Pages

Tuesday, February 28, 2012

bunga dulang dan bunga pegang

Cuti sekolah akan menjelma tak lama lagi, bermakna kenduri kendara juga akan turut menjelma dan memeriahkan cuti sekolah.

Saya baru siapkan baju kurung dari italian linen untuk kenduri sepupu saya pada 11 march ini.Nanti saya upload gambar ye......

Buat sementara waktu, saya up load gambar berkaitan kenduri kawen jugak ye.

bunga pegang dari dip 

gambar penuh, anda boleh tempah warna yang lain jika suka. Bunga ini tidak mahal, cuma RM 79. Selain dari di buat bunga pegang, ia juga dwi guna, sangat cantik untuk diletakkan di meja solek atau meja sudut.

Ini pula bunga dulang, juga ada pelbagai warna. Harga seperti gambar di atas cuma RM69 sahaja. Jika anda berminat , boleh lah hubungi akak samada tinggalkan message di sini atau sms sahaja.


Ok, jumpa lagi di entry yang lain...


da...................



Saturday, February 25, 2012

inai dan pewarna rambut

as salam,

tahukah anda kita orang muslim boleh memakai inai?
tahukah anda kita orang muslim tidak boleh mewarnakan rambut dengan pewarna di pasaran? walaupun berstatus halal?

Tuesday, February 21, 2012

bagaimana mengikat sash

Sash sangat berperanan penting di dalam sesuatu blouse atau gown.Ia berfungsi sebagai kosmetik atau berperanan sebagai penyelamat jika baju tersebut di jahit terlalu besar/longgar. Namun, kadang2 ia juga menyebabkan pemandangan yang menyakit kan mata , jika tidak di ikat dengan betul atau di biarkan lepas bebas.

Maka, sebagai salah seorang masyarakat yang prihatin ekekekekekek  , maka akak akan memberi sedikit panduan bagaimana hendak mengikat nya.


tarik sash kiri dan kanan , pegang kedua-duanya seperti gambar di atas
Ikat dan pegang sash seperti kedudukan di atas
lipatkan sash sebelah kanan(bawah) seperti di atas. tarik sash sebelah kiri(atas), dan kedudukan hendaklah seperti di gambar sebelum kita mula mengikatnya.
susupkan bahagian kiri(atas) tadi di bawah bahagian kanan dan keluarkan melalui lubang di bawah lipatan sash kanan( bawah) tadi dan membentuk bow.tarik kedua2 bow itu perlahan2 sehingga ikatan ketat.

tara...............dah siap............




simple gown

Gown ini adaptasi dari paten mc call jika tidak silap. Ini pertama kali saya buat gown sebegini tanpa bodice lining .Fabrik yang di gunakan ialah swiss cotton.

Simple gown ini tiada kedutan di pinggang dan tidak begitu labuh, maka kanak2 merasa bebas untuk bergerak.Saya meletak sash di pinggang utk memberikan impact agar ia tidak begitu casual.......

Kelainan di beri kepada gown saya kali ini ialah, saya menggunakan zip berbanding kebiasaan , iaitu butang.Bahagian belakang pula di jahit sash yang agak lebar, untuk memberi kesan agar gown ini tidak nampak terlalu lurus ke bawah . Cantik tak ikatan sash tu, saya akan buat tutorial nya nanti ye.

silalah datang menjenguk ke blog saya lagi....

Sunday, February 19, 2012

gown dari fabric robert kamdar

as salam,

pernah dengar tak ?
designer cotton Robert Kamdar......hehehehe

gown  ini sesuai untuk umur 6 /7 tahun


gambar bahagian hadapan. round neck yang di tindih jahitan mesin.
 Bahagian pinggang di jahit  sash yang di hiasi bow ribbon



gambar dari bahagian belakang, di jahit sash.

baju ini berlining di bahagian atas sahaja
kesemua basi jahitan di simpan 

close up bodice  di sambung ke skirt
perhatikan tiada kelihatan basi/seam


                                                 begitu juga dengan bahagian belakang
































































tutorial buat bow ribbon...

as salam......

meh belajar buat bow ribbon.



taraaaa..................dah siap
lilit benang sekeliling ribbon, kemudian hias dengan bunga ribbon atau butang atau manik di tengah2nya....
terbalik kan ribbon tadi dan baharian yang di jahit mesin di letakkan di tengah
jelujur dari pangkal hingga hujung bahagian tengah
tarik benang yang di jelujur tadi

jahit bahagian yang di temu tadi


lipat dua fabric atau ribbon seperti gambar dia atas

Wednesday, February 15, 2012

order barang online - antarabangsa

Saya adalah peminat cotton yang tegar. Cotton yang paling saya suka designer cotton dari USA. kenapa USA? bukan ke ada designer cotton dari vietnam jugak? ye, memang ada, tapi kehalusan tenunannya tidak sama dgn dari US nih......


