sila lihat posting sebelum ini ) dan juga the tea party dress. Hujung minggu ni nak start potong semua order  dan setelah dress smocking siap( target hujung bulan Insya-Allah) maka 1hb akak akan start menjahit kesemua dress ini.....



sebab ramai sangat tanya, akak paste la kat sini size dan fabric yang di perlukan ye...
sila double click gambar untuk dapatkan size dan fabric yang di perlukan ye......

hingga jumpa lagi....
da.......



Friday, September 21, 2012

Kelas Jahitan amal - Batch 1

As salam.

Hari ini akak update dulu , nama2 untuk batch pertama.

1. Mawarita Baharudin

2. Masilawati binti Rahmad 

3. Fitriani mohd Nasir

4. Aminah Rosli

5. Saripah Bakar

6. Nordiana ani

7. Jamilah Hamid

8. Noriah Binti Hassan

9. Zura Ibrahim

10. Norliyana binti Zainal Abidin

Sebagai privacy, akak tidak letak phone number di sini.

Peralatan yagn perlu dibawa

1. fabric - mesti combo. Kalau tiada, boleh beli dgn akak.



2. tali pengukur
3. Pin Peniti


4. Gunting kain

5. Gunting benang (Thread cutter)
6. tailor ruler - jangan takut, bawa yang lurus aje

7. benang


8. laces

9. accessories(optional)

10. elastic braid - 1/4 inches

11. washable fabric marker



12.portable sewing machine


perhatian: sila jangan bawa industrial sewing machine. jenuh pulak nak park 10 biji lorry depan rumah.hehehhehe




design yang akan di buat adalah seperti di bawah
kenapa? sebab hot design untk raya puasa yang lepas dan masih lagi bertahan sehingga sekarang. tak kurang dari 15 helai akak buat rasanya, untuk pelanggan.


details 
tarikh : 21/10/2012 (ahad)

masa  : 9 pagi - 3.30 petang

tempat : rumah akak di U8, shah alam(bukit jelutong)

jumlah pelajar: 10 orang sahaja

yuran : 55/seorang ( perlu di bayar pada atau sebelum 30/9/2012; details akaun: sila lihat di sebalah kanan blog ini)

refreshment : pot luck ( bawa lah sesuka hati - akak akan sediakan air dan mee hoon goreng)

pre-requisite : minat menjahit

yang akan di pelajari

1. cara mengambil ukuran utk kanak2 - utk design di atas

2. memilih combo 

3. menyesuaikan standard size dengan size yang di kehendaki

4. menyiapkan dress ini pada hari tersebut

5. applikasi design ini kepada design yang lain

6. memilih accessories

7. tips jahitan....

kepada mereka yang tidak dapat mendaftar untuk kelas ini

sila lah pm nama dan no phone serta tajuk kelas jahitan amal - batch 2.

hana risa, wan haslina, ceypoi ain - jika berminat silalah pm akak ye.kelas insya-allah selepas raya haji......















Thursday, September 20, 2012

anda kah itu anda

akak ni kan.... cuma nak menolong aje.....
akak cuma caj duit minyak aje........... tapi , ramai yang tak puas hati........sebab akak hantar lambat.....
dia cakap akak macam2 tau sebab akak sebab akak tak jawab mesej dia tadi.... bukan tak nak jawab, phone abis bateri/ abis kredit.... bla...bla...bla....
siapa lah akak ni...... biar lah...... hanya Allah yang maha mengetahui niat akak.........

senario lain......
patutkah.....
akak ni dah la caj murah.... kalau kat tempat lain caj 2x kali ganda dari akak tau.....
lepas tu, dia amik baju tak bayar pun duit upah, kata hujung bulan... la ni dah dekat 2 tahun......

assalamamualaikom.....
lain kali beri salam dulu tau.......

Biasa tak dengar citer2 ni ataupun rintihan2 nih.......

Okay. first soalan cepumas.......
Salah siapakah???


Kedua

akak nak buat satu kelas jahitan amal  untuk gown seperti di bawah.

DETAILS

tarikh : 21/10/2012 (sabtu)
masa  : 9 pagi - 3.30 petang
tempat : rumah akak bukit jelutong
jumlah pelajar: 10 orang sahaja
yuran : 55/seorang
refreshment : pot luck
pre-requisite : minat menjahit
fabric: bawa sendiri dan mesti 2 warna atau corak berbeza. kalau tiada boleh beli dari akak.
peralatan menjahit : bawa mesin sendiri dan semua peralatan yang di perlukan

yang akan di pelajari
1. cara mengambil ukuran utk kanak2
2. memilih combo 
3. menyesuaikan standard size dengan size yang di kehendaki
4. menyiapkan dress ini pada hari tersebut
5. applikasi design ini kepada design yang lain
6. memilih accessories
7. tips jahitan....

silalah mendaftar sekarang.....

********sila ambil perhatian
design di atas adalah pre-requisite untuk intermediate design 



Eh! sungguh tiada kaitan antara perkara pertama dan ke dua kan.
ok lah.... next entry akak akan citer pasal isu yang pertama itu.......






Tuesday, September 18, 2012

masih kah kau ingat

as salam,

ingat kah lagi anda, yang akak nak buat baju Julia di posting yang lepas. Ye, di sebabkan malas menjahit smocking, maka baju ini telah di ubah suai . Oleh kerana citarasa agak pelik sikit( kejap nak vintage keja nak modern) maka banyak kali la pesennya bertukar dan ,asyik silap aje. hamik kau, kalau smocking dah siap dah....
namun, alhamdulillah, siap dah, walaupun amik masa seminggu. 
ini lah rupa paras, dress yang dah siap tuh.akak gunakan fabric solid kona dan printed tu dari designer verna mosquera. fabric tu tersangat lah cantik dan lembut aje. kalau lah ada banyak, teringin nak buat baju kurung pahang, tapi apakan daya. kiranya dah masuk dalam barang2 antik , tak dak jual dah.

ini bahagian belakang, penuh dengan ropol2, teringat masa kecik2 dulu , mak suka buat baju banyak ropol sebab tak nak nampak anak nya kurus kedeking......

potongan belakang, agak luas
ropol dan lace menampakkan dress  ini lebih kepada vintage look

sebab akak suka tengok bahagian belakang ni, maka akak amik 3 keping gambar dan tampal kat sini. sabo aje le ye......

kalau fabric polos akak suka jahit sulam atau manik......

bahagian dada akak buat sulam bullion rose dengan jahit apa tah namanya, kalau kat buku di panggil sulam putih. jahit yang benang sama dengan warna kain tuh....... 

di empire line, akak letak lace yang di jahit manik. ini supaya kelembutan pada keseluruhan dress lebih terserlah.
di bahagian luar skirt , akak jahitkan lace agar nampak seni vintagenya.

akak guna lace yang sama dengan bahagian pinggang, agar nama senada.

dress yang menarik ini tidak boleh di pakai oleh Julia kerana agak besar.
Ye la, akak ambil ukuran kate winslet, tapi size anak akak tu Kristen stewart.
so tak boleh lah nak pakai. 

Ada sesiapa berminat hendak membelinya.......

Friday, September 14, 2012

pre-raya aidil adha sale

as salam, 
bahagia tak baca tajuk kat atas tu...... bagia kan? bahagiakan?.......
tanpa melengahkan masa mari kita mulakan.
Baju Kurung kanak-kanak. 
mula2 kita buat bacaan dulu ye
ada 2 size 

s
bahu 9.5"
labuh baju 20"
Panjang tangan 12"
hujung tangan 9"
lengan 10"

Pinggang 17"
labuh kain 20"
Ponggong 25"

bahu 11.5"
labuh baju 26"
Panjang tangan 12"
hujung tangan 11"
lengan 12"

Pinggangn 18"
labuh baju 26"
Ponggong 27"


Harga size S RM 55 ( harga normal RM65)
Harga size M RM65 ( harga biasa RM75)


japanese cotton
tersangat lembut


a pair . sesuai untuk adik dan kakak

akak cuma ada 4 kaler sahaja yang tinggal.
dari kiri, apple green, aqua, lavender dan dark brown.



SOLD
Tanya Whelan  for free spirit - Darla collection
Fabric ini sangat sesuai untuk buat baju kurung dewasa ataupun kanak2. fabric nya lembut dan kaler pun masuk pakai untuk semua jenis kulit, cerah, gelap, kopi susu, teh susu, etc.
warna tanah , kuning lembut orang perak panggil kuning ubi.
4yards
RM40/yard
kalau ambil 4 ela harga  RM 155

 Tanya Whelan
Yang ini juga lembut, bila pegang rasa sejuk aje. sangat lah sesuai untuk membuat kurung pesak atau pun baju kurung Pahang.
untuk anak2 pun sweet aptah lagi untuk mak kepada anak2.
Ada 4 ela
RM40/ela. Kalau ambil semua(4 ela) RM 155.

Secret Garden by Sandi Henderson 


Yang ini juga lembut, juga sesuai buat gown kanak2, blouse dewasa ataupun baju kurung dewasa juga kanak2.
Harga RM 38/ela
hanya ada 2 ela.

Robert Kaufman - Kona solid
Harga RM38/ela
sesuai buat gown, gown smocking.
hanya ada 2ela.

Robert kaufman
warna tersangat lah sweet.
harga RM38/ela
Hanya ada 2 ela


tea party by david walker for free spirit
sangat sesuai untuk di buat gown kanak2
Hanya ada 1 ela
RM37/ela


tea party by david walker for free spirit
Cuma ada 14 inci.
Harga RM 12 
kalau combokan dgn yang di atas, yang ini sangat sesuai untuk buat apron, ataupun lengan untuk baju berbentuk raglan.


children at play by sarah jane
sangat comel buat gown kanak2.
cuma ada 1 ela
Harga RM38/ela
robert kaufman
sangat comel buat skirt atau pillow case dress
hanya ada 27 inci atau 3/4 ela
harga RM25.

my mind's eye by Riley Blake
cranberry small dots
Hanya ada 1 ela
Harga RM36/ela


ok la. sila-sila pilih, jangan malu2.......






Friday, September 7, 2012

remnants


as salam,


teringin nak let go remnants yang ada di rumah ni. sesiapa yang berminat silalah  ye..... siapa cepat. antara harga termurah ye.....
promosi mcm jackel.....hehehehhe


 dainty blossom by carina gardner
7" x 40 " 
RM 3

dan
20" x 44" 
Harga RM20.
red riding hood  29" x 44" 
Harga RM 29. 
sesetengah fabric ini ada lebih tapi akak tak kira,mcm fabric yang ini ada labihan sebyk 2 keping cukup utk buat pot holder.


untuk fabric di atas, cukup untuk membuat design ini bagi umur 1 tahun ke 1.5 tahun

tanya whelan - delilah colletion 
20" x 37" 
Harga RM 11

tanya whelan - delilah bijou in green
13" x 44"
Harga RM13

Wednesday, September 5, 2012

surplise!surplise!!!


 surplise!surplise!sila jangan ubah ejaan anda. cantik kan!cantik kan!
biasa tak dengar tag line tuh....
dah kau tanya depan orang ramai , siap dgn kamera bagai, free pulak tu. takkan la nak cakap tak cantik. silap2 kena tarik balik sponsorship tu kan......

as salam pembaca sekalian,
masih lagi di dalam mood berhari raya atau mood terpaksa beraya sebab sudah papa kedana. ekekekkek....

akak dah kena start gerakkan mesin jahit le. dah banyak tempahan yang beratur untuk hari raya haji ni. walaupun sebenarnya poket dah kering, purse dah koyak rabak......
hahahhahahahaha

ok la. gown smocking kat bawah ni dah lama siap. tetapi ada aje halangan nya nak beri pada customer. ingatkan nak beri customer tengok dulu, surplise la kononnya......

agak lama juga saya mengambil masa hendak menyiapkan gown ini. demam 3 kali , demam  - kebah-demam -kebah-demam -kebah.....
ini kerana, saya hanya dapat melihat di internet aje design ni. tiada description , tidak dapat di pegang dan di telek. maka saya pun mula kan  dengan  mendesign semula berdasarkan imaginasi saya dan draft di atas kertas. then potong kat fabric.bila telah di potong, salah pula bahagian depan. tak sama panjang dengan bahagian belakang, maka kena buat sekali lagi. 
smocking template pulak, bila dah siap pleat baru perasan salah......., terpendek, maka kena buka sekali lagi dan buat lain.

untuk siapkan bodice sahaja mengambil masa hampir satu bulan....
paling sukar nak letak piping, kerana terlalu banyak tempat yang berliku2......
bila dah siap cantum. nak sambungkan skirt dengan bodice, , bahagian pinggan skirt tak cukup gathers. so, kena buat skirt lain sebab nak buka bodice, terlalu rumit sebab semua di jahit simpan.
Bila dah sambung skirt and bodice, perasan macam tak cantik pulak, so buka balik dan tambah dengan sash. 


sudah siap baru jahit lace di bawah.
nak jadi cerita, lace terkurang 2 inci. huwa!!!!!!!!!! nape 2 inci aje, kalau 10 inci ke tak ada la rasa sakit hati kan.........

 rasa teringin pulak nak buatkan Julia sehelai, tapi hari tu terlupa nak kira pleats and number of steps kat trellis tuh.design ni, saya reka sendiri.......design bidan terjun. ekekekek.....


close-up design. smocking guna benang marlitt agar berkilat dan embroidery, guna benang anchor sebab tak mudah pecah/kembang.


ok, saja nak tayang sekali lagi.......hehehehhe