Pages

Tuesday, November 22, 2011

promosi cuti sekolah..

Adakah anda menantikan entri yang cenggini???amboi!! soalan................

ok la, jangan panjang kan cerita. meh!meh! tengok apa promosi yang ada...

Sempena cuti sekolah dan ramai orang yang hendak berkahwin dan banyak nya kenduri kawen yang akan di hadiri, maka saya buat promosi mengambil upah menjahit manik dengan harga mampu upah atau mampu milik atau mampu pakai.....


Promos 1 - untuk lengan sahaja $45.

lengan dan leher baju kurung $90
Promosi 2 - lengan sahaja $40.

Lengan dan leher baju kurung $80

Promosi 3 .lengan sahaja - $45

Promosi 4.lengan sahaja - $25, lengan dan leher baju kurung $50

promosi 5. lengan sahaja -$40

promosi 6 .lengan sahaja - $35. lengan dan leher - $70

promosi 7. lengan sahaja - $25.lengan dan leher baju kurung - $50

promosi 8. lengan sahaja -$35 . lengan dan leher baju kurung - $75.

ok, pilih2 lah ye. siapa cepat dia dapat. promosi secara automatik akan ditutup selepas kuota penuh. hehehehehe.. macam gomen......

notes : photo 2,3,4 adalah baju lama yang telah di enhanced dengan menjahit manik. cantik kan?cantik kan? ( sila baca seperti eric leong memuji hasil kerja seni nya dalam rancangan deko tuh...muahahahah)

Kepada customer yang pernah beli tutorial dari akak, sila pm/sms untuk dapatkan harga special....

Monday, November 21, 2011

cuci mata tenangkan minda

jemu dah dengan kisah jahit menjahit kan??????

meh!!! kita tengok munge-munge pulak..... hehehehhee



vanda NOID, nanti ingat nama letak kat sini. wangi tau...
vanda luzonica, namanya sempena nama tempat ia dijumpai di phillipines. kombinasi warna tersangat cantik...............
queen of sweden, sesuai dengan namanya tersangat cantikkkkk..................dan wangi
rose kampung magenta, wanggiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....
eh! apa ni!!! nampak tak encik2 dan cik2 guppy i kat kolam yang airnya dah hitam tuh....
nasib baik beli makanan yang enhance warna... maka boleh lah namapk ikan tuh....
kalau tak tengok air yang hitam tu aje la...hahahhaha
si rose chalit thailand... suka dengan kombinasi kalser yang tersangat contrast tapi harmony...

Sunday, November 20, 2011

jualan murah!jualan murah!

Di bawah ini ialah fabrics cotton designer yang saya beli dari USA. Saya sangat gembira sebab keputusan cemerlang Aisyah dalam UPSR yang lepas. Maka saya hendak offer jual kain2 ini pada harga $40 se ela. Kebiasaannya ia di jual pada harga $45 se ela.Ini pertama kali saya lepaskan fabrics kegemaran dan kesayangan saya, biasanya saya simpan, jika saya sibuk atau mood tak ada hendak menjahit.

Ohhhhh! ! dan satu lagi, jika anda beli dan tempah untuk buat gown anak2 anda, harga fabrics ini menjadi $38 se ela . Upah pula ialah $25 untuk yang berlengan atau kolar dan $20 untuk tanpa lengan atau kolar....

ta dot a collection from michael miller. setiap satu design , saya cuma ada satu ela sahaja.
collection of anne kelly for robert kaufman.setiap satu design saya cuma ada 2 ela sahaja.
untuk gown yang berumur 3-4 tahun , size biasa malaysian ialah 2 ela.

Untuk mendapatkan gown yang menarik, eloklah combokan design bawah dan atas.

ok la....

pilih!pilih! sebelum kehabisan.

Saturday, November 19, 2011

hari graduasi tahun 6

gambar2 di majlis graduasi tahun 6 di SKBJ.


Sarah tak dapat mencelah di bahagian hadapan, kerana terlalu ramai nya orang. maka dapat lah gambar aisyah dari belakang aje.Ini untuk acara penyampaian hadiah untuk pelajar2 yang mendapat 5A.
menunggu filiran naik ke pentas
bersama salah seorang kawan rapat
lagi gambar bersama kawan-kawannya

siapa pulak baju oren yang demuks tu.. hehehhehe

Thursday, November 17, 2011

result UPSR

Alhamdulillah....

syukur kepada Allah, Aisyah mendapat 5A untuk UPSRnya.
Habis sudah debaran di hati menunggu keputusan peperiksaannya. sekarang, kena bersiap sedia untuk menghadapi, exam/interview untuk sekolah berasrama penuh atau MRSM.

Bimbang jugak ni...

Secara keseluruhan , murid2 yang mendapat 5A di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong(SKBJ) ialah 157 orang daripada 376 murid, iaitu 41%. Ada 10 kelas untuk darjah 6, kelas pertama kesemua 40 orang mendapat 5A, kelas kedua 39 orang, kelas ke tiga 28 orang dan selebihnya dari kelas2 lain.

Kecuali se orang, kesemua kawan2 Aisyah mendapat 5A. saya melihat kawan Aisyah ni ( katakan cik B) menangis kesedihan.Beliau merupakan pelajar yang konsisten pencapaiannya di sekolah.Dengar cerita ibunya hendak membuat semakan di Pejabat Pelajaran.Saya rasa elok lah berbuat demikian.

Saya boleh bayangkan bagaimana perasaannya, kerana saya sendiri pernah mengalami semasa anak sulong saya, Sarah tidak mendapat 5A. jenuh saya memujuknya, hiba saya bila dia merasakan dirinya terlalu jauh kebelakang berbanding dengan kawan2 rapatnya. Saya memujuk dia agar bersabar dan beri tumpuan untuk PMR pula.

Tahun depan beliau akan menduduki PMR, dan kami perlu berusaha sedaya mungkin agar impiannya untuk ke sekolah berasrama penuh tercapai.

Ok la, tahniah kepada semua pelajar2 yang mendapat keputusan cemerlang. kepada yang tidak berjaya , jangan berputus asa, ini bukan berakhirnya perjuangan anda. cuba lagi diPMR pula.

as salam......




Wednesday, November 16, 2011

baju baru Julia

Baju ni dah siap lama tapi malas nak upload gambar. saya buat baju nih untuk di jual, tetapi si gadis genit, bertanya kepada saya setiap hari, baju siapa yang saya jahit.

akhir sekali saya bertanya kepada dia samada dia suka baju ni kah. dia kata dia suka sangat, maka menjadi milik Julia lah baju ni.


bercadang hendak menjahit manik Jurai di bahagian pinggang. tapi tengoklah kalau rajin....... hehehehehhehe
sash ni dari ribbon, saya suak ribbon jenis ini cantik.

Tuesday, November 15, 2011

sulaman benang

dah lama rasanya tak up date blog, kedua-duanya sekali pulak tu, blog kerjatangsn suri dan blog orchid.
tak tahu la kenapa rasa malas sesangat.....

minggu lepas saya mendapat tempahan menjahit sulaman benang di leher baju kurung untuk flower girls. 4 helai, saya ingatkan size semua sama, kerana yang saya tengok mula2 adalah untuk umur dalam 4 tahun....
rupa2nya pelbagai size, maka saya pun mereka design yang berbeza untuk setiap baju. hasilnya.......




4 helai dengan size pelbagai dan design berbeza. paling kecil yang paling kiri.

tempoh yang singkat iaitu seminggu , ditambah pulak opah saya meninggal tidak lama selepas mendapat tempahan telah merencatkan sikit idea . namun, saya cuba sedaya upaya bermain dgn warna dan design agar sulaman tersebut menaikkan seri baju ini.
satu lagi design,saya harap tuan punya baju ini berpuas hati dengan hasil kerastangan saya.

terima kasih ye.....

Saturday, November 12, 2011

Dokumentari Steve Jobs

Dapatkan dokumentari terkini Steve Jobs yang mengisahkan sejarah hidupnya.

Tuesday, November 8, 2011