Pages

Tuesday, October 4, 2011

sayangi lah anak

as salam,

Apabila kita buka paper atau apa2 saja media elektronik, kejadian anak2 perempuan melarikan diri dengan boyfriend, anak2 bersosial, merempit, dadah dan apa sahaja yang negative; naluri keibuan saya sangat2 bimbang dengan anak2 sendiri. saya bermohon kepada Allah agar melindungi kesemua anak2 saya dari perkara2 negative ini.
Saya juga mencari ayat2 yang boleh di amalkan dalam mendidik anak-anak. Saya gugel dan terjumpa la . Sumber adalah dari sini




semoga anda dapat kebaikan dari posting ini.

Sunday, October 2, 2011

projek terbaru

As salam, maaf kan saya kerana telah memerap entry ini begitu lama, malas nak buat karangan gitu. hehehehe

projek terbaru saya ialah membuat gown kanak-kanak. kali ini tanpa smocking. wah!!! tak sangka cepat siap... hehehhe
la ni, dah ada 5 pasang yang sudah di potong, tengah kemaruk la tu......

gambar yang di bawah ni ialah baju yang telah siap. Ada beberapa helai lagi, tapai malas lah pulak nak up load gambar.


bahagian hadapan
gown potong paras pinggang dan di letakkan ribbon utk menaikkan seri kepada si pemakai yang sedang demam.
bahagian belakang di jahit sash, so kalau nak nampak kurus, ikat lah sash tu ketat sikit, nampak la pinggang mu yang ramping itu. ekekekekke


Gambar di bawah pula, ialah bahagian dalam baju tersebut.Lining di pasang cuma pada bahagian atas sahaja. semua jahitan di jahit ke dalam atau dalam perkataan lain di simpan, jadi anak2 selesa memakai baju tersebut. teknik ini saya belajar dari magazine australia yang menjahit gown kanak2 untuk butik2 di sana ;beberapa tahun dulu.
di bawah untuk bahagian hadapan.




satu lagi design, yang ini kaler kain agak dull, tetapi design tu sangat la menarik hati saya. Hmmmm.... mesti ada lagi design nih...



yang ini pula tempahan dari cik mega untuk anaknya muneerah. Untuk design begini saya ambil upah tempahan $25. Untuk design pertama dan ke dua , upah ialah $20.....

ok la, nanti saya update manik pulak ye.
















smocking

as salam,

hari ni nak citer pasal smocking. sebenarnya dah lama nak citer, tapi malas nak buat karangan UPSR hehehhehe.

Mari kita tengok Julia dengan baju barunya. Sila abaikan aksi2 manja beliau.



Pertama kali saya membuat kolar berbentuk begini. tidak sukar untuk membuatnya tapi agak sukar untuk mencantum baju ini, terutamanya untuk menyambung bahagian skirt belakang dengan lining.dia minta buatkan lagi gown smocking tapi design lain pulak. mak aiiiihhhhhhh, yang ini pun baru siap
kolarnya saya jahit manik , menggantikan sulaman benang. ini gara2 gila menjahit manik la ni.
di bahagian yang di pleat juga saya jahit manik tetapi cuma 5 baris....
tak nampak la pulak ye...
Baju ini sepatutnya di pakai masa wedding adik bongsu akak pada hari satu malaysia yang lepas, tapi di sebabkan tersilap jahit sash nya , akak terjahit di lining, malas nak tetas.lambat la siapnya...

oh!!! seperti yang saya katakan, sila abaikan aksi2 manja dia.