USA kan selalu nak terbaik untuk mereka. contohnya, factory outlet mereka seperti premium outlet hanya mengambil barang yang di import khas dari negara yang mereka pilih untuk kegunaan rakyat yang kurang berkemampuan.Di negara kita Premium outlet dengan boutique tiada beza. service pun sama aje.... tersangat kurang di dalam soft skill......cuba lah pergi yang baru buka di selatan tanah air kita tu.... memang jauh berbeza  dari yang kat  US nun......eh! dah termelalut pulak..ekekekekkek.....


Ok, berbalik kepada order online tadi.
Ini kali ke tiga saya order dari seller yang sama.Semasa saya nak letak order pun saya dah mula rasa owner ni macam sensitif tak bertempat, dia tersilap baca message saya , kemudian siap hantar message yang agak kasar. tetapi saya jawab dengan baik la...... sebab kita tidak suka hendak menghantar message yang menyakitkan hati.dia minta maaf dan bagi reason dia penat.....


kemudian semua order dah confirm , saya minta dia hantar pro-forma invoice ataupun 'listing ' dalam bahasa dia orang. Punya lah lembab, hantar reminder baru nak reply. Pada masa yang sama saya dapat tahu shipping cost akan naik, kawan2 yang order dengan saya ada yang belum bayar. Maka , saya dahulukan duit saya untuk dapatkan cost lama. Pay pal saya menggunakan RHB dan bukan main account saya MBB ,itu sebagai 'precaution'. Pada hari saya nak bayar tu, kebetulan akaun pay pal tak cukup beberapa ringgit, saya nak top up . tapi malangnya akaun RHB saya tak cukup. Maka di malam2 buta gitu, saya keluar mencari deposit  machine sebab kalau nak transfer online dari MBB ke RHB akan mengambil masa, saya risau tak sempat.


Selepas saya buat payment, saya hantar message walaupun dia dapat auto alert dari system yang kita dah buat bayaran.   Malangnya.........si owner ni tak ambil kesah, dia post setelah beberapa hari bayaran di buat dan bila dia nak post , tak cukup sebab mereka dan implement dengan rate baru .... Tiada langsung perikemanusiaan di hati dia , dia tak post dan minta saya depostikan the difference yang cuma beberapa dollar tuh.......


saya pun pergilah buat additional payment , barulah dia postkan......... 


Bila sampai, satu item salah.........
saya buat pengesahan dengan listing yang dia hantar, di listing betul tapi yang di hantar salah .....
saya messsage kepada dia, dan dia mengaku sialp dia dan tanya nak refund ke atau nak kain tu 
saya kata , saya tanya kepada kawan yang order, dan memang tak nak dan minta refund...............


di sinilah bermulanya episod drama yang menyakit kan jiwa, dia kata dia rugi jika hantar balik dan minta saya pertimbangkan untuk buat projek akan datang. Malah cara dia minta saya pertimbangkan pun sakit jiwa di buatnya.kat bawah ni saya quote sebahagian dari message dia .
 I did you a very good deed by packing and shipping the fabric the way I did? I did a lot of extra work for you. 
Hah!!!  Ya allah ya tuhan ku, bukannya engkau masuk dalam kotak cantik2 letak bow ke hapa ke, cuma masuk dalam plastik dan masuk envelopes.pos.       sama seperti seller lain......
Kemudian dia start masukkan personal problem dia la, masalah kesihatan dia la.....
Masya-Allah, saya bukan cikgu kaunseling ye.......saya cuma suri rumahtangga yang cuba membuat kerja jahit menjahit,   bila ada kawan2 yang seangkatan yang nak order bersama saya yang uruskan..... itu sahaja. dan caj saya cuma RM2/ela bukannya USD 2 /yards.......


Fabric yang di salah hantar tu pulak, memang la tidak banyak projek dan mata saya mengatakan ia tidak cantik berbanding dengan yang di order. Projek yang boleh di buat pun bukan favourite seperti blouse  ataupun gown anak2.....


saya sekarang cuba berkomunikasi dengan owner ni, untuk dia membayar balik kos tersebut dan saya pulangkan balik fabric itu. Saya beri alasan yang munasabah untuk dia fikirkan tetapi semua reply dari dia  tersangat defensive...
hmmm..... entahlah.......


Semasa saya membuat order ini saya tidak ada apa2 perjanjian dengan kawan2 , jika ada sebarang dispute dari seller. Maka , saya lihat itu kesalahan dari pihak saya, saya telah membayar penuh kepada kawan saya tadi.....
Kawan saya yang baik hati( tak payah la tulis nama kan), jangan rasa bersalah ye sebab pada akak , akak memang patut take full responsibility.......




maka bermula dari hari ini , untuk order yang akan datang, jika seller tersalah hantar barang, akak adalah tidak bertanggunjawab ke atas nya.