Pages

Sunday, April 29, 2012

sukan sekolah Julia


as salam,
sila ambil perhatian, entry ini agak panjang ye.....
Hari ahad, tiada activiti penting, melainkan menghadiri sukan sekolah Julia dan menyiapkan tempahan......

Julia masuk cheerio cheerleading, so kena ada specific costume, cikgu dia cakap, skirt kaler putih , tight hitam dan kasut kanvas hitam, rambut kena kemas dan ikat bagi comel......

Maka, ibu berangan2 nak buat either tutu skirt or twirl skirt. Sebab ibu pandai sangat bahagikan masa, maka skirt ini siap pukul 7.30 pagi hari ahad., sports start pukul 8pagi. Biasakan .... dengar anak tukang jahit baju raya , selalunya siap pagi raya...... ibu sibuk siapkan baju customer..hehheheeh


inilah skirt putih yang siap. 


julia sempat juga bergaya ,sebelum bertolak. tensi tengok t-shirt tuh, besar bagak.....
kan dah kurang chomel Julia tuh.....siapa lagi nak puji kalau bukan ibu sendiri  ahaks.....

eagerly waiting for the pom-pom.......

hey!!!!! why mine is green , she got pink......

Oh ! and she got gold carer colour ........

and i have to stand very far away from my friend, just bcoz this green pom-pom.....
i'ts about to start.....
suka tengok bila dia melompat , skirt tu kembang...





with her friend cahaya. 
Darling Julia, ibu cuma beri masa belum baligh aje lagi tau....... t
ujuan untuk gain confidence and make a load of friends.... 
lepas tu bleh tengok aje.......
semoga di perkenankan doa ibu amin........
from left Julia , Iman Cahaya Dini, Siti Nur Evelyn. Julia aje nama pendek hehhehe

antara event untuk kanak2 ini....

cepat Julia........

Penat la......
Tiga serangkai......
kemana2 tidak berpisah......


Seperti biasa , anak ibu mesti dapat gold medal ........ 
sebab semuanya gold medal hahhaha















Thursday, April 26, 2012

sarapan saya di pagi ini......

encik suami beria-ia ajak sarapan cepat sikit hari ini kerana dia ada urgent meeting di Putrajaya. Kebiasaanya kami bersarapan di luar sahaja......
tetapi entah apa mimpi saya malam tadi, saya beritahu encik suami, kita sarapan di rumah sahaja la......
tak apa isteri mithali abang ni buat brown french toast , hot nice milo and  perfect half done egg.Menu tu, kalau akak tak strike , memang dah tahu sedap kan.......hehhehehehhehehe


akak pun buat la 6 keping  roti bakar ( expected to get 2 slice each - HB, Julia and myself), milo panas dan telur separuh masak.......Sebab sedap sangat kan.........................
HB dan Julia makan dengan berseleranya.......
so, akak cuma dapat makan 1/2 roti bakar dan 2/3 teguk milo...........



Maka pukul 10 pagi saya rasa lapar kembali , teringin nak makan biscuit cream craker cicah dengan milo panas. Bila milo dah siapa, baru perasan biskut tu dah abis.....
maka bakar la roti semula.........

Ohh........ saya agak sibuk dengan menjahit manik dan juga menyiapkan tempahan gown customer........
dalam dok sibuk tu, sempat jugak pergi bershopping fabric .. hehhehehe
fabric di atas sebelah kanan tu Designer cotton kepunyaan dyana.Saya memang dah jatuh cinta dengan fabric ni,Fabric lecien memang terkenal dengan pastel colour dan kelembutan texturenya. sangat sesuai untuk baju dewasa dan kanak2.
saya bercadang  nak buat baju kurung untuk di pakai semasa wedding adik saya nanti. Tapi tak cukup la pulak....

yang sebelah kiri itu berharga RM45 se meter, sangat cantik di buat smocking full bodice dengan lacey sleeve...


Yang ini pula ialah tempahan pleating sahaja dari kak baha, jenuh jugak la nak menyiapkannya..... 
Yang second row and first from left tu, tersangat la cantik, tetapi ia adalah heavy cotton yang agak sukar untuk di pleat, berpeluh jugak la untuk menghabiskannya...


Ini ialah thread untuk smocking. Benang ni berkilat dan sangat sesuai digunakan jika kita hendak menaikkan embroidery di smocking gown .kak baha, saya pilih yang kiri, untuk mendaptkan vintage look dan , embroidery yang sesuai bullion rose kaler medium to light yellow




Order saya telah sampai, kesemua pilihan saya berwarna ceria saya juga beli dalam kuantiti yang lebaih banyak untuk setiap design kerana customer saya suka buat baju kurung tradisional/moden ataupun  jubah dari fabric ini. 
row atas , dari kanan 6 yards, 4 yards, 3 yards, 4 yards ( 2+2), 2 yards
row bawah 
3 yards and 2 yards
Jika sesiapa berminat, setiap ela berharga RM40.......
Anda boleh message saya di FB ataupun sms ke hphone saya ye.








ok la , sehingga bertermu di lain kali......

Monday, April 23, 2012

smocking gown- draft




as salam,

adakah anda seperti saya, merasakan terlalu cepat masa berlalu? saya rasa hari yang lama hendak habis ialah Isnin, tetapi mula aje jam 2 petang hari Isnin saya mula bimbang. sebab saya rasa, tak lama aje hendak sampai ke hari ahad . Dan kemudian Isnin muncul kembali. . tot..tet..tot...tet... dah habis satu hari......
pejam celik-pejam celik dan habis satu minggu, satu bulan dan tahun baru......

Isshhhhhh......... cepatnya masa berlalu..adakah ini petanda2 akhir zaman?atau petanda2 saya tidak pandai membahagikan masa.

eh! Panjang pulak intronya, yang sebenarnnya nak tunjuk draft gown smocking untuk customer ni. gown ini untuk kanak2 perempuan ye, yang berumur 2 tahun. Terlambat post draft ni sebab sibuk dengan tempahan menjahit manik....ekekekekek...

Fabric yang di gunakan american cotton berwarna putih dengan embossed printed. tiada lengan dan kolar.
tetapi di leher di letakkan piping kaler bright pink. begitu juga di sambungan bahagian dada.

di bawah leher  hadapan di jahit rose bullion.

jahitan smocking yang digunakan ialah 2 steps trellis dengan embroiderynya rose bullion.smocking saya gunakan benang marlittt untuk memberikan impact 'kilat' kepada pattern smockingini dan juga untuk compliment wave di hem yang  menggunakan benang satin.

Hem pula di jahit menggunakan benang satin dengan diberikan bentuk wave dan setiap puncak wave di jahit bullion rose.

Begitulah cadangan nya , berharap cik dyana setuju dengan pilihan fabric dan design yang saya buat ini, dan tempahan ini mungkin mengambil masa sebulan, jika boleh siap awal, saya akan beritahu . Design ini sebenarnya boleh siap dalam masa seminggu sahaja, tetapi saya telah mempunyai tempahan yang berbaris  panjangnya, maka di harap cik dyanan boleh bersabar ye.....

Sehingga bertemu di lain hari.
wassalam

Thursday, April 19, 2012

Tanya Whelan - The ladies DC

As salam,

hari ini nak citer sikit pasal DC ni. Kegilaan terhadap DC makin parah, saya baru aje kehabisan 4 digit +++ , sabau aje la......

Kegilaan kali ini adalah kepada fabric berprint roses, tak kira la Lecien ke, Tanya Whelan ke, Moda ke etc.....
semua akak minat asalkan gambar rose.

akak ada koleksi Tanya Whelan, Butterscotch, Yuwa ( paling mahal) and few others.
Fabric pertama yang di beli ialah Tanya Whelan dari shop ********* quilt. apatah nama kedai tu kat etsy.

Fabric ini sangat sesuai buat vintage gown. akak beli dua warna iaitu Bijou in Blue and Bijou in Pink.
bahagian Skirt menggunakan hand pleating. Sesiapa hendak attend kelas untuk buat baju ini, silalah buat temujanji ye.
Baju ini sudah siap sebulan yang lepas rasanya, akak kena buat lagi 2 helai . sehelai exactly macam ni, sehelai lagi ada lengan pendek.

akak telah cuba meminta Julia menggayakannya, tapi moodnya selalu tak baik. mari la kita tengok photo"candid" ini.


Bila cakap ibu nak amik gambar , dia lari ke tampat lain. so dapat amik belakang aje.

Bila dia dah tak  boleh lari, dia tak nak pandang kamera.

jenuh memujuk, dia sanggup terpacak membelakangi kita.....hmmmm
Julia pandang depan.......
tak jalan.........


I want to see you face.......
lagilah dia tunduk dan tutup dgn signboard nih......


Dia selalu perasan bila akak nak snap photo dia. dapat lah gambar2 ni 
dan jugak yang ini

Masa beli ice blog, dapat toy. sempat lah nak snap gambarnya , masa dia sibuk dengan toy kecik tu.......
akhirnya.........



nak balik baru rela hendak bergambar......



siap cat-walk hoccay.......hehehehe








Tuesday, April 17, 2012

Kawan lama....................

As salam semua,

Apa khabar anda?saya sihat.......
ala..... feeling2 retis gitu.....hehehehe...

saya gembira sangat kerana pada hari ahad lepas dapat berjumpa dengan kawan lama yang telah terpisah lebih dari 20 tahun. Dia merupakan sahabat baik semasa di sekolah menengah dahulu......
Sekarang beliau bekerja dan tinggal di australia.....
Dia seperti dahulu, sentiasa riang ria , hinggakan anak sulong saya berkata " aunty hasnah tu so .....friendly and so nice......"
Kami sempat la berposing , untuk kenangan di lobby hotel tempat beliau menginap


saya bersama Hasnah Hariri@scheding. Motip nak duduk berdua di satu kerusi, walaupun dah tahu gerenti tak muat ??? 


Julia, Adam Suaid & Adam Scheding

Seperti biasa bergambar seperti rombongan kak limah kenangan beramai-ramai.....
rasa masa terlalu cepat berlalu, satu setengah jam rasa macam 10 minit, berharap apabila dia balik bercuti , bolehlah berjumpa lagi......


Begitulah cerita hari ahad yang menyeronokkan..........


btw. akak nak sambung citer seorang sahabat juga yang baru sahaja menyiapkan baju smocking anaknya. Ingat tak lagi, dengan Iman , si comel dari Cameron Highland......

Inilah rupa gown smocking si comel ini yang telah siap dan sempat saya snap gambarnya semasa saripah datang untuk mengupah membuat pleating di gown yang lain......

saya sungguh kagum dengan ketabahan beliau. Jika anda berminat hendak mengetahui apa cerita nya, berkunjunglah ke blog beliau di sini
dan bolehlah melihat si Iman berposing dengan gown barunya itu....

ok sehingga berjumpa lagi.......


Friday, April 13, 2012

si comel dari cameron highland

as salam
minggu ini , saripah bersama anak bongsunya iman berkampong di rumah saya selama 3 hari. Saripah belajar menjahit gown smocking untuk si  iman ni la....
Berkampong tu tidaklah bermaksud tidur baring atau bermalam di rumah akak, maksudnya meluangkan banyak masa untuk menjahit sehinggalah hari ke tiga gown tersebut siap.

Untuk ana rashidah : untuk membakar semgant awak ye, saripah ni datang belajr hari isnin 2 hari selepas awak datagn. kunjungan yang ke tetiga , gown tu dah siap.....
semoga awak juga begitu.....

Selama 3 hari itu, Julia gembira sebab dia ada kawan di rumah. Iman pula pandai berkawan, so sungguh gembira lah si bongsu akak tu.

seronok jugak mengajar menjahit ni, boleh berjumpa dengan pelajar dari pelbagi negeri, dari tanah tinggi dan juga tanah rendah , dari utara dan juga selatan. setakat ini, pelajar paling jauh dari Johor Bharu, kak bahariah.......


ok la , mari kita lihat aksi2 mereka



Iman sudah sedia hendak bergambar.
apa pula yang di telek oleh si Julia tu.....


Bila Julia sudah bersedia, Si iman pula bergurau senda
tak habis2 dengan sign peace nya tu.....

Julia pun teringin nak buat sign yang sama, tapi kenapa si iman tu menjeling macam tak puas hati aje.......
Adam pun teringin nak bergambar juga........

Oooooooo..... patut la iman  menjeling kat Julia tadi...... 
Julia tak pandai buat sign peace. tapi dia tunjuk satu...hehehehe

ok la..... hingga bejumpa lagi di post yang lain......

p/s: gambar gown tu tak jelas sangat sebab kelam kabut mengambil gambar masa saripah dan bersiap sedia hendak balik..
nanti saripah amik la gambar dan post kat akak ye....


Thursday, April 12, 2012

tutorial jahitan manik bersayap

as salam,

PERHATIAN : POST INI TERPERAP AGAK LAMA SEBAB TUANNYA TIDAK BERPA SIHAT ....

akak memang dah lama nak upload tutorial ni, tapi keadaan tak mengizinkan, so maaf aje la ye.Akak berharap tiada sesiap mengambil tutorial ini dan menjualnya ye......
Anda di benarkan untuk meniru tutorial ini dan mengambil tempahan 
akak kena beritahu dari awal supaya anda semua tidak melakukannya....
Jika anda melakukannya juga, maka tiada dapat apa yang boleh akak lakukan melainkan berserah aje kepada yang maha kuasa........
motip....syarahan berjela ala..ala.. setazah ni.....hehehehhe


Ok la mari kita mulakan....
anda memerlukan ( DARI ATAS)
ruler, akak guna seam ruler(motip - itu aje yang jumpa), fabric marker Japanese Round Beads (JRB) , 4mm pearl, jarum manik halus (akak guna brand clover) dan benang
JRB  dan 4mm pearl beads hendaklah menggunakan warna contrast
langkah sulong , buatkan garisan selebar yang di kehendaki di atas fabric


susupkan jarum dari bawah di sebelah kiri garisan

masukkan 5 biji JRB
cucukkan jarum di sebelah kanan garisan dan keluar di atas garisan tetapi kebawah sedikit

Tarik benang dan lalukan di celah beads yang kedua dari kiri
Kemudain masukkan 5 biji JRB
cucukakn jarum dari kiri dan keluar di atas garisan . Jika anda perhatikan , cara cuckan jarum adalah senget, iaitu tinggi di tepi dan rendah di atas garisan. Ini supaya  anda mendapat bentuk seperti cabang
masukkan 5 biji JRB dan ulangi di sebelah kanan pula


keluarkan jarum di celah JRB yang kedua
close up untuk lebih jelas
maaf , gambar agak blur.
Ulangi proses ini sehingga habis garisan di jahit JRB berbentuk seperti cabang ini


Langkah seterusnya, keluarkan jarum di cabang yang bawah sekali ( anda boleh mulakan di mana2 cabang yang anda suka ye......

masukkan sebiji 4mm pealrl beads dan jahit di antara cabang tersebut
ini gambarannya. gambar di ambil setelah 4mm pearl beads di jahit
( lupa nak amik gambar masa first 4mm pearl bead )
teruskan menjahit 4mm pearls beads sehingga habis 

Contoh gambar yang siap dari tutorial ini.

akak harap anda semua mendapat menafaat dari tutorial ini......

sehingga berjumpa lagi